Part 7

763 88 32
                                    

"Gempa mana kau!!"

Brak!

Bunyi pintu dihempas kuat, mengejutkan Gempa yang sedang menyiapkan bahan untuk membuat kuih di dapur.

"A..ayah.."

"Mana kau anak sialan!"

Tubuh Gempa menggigil, dikala ayahnya berteriak marah.

Lelaki tua itu, menapak kaki menuju ke ruang dapur. Dia senyum sinis apabila mendapati Gempa berdiri di tepi meja makan. Wajah remaja itu memucat disaat bersua dengannya.

Dengan perasaan marah dia menerpa ke arah Gempa.

"Mana duit aku? Bagi aku sekarang!" bentaknya membuatkan bahu Gempa terangkat kerana takut.

"A..ayah.. Gem tak ada duit. Duit hasil harini, dah Gem guna buat bayar sewa rumah, bil air dan elektrik." jawabnya. Anak matanya menatap waspada, takut jikalau ayahnya bertindak diluar jangka.

Senyuman sinis bermain dibibir sang ayah.

Gempa memundurkan tubuhnya apabila ayahnya makin mendekatinya sehingga dia tersekat di penjuru dapur.

"Kau.." sang ayah membelai wajah anak tunggalnya yang baginya adalah pembawa sial di dalam kehidupannya. Daripada belaian berubah kepada cengkaman.

Wajah sang anak dicengkam kuat membuatkan ringisan keluar daripada mulut Gempa.

"Sakit ayah, lepaskan!"

"Berikan aku duit sekarang!!"

Gempa memejamkan mata tatkala ayahnya berteriak di depan wajahnya.

"Gem kata tak ada, maksudnya tak adalah! Jangan paksa Gem ayah! Kalau ayah nak duit, kerja! Berhenti berjudi, benda tu bukannya dapa..."

Pang!

Tamparan yang kuat hinggap dipipi Gempa, dia jatuh tersungkur ke lantai rumah.

"Kau memang anak yang tak kenal budi! Buat apa aku bela kau sampai ke besar kalau ini balasan kau kat aku? Dasar anak pembawa malang!"

Pipi yang terasa kebas dan sakit, dipegangnya. Dia pandang ayahnya dengan perasaan geram dan sakit hati.

"Kalau bagi ayah yang Gempa ni anak tak berguna dan tersial, kenapa ayah dan ibu lahirkan Gempa? Kenapa tak bunuh Gem aje ha?!" marah Gempa dengan iringan air mata yang jatuh berderai ke pipi.

"Kau!!"

Baru sahaja si ayah mahu memukul Gempa, ketukan yang berasal daripada pintu utama rumah mereka berbunyi. Sepertinya ada tetamu yang datang pada masa kurang tepat.

Si ayah merengus, "Kau selamat kali ni anak sial. Pergi sana!"

Gempa mengetap bibir, dia mengerling ayahnya yang menuju ke peti sejuk. Dia bangkit dan segera menuju ke pintu rumah.

Cleak!

Pintu rumah dibuka, wajah Gempa terus berubah tatkala melihat siapa yang mengunjungi rumahnya.

Along bersama koco-koconya. Si peminta hutang. Hutang ayahnya yang belum terbayar dan mereka ke sini mungkin mahu menuntut duit mereka.

"Hai manis, mana ayah kau?" tanya si bos. Pipi Gempa disentuhnya, namun sempat ditepis kasar oleh empunya.

"Kenapa cari ayah aku ha?" kata Gempa kasar. Matanya mencerlung marah pada si bos mafia itu.

"Kenapa kau tanya manis? Sudah tentu lah, aku nak tuntut duit aku yang ayah tak guna kau tu pinjam. Pinjam tapi tak bayar-bayar sampai sekarang!! Mana dia!!"

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now