19

1.5K 1.3K 499
                                    

Park Jimin terselamat daripada dicekik oleh Hoseok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Park Jimin terselamat daripada dicekik oleh Hoseok. Mujur sahaja Taehyung sedar akan situasi genting itu jadi dia cepat-cepat membantu Jimin daripada terus diserang.

Pada awalnya, Taehyung berada dalam keadaan separuh halusinasi. Dia menjadi tidak begitu peka dengan keadaan sekeliling dan hanya mampu bersandar lemah pada dinding. Apa yang berada di fikirannya ketika itu hanyalah kekosongan.

Taehyung langsung tidak tahu menahu tentang sahabatnya yang berada dalam keadaan bahaya, sedang bermati-matian ingin menyelamatkan nyawa daripada dicekik dengan kuat.

Mungkin Tuhan ingin menunjukkan kekuasaan-Nya terhadap sebuah persahabatan sejati, Taehyung yang sejak tadi berada dalam keadaan halusinasi terus sahaja tersedar.

Dia seolah-olah baru memasuki ke alam nyata setelah sekian lama tidak menyedarkan diri ; bertindak aneh dan bukan seperti manusia normal. Taehyung membetulkan posisi duduknya kepada duduk menegak lalu bersandar pada dinding.

Banduan itu menghela nafas berat sambil cuba memahami apa yang berlaku sepanjang eksperimen dijalankan. Entah kenapa dia tidak dapat mengingati apa yang telah terjadi pada hari-hari sebelumnya.

Ketika dia sedang cuba menghadam perkara yang berlaku, Taehyung tersentak apabila telinganya menangkap bunyi suara manusia yang sedang bergelut. Dia amat mengenali suara itu. Suara itu tidak lain tidak bukan milik sahabatnya, Park Jimin.

Kepalanya segera menoleh ke arah bunyi tersebut. Terkejut bukan kepalang dia apabila melihat aksi pergelutan antara Jimin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Dari segi pemakaiannya, Taehyung beranggapan bahawa lelaki itu adalah saintis di makmal Urotex.

Taehyung tidak menunggu lama. Dia pantas bertindak menyelamatkan sahabatnya daripada terus diserang. Taehyung segera bangun daripada tempatnya lalu meluru ke arah lelaki yang sedang menyerang Jimin.

Tangannya menolak kuat badan saintis itu menyebabkan saintis itu hilang keseimbangan lalu jatuh tersungkur ke belakang. Belum puas mengerjakannya, Taehyung berniat untuk menumbuk wajahnya pula.

Namun belum sempat hayunan tumbukan hinggap di wajahnya, saintis itu sempat meloloskan diri daripada bilik eksperimen. Terkocoh-kocoh lelaki itu cuba untuk menutup kembali pintu bilik eskperimen.

Taehyung mendengus kasar. Kesal kerana tidak dapat membelasah saintis itu secukupnya. Dadanya turun naik menahan kemarahan yang sedang meledak.

❐❐❐

Jimin melepaskan batuk yang kuat sebaik sahaja tangan Hoseok dilepaskan daripada lehernya. Dia dicekik dengan cukup kuat sehingga menyebabkan rasa mual yang teramat.

30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now