02

255 56 19
                                    

"Ah, penat." omel Aryna. Sudah jam 12.45 tengah malam. Aryna masih tidak berganjak daripada tempat duduk nya. Bersengka mata semata-mata untuk menyiapkan kerja.

"Tak nak tido lagi ke." tanya Doyoung yang baru habis solat. Aryna menggeleng. Kerjanya perlu di selesaikan sebelum esok petang.

"You're too tired. Go to sleep dude." kata Doyoung. Aryna memuncungkan bibirnya tanda protes. Sang suami terus memeluk isterinya erat.

"Stop dulu. Kita tidur." kata Doyoung. Aryna mengangguk..Lagipun sudah beberapa hari dia tidak mendapat tidur yang cukup. Seharian diri nya menghadap kerja dan segelas kopi yang sentiasa menemani nya.

"Tak boleh ke kalau tak kerja sehari?" tanya Doyoung. Aryna menggeleng. Doyoung berfikir sejenak.

"Pembantu awak kan ada? Mintaklah dia buatkan sikitt." kata Doyoung. Aryna menggeleng lagi. Selimut terus ditarik hingga ke paras muka. Suhu di Korea semakin rendah paras nya.

"I want someone to play with me." kata Doyoung sambil memeluk isterinya. Aryna hanya terdiam. Bukan apa, betul juga kata Doyoung itu. Sudah 8 tahun mereka berdua sahaja dirumah.

Dan 8 tahun tu jugak Aryna sibuk dengan kerjaya nya. Bukan kerana tiada rezeki, tapi mereka yang tidak usahakan nya.

"Dah lama tak balik Malaysia. Jom,balik Malaysia." ajak Doyoung. Aryna semakin rasa serba salah. Satu hembusan lemah dilepaskan.

"Ok, jom. Kita balik Malaysia."

✴✴


"Kita sudah tiada apa-apa lagi kan lepas ni?" tanya Aryna. Pembantunya mengiyakan di hujung talian. Aryna menghembus nafas lega. Bolehlah dia berehat dengan tenang.

"Saya nak balik Malaysia. Sudah lama tak balik ke tanah air sendiri. Awak bile nak balik Malaysia semula?" tanya Aryna kepada pembantu nya yang bernama Nini.

"Hurm, saya tak tahulah Cik. Saya tak terfikir lagi." kata Nini. Aryna mengangguk faham. Mungkin pembantu nya ada hal yang perlu diuruskan dulu.

"Oklah, saya letak telefon saya." panggilan di matikan. Aryna melangkah ke dapur untuk menghidangkan makanan. Seharian dia tidak bekerja, bolehlah dia menguruskan rumah.

"Eh, dah balik?" tanya Doyoung. Kot hitam nya dibuka. Aryna mengangguk sambil tersenyum. Doyoung berdiri disebelah sambil menghirup sup di dalam kuali.

"Muah!" satu kucupan diberikan kepada Aryna. Kesan ciuman itu lap semula menggunakan tisu. Doyoung ketawa kecil. Dia sudah lali dengan sikap Aryna sebegitu.

"Ok, stop masak." dapur api ditutup oleh Doyoung. Aryna memndang suami nya pelik..Kalau tidak masak, mau makan apa? Makan salji diluar rumah tu ke?

"Let's play with me tonight." pinta Doyoung. Darah Aryna berderau pantas. Dia sudah faham apa yang dimaksudkan oleh Doyoung.

after you. dy✔Where stories live. Discover now