18

1.7K 1.4K 837
                                    

Petir berdentum kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Petir berdentum kuat. Garis cahayanya memancar terang membelah langit malam. Hujan menderu lebat membasahi Urotex Lab. Guruh saling sabung menyabung seolah-olah ingin berlawan yang mana lebih hebat dan kuat menggegarkan alam semesta.

Ketika guruh dan petir saling berdentum memecah keheningan malam, tiada siapa yang perasan akan kehadiran Jax di dalam bilik eksperimen. Saintis itu perlahan-lahan memulas tombol pintu yang telah dibuka kuncinya.

Jax melangkah masuk dengan tenang. Perlahan sahaja derap langkah kakinya sehingga tidak menghasilkan bunyi. Tujuannya masuk ke dalam bilik eskperimen hanyalah satu. Iaitu ingin mendedahkan identitinya kepada Jimin. Lelaki itu masih belum mengetahui identiti sebenar Jax.

Sejak hari pertama eksperimen, dia tidak pernah menayangkan wajahnya kepada Jimin mahupun kepada banduan-banduan yang lain. Kini, sudah tiba masanya untuk dia mendedahkan identiti sebenar setelah lama hidup di sebalik topeng penyamaran. 

Retina matanya difokuskan ke arah dua orang banduan yang sedang duduk bersandar pada dinding. Mereka kelihatan amat lesu sehingga langsung tidak perasan akan kehadirannya di sini.

Huh, mujurlah mereka tidak ambil peduli. Pasti kerjanya akan menjadi lebih mudah selepas ini.

Jax memandang pula ke arah susuk tubuh seseorang yang terbaring mengerekot di atas lantai. Banduan itu kelihatan seperti berada dalam kesejukan yang teramat.

Automatik, hujung bibirnya ternaik sedikit mempamerkan senyuman sinis. Tanpa berlengah lagi, Jax terus membuka langkah mendekati banduan itu.

Setelah beberapa tapak kakinya melangkah, akhirnya dia berhenti di hadapan Jimin lalu duduk bertinggung. Ketua saintis itu mengulumkan senyuman sinis sebelum menyapa dengan nada yang dingin.

"Hei."

❐❐❐

Jimin yang ketika itu sedang terbaring lemah menghadap ke kanan, perlahan-lahan menggerakkan bebola matanya ke arah figura yang sedang duduk mencangkung di hadapannya.

Sinaran cahaya lampu yang menerjah masuk ke dalam retina matanya membuatkan dia sukar untuk melihat gerangan tersebut. Keningnya berkerut-kerut, cuba untuk menyesuaikan cahaya yang memasuki mata.

Dalam keadaan samar-samar, Jimin dapat melihat seorang lelaki berpakaian kot putih yang dianggapnya salah seorang saintis di makmal ini. Tetapi entah kenapa figura itu kelihatan seperti biasa dilihat.

"Ingat lagi siapa aku?"

Jimin tersentak. Jantungnya seakan-akan berhenti berdegup sebaik sahaja mendengar suara garau itu. Suara itu.. seperti biasa kedengaran di cuping telinganya. Dia cuba untuk mengingati tetapi malang sekali, ingatannya cuma samar-samar.

30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now