Prolog

515 66 13
                                    

Saat kesedihan dibalas dengan dendam, tidak ku sangka apa yang berlaku di depan mata. Kisah silam yang tidak pernah ku tahu terbongkar. Diari kecil di dalam beg lama ibu ku di selak helaian demi helaian.

"Helena. Mana Helena jumpa ni?" tanya Yuta. Diari di tangan aku di rampas. Buku diari itu di periksa agar isi kandungan nya tidak terkoyak.

"Ayah bukan ayah Helena kan? Cakap sekarang! Siapa Helena. Siapa Doyoung? Ibu kawin dengan siapa selama ni?!" tanya aku. Yuta terdiam.

"Ibu mati sebab apa? Kenapa Helena tak tahu? Kau siapa sebenarnya!" jerit aku. Yuta menggenggam tangan aku erat. Mata aku mula mengeluarkan cecair jernih.

"Helena, ayah kena bagitahu satu perkara. Helena kena terima dengan hati terbuka. Dunia miskin ni bukan milik Helena. Sini bukan tempat asal Helena." kata Yuta. Aku memandang Yuta pelik.

"Helena...daripada mana?"


✴✴


Kepala hoodie ditarik oleh aku. Aku masuk ke dalam kawasan perkuburan islam. Aku mencari-cari kubur milik arwah ibu aku. Setiap nama aku perhati.

"Wan Nur Aryna." akhirnya aku jumpa. Aku membersihkan rumput-rumput yang panjang dan sampah sarap di situ. Kubur lama itu aku hanya perhati lama.

"Keluarga aku mati dalam keadaan yang teruk." kata aku. Sebelah kubur ibu ku ialah kubur milik ahli keluarga yang lain.

"Kim Doyoung. Dia ke ayah aku?" ujar aku. Penumbuk di genggam erat. Rasa marah di dalam diri aku tidak dapat di tahan. Lelaki kaya itu telah menipu satu dunia berkaitan hal ini.

"Aku, akan balas dendam. Demi ibu." kata aku. Hujan mula turun perlahan. Saat itu aku bersumpah untuk menggemparkan dunia dengan perkara yang telah dilakukan oleh Doyoung.

"Let's start now."


✴✴

"Helena Kim. Nak pergi mana tu?" tanya Yuta. Helena membetulkan skirt nya. Memandangkan dia tidak lepas untuk masuk ke universiti, dia mahu mencari kerja sendiri.

"Helena nak cari kerja ayah. Kenapa?" tanya Helena. Yuta terdiam. Bibir nya digigit. Helena ditarik masuk ke dalam rumah.

"Helena. Kat luar tu bahaya. Kita tak boleh keluar." kata Yuta. Kening Helena berkerut pelik. Yuta melutut sambil memegang jari anak tiri nya.

"Akan ada satu masa, Helena akan jauh daripada ayah. Helena takkan jumpa ayah lagi. Helena nak macam tu ke?" tanya Yuta. Helena menggeleng. Yuta memeluk Helena erat. Hati nya mula tidak rasa tenteram.

"Kamu dalam buruan orang Helena. Kita kena menyorok. Maafkan ayah." bisik Yuta. Rambut Helena di usap lembut. Kisah silam banyak mengajar Yuta erti menghargai.

after you. dy✔Where stories live. Discover now