Tuduhan Pt. 4

313 34 20
                                    

Jeno X Jaemin

" Okey sayangku Jeno, kita dah sampai . " Selepas 10 minit mereka berjalan berpimpin tangan ew, mereka akhirnya tiba di Pasaraya Pak Abu Mantul .

Troli ditolak oleh Jeno dan Jaemin tukang memasukkan barang ke dalam troli . Bab mencari kena bersama-sama mengejar mimpi .

" Barang pertama, bawangie merah dan putih . Ini kena cari dekat section sayuran . " Jeno hanya mengangguk sahaja mendengar Jaemin bercakap .

" Weh Jeno aku ada teka-teki . "

" Teka-teki apa pulak bro ? Kan nak kena cari barang, aduh kau ni! " Dah kenapa Jaemin nak main teka-teki di tengah pasaraya itu ? Nasib baik Pak Abu cuti hari ini, kalau tak memang naya lah budak dua ekor ni . Tiada kaitan kan ? Takpe, baca je .

" Ha cepatlah . " Jaemin tersenyum riang .

" Teka-tekinya ialah cuba teka dekat mana section sayuran ? " Jeno terdiam . Dia memandang sekeliling nak mencari tempat di mana encik bawangie berada .

" Hah tu kat bahagian hujung sana ! "

" Pandai ! Dah jom pergi . " Jeno tiba-tiba menarik lengan Jaemin .

" Ah kau dah tak tahu kat mana pastu konon buat teka-teki kan ? Baik mengaku sekarang sebelum aku gigit tekak kau . " Jaemin menelan air liur . Habislah tekak dia hilang teruna .

" Hehe ya ya aku mengaku . Kau ni tak boleh nak ajak bergurau pergi duduk surau sanalah, gedik ! "

Mereka kini tinggal untuk ambil barangan yang terakhir dan membuat pembayaran di kaunter .

" Jeno, ini misi penting okey . Dengar elok-elok . Taeyong hyung nak jeli yang bentuk beruang tu 1 bungkus besar . Sekarang, kau pergi cari . " Jaemin menepuk bahu Jeno untuk memberi semangat .

" Aik itu je ? Kata misi penting ? "

" Penting ! Jeli beruang tu cepat habis, jadi aku perlukan kekuatan kau untuk dapatkan jeli tersebut demi Taeyong hyung yang tercinta . Kau tahu jelah kan, kalau takde jeli tu parkinson terus Taeyong hyung . Pwease Jeno Lee . " Mata Jaemin bersinar-sinar sampaikan Jeno terpaksa memakai cermin mata hitam untuk menahan silaunya .

Jeno mengeluh, nampaklah Jaemin punya kesungguhan nak mintak tolong itu . " Hayelah, aku pergi . "

" Cun ! Pastu kan kalau nampak Jenab, cepat-cepat grab jeli tu dan pecut kat aku . Nanti aku terus ke kaunter untuk bayar . "

" Hah ni apa kes pulak ? Kau gaduh dengan Jenab ke ? Semalam aku nampak elok je kau bertepuk tampar depan dorm dengan dia . " Jeno menggaru kepala, macem-macem hal lah Jaemin ni .

" Jeno, ini serius . Kau kena dengar je arahan aku, nampak Jenab terus lari . Lari macam kau kena kejar dengan hantu kak limah, tangan sekali kena sama macam Husin . "

Jeno mengangguk perlahan . Jarang Jaemin ni serius, selalunya semua benda nak main-main . Lucas pernah tercirit disebabkan prank Jaemin dengan Haechan . Of course , Haechan mesti ada apabila kejahatan berlaku .

Selangkah Jeno memasuki bahagian jajan .

" Ganbatte kudasai oppa ! " Jaemin menjerit dari jauh . Harap bersemangat sikitlah si Jeno ni . Hanya mampu berharap jelah tapi .

Sunyi bahagian jajan itu macam rumah tidak berpenghuni bertahun lamanya . Dahi dia mengeluarkan peluh sejuk . Seram pulak bila diingatkan pasal Jenab tu . Kenapalah kena lari kalau jumpa Jenab ?

" Aku dah nampak jeli tu, over . " Jeno berkomunikasi dengan Jaemin menggunakan walkie talkie . Lah mana dapat ?

" Okey maju ke hadapan dengan gagah perkasa wahai Jeno Lee ! Semoga pulang dengan selamat, over . " Jeno membuat muka tertanya-tanya . Kenapa ayat terakhir Jaemin seolah-olah dia takkan keluar dari bahagian ini selamanya ?

Jeno melangkah perlahan-lahan . Dia semakin menghampiri jeli itu . Tangan dihulurkan untuk mencapai jeli itu dan IYA DIA MENDAPATKANNYA MARI BERSORAK YEEHA

" Jaemin, aku dah dapatkannya ! Eh kejap apa benda yang laju semacam tu ? "

" Larilah bengap ! Jenab si gila jeli tu dah sampai woi ! "  Setepek bengap kena kat Jeno .

Apa lagi, Jeno lari lah macam Husin dalam cerita hantu kak limah tu . Ini kalau putus kakinya memang auto disaman si Jenab ni .

Laju Jenab mengejar Jeno dari belakang . Rahsia Jenab boleh laju ? Dia pakai kasut bola sepak, jadi adik-adik nak juara larian 100 meter bolehlah cuba . Jeno menambah kelajuan, kalau Jenab humban kasutnya tak ke bocor kepala Jeno nanti .

Jeno semakin menghampiri Jaemin . Jeno cuba mencuri pandang ke belakang . Jenab dengan jaket kulit dan kasut bolanya fuh fesyen akak memang A+ !

Jaemin perasan dengan Jeno yang dah semakin penat . " JENO, BALING JELI TU CEPAT ! " Jeno menggumpulkan tenaga di tangan kanannya dan terbanglah puan jeli kita dengan bebas menuju ke troli Jaemin .

Jaemin auto memecut ke kaunter .

" Cik, scan jeli ni dulu yang lain tu kemudian . "

TET !

Jeno dan Jaemin akhirnya dapat bernafas dengan normal kembali . Jenab apa jadi ? Menangislah dia berguling-guling dan segala kuak dia keluarkan macam berenang di dalam kolam . Jangan risau, esok jumpa Jaemin sambung gosip macam biasa .

Maka dengan itu, berakhirlah kisah Jeno X Jaemin . Sekarang kita beralih ke Hwang Lonjong X Lee Donkey !

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 19, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NCT LifeWhere stories live. Discover now