Bab 13

68.1K 530 28
                                    

Hari pertama memulakan kehidupan sebagai isteri orang,Melur bangun seawal jam 5.30 pagi. Mandi dan berwuduk. Siap berpakaian,Melur mengenakan telekungnya dan berteleku di sejadah sambil menunggu Firdaus selesai mandi. Tidak lama selepas itu,Firdaus keluar dari bilik mandi dan mengenakan pakaiannya. Dia terkejut kerana Melur masih belum solat Subuh. Melur menoleh memandangnya.

“Jom solat Subuh sekali.” ajak Melur lembut. Firdaus berkerut.

“Apa pulak? Awak solatlah la dulu.” jawab Firdaus menolak. Melur bangun.

“Apa dia abang cakap? Tak dengar laa..” soal Melur sambil meletakkan tangan di telinganya,  seperti menadah telinga ke arah Firdaus. Firdaus mendengus.

“Abang cakap,Melur solatlah dulu.” Melur tersengih mendengar Firdaus membetulkan panggilan nama mereka berdua.

“Mana boleh Melur solat dulu. Melur kena tunggu abang. Kita berjemaah. Lagi afdal dan banyak pahala. Berganda-ganda. Tau tak? Tu fakta tu.”

“Saya tahulah.” jawab Firdaus dengan muka masamnya.

“Apa dia abaaang?” Sekali lagi Melur bereaksi seperti tadi apabila Firdaus sekali lagi membahasakan dirinya sebagai saya. Firdaus berdecit kecil.

“Abang tahulah. Tak cakap pun tahu.” jawab Firdaus berkerut.

“Dahtu,jomlah solat sama-sama.”

“Tak naklah. Solat asing-asing. Melur solat dulu. Sibuk je nak solat dengan orang.” balas Firdaus dengan nada sedikit marah.

“A’aa...tak baik cakap macam tu. Melur bukan ajak berperang tapi ajak solat sama-sama. Cuba ikut cara Rasulullah,jadi suami macam Baginda.” balas Melur bersahaja.

“Tapi saya bu...” Firdaus mendengus. Dia tersalah panggilan lagi.

“Tapi abang bukan Rasul.” Melur senyum mendengar pembetulan Firdaus itu.

“Tak semestinya abang kena jadi Rasul untuk ikut benda baik yang Baginda buat. Solat jemaah kot. Benda baik apa?” balas Melur semula.

“Tapi...”

“Dah dah. Melur tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Cepat,solat.” pintas Melur bersahaja lagi. Firdaus menjelingnya bersama kerutan di wajahnya.

“Cepat Melur cakap. Tak baik tangguh-tangguh waktu solat.” kata Melur lagi apabila melihat Firdaus hanya berdiri tanpa tindak balas.

“Abang...ingat deal kita. Itu syarat ke 3 tau?” leret Melur sedikit mengugut.

“Huh! Yelah-yelah!” Akhirnya Firdaus menurut. Melur tersenyum simpul.
‘Ikut sedap dia je. Selamba je sound aku. Ingat dia tu siapa? Ustazah?’ Firdaus mengomel sendiri di dalam hatinya.

“Ha’aa,lebih kuranglah Melur dengan uztazah.” Firdaus yang baru mengangkat takbir, terkejut dengan jawapan Melur. Membulat matanya. Tidak percaya. Firdaus iqamat dan memulakan solat dimakmumkan oleh Melur. Itulah solat pertama mereka sebagai suami isteri. Solat Subuh pemangkin hari. Usai solat,Firdaus membaca doa yang diaminkan oleh Melur. Melur lega kerana Firdaus adalah penghulu solat yang baik. Bacaan solat yang baik dan doa usai solat yang lengkap.

“Sini,nak salam.” kata Melur sambil menghulurkan tangannya kepada Firdaus.

“Tak payah salam-salamlah.” jawab Firdaus membantah. Melur tidak peduli. Dia tarik tangan Firdaus dan menciumnya. Kemudian dia tunduk sedikit sambil menyuakan kepalanya kepada Firdaus. Berkerut Firdaus memandangnya.

“Kenapa ni?” soal Firdaus tidak mengerti. Melur berdecit.

“Ciumlah,bagi berkat. Doa suami untuk isteri.” jawab Melur selamba.

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now