✨Prologue✨

2.4K 198 22
                                    

"Kita asyik bergaduh. Awak dah berubah. Dah tak sama macam dulu. Dah pandai berahsia, dah pandai diam. Kenapa?" Soalan itu sangat menganggu ketenangan Jungkook yang sedari tadi hanya diam sahaja di bilik ini. Tetapi kehadiran wanita yang menjadi isterinya selama setahun ini benar-benar meragut keamanan hati.

"Saya buat salah apa, hmm?" Soalan itu diajukan dengan nada suara yang tenggelam timbul.

"Tak salah."

"Habis tu? Kenapa awak jadi macam ni? Sebulan, Jungkook. Awak berubah tiba-tiba. Saya benci kita macam ni." Air mata dan esak tangis isterinya kini terluah tanpa dipinta. Jungkook berdiri menghadap pintu balkoni yang cerah, membelakangkan si isteri yang duduk di birai katil. Tangisan wanita itu berlagu, menandakan kesedihannya berada di hujung rasa.

"Saya buat semua ni demi abang saya." Ujar Jungkook setelah lama dia menyimpan rahsia. Matanya memandang luar, merenung langit yang mendung seperti galau di hati. Ingin sahaja dia berpaling dan memeluk si isteri. Tetapi bimbang jika hati berubah lagi. Maka dia diam dan tahan diri.

"Apa yang awak buat? Untuk apa?" Isterinya masih lagi bertanya tanda ingin tahu. Jungkook telan liur yang terasa pahit dan pejamkan mata serapat yang boleh.

Duhai hati, kuatlah untuk cinta yang satu itu.

"Awak tak perlu tahu."

"Bagitahu saya, Jungkook! Apa yang awak sorokkan daripada saya sebenarnya?!" Suara si isteri naik seoktaf, Jungkook tidak mampu bertahan lagi. Lantas tubuhnya dipusingkan, dihayun langkah ke arah si wanita yang duduk di birai katil dan bahu isterinya dicengkam kuat.

"Jungkook!"

"Nak tahu? Hmm? Nak tahu sangat, kan?" Ada air mata mula terhasil ditubir, Jungkook berlawan dengan perasaan sendiri. Tidak mahu dia menyakiti si isteri walau seinci pun tetapi kerana terpaksa dia perlu juga memberitahu rahsia yang sudah lama disimpan rapi.

"Saya dah angkat sumpah untuk jadi rakyat Korea Utara. Saya nak jalankan tugas saya dekat sana dan kita perlu bercerai 50 hari dari sekarang."

Kedua-duanya diam tanpa kata. Cengkaman pada bahu wanita itu kian longgar, air mukanya berubah. Jungkook melutut dan menunduk, menempel pipi pada riba si isteri.

"Tapi kenapa sayang..."

"Untuk abang saya. Saya nak balas semula atas kematian dia."

"Dan tinggalkan saya?" Soalan itu, Jungkook pejam mata. Sudah dapat diagak, pasti hatinya mula meragui dan tidak yakin dengan diri sendiri. Lambat. Semuanya sudah terlambat.

"Kita ada masa 50 hari sebelum saya pergi."

"Takkan pernah cukup, Jungkook." Isterinya kembali teresak. Kali ini lebih kuat. Jungkook tarik nafas panjang, mencari kekuatan yang bersisa. Dia perlu tunaikan janji dengan diri sendiri dan dia perlu menabur janji demi merelakan si isteri atas pemergiannya nanti.

Kepala diangkat, tangan isterinya pantas dicapai. Digenggam erat, dipandang lama wajah sedih wanita ini. Bibirnya tersenyum nipis sahaja. Dia tidak tahu sama ada dia akan kembali, tetapi untuk memberi ketenangan kepada isteri, dia sanggup digelar pengkhianat janji.

"Saya janji, saya balik sini semula. Cuma saya minta sikit masa. Nanti saya datang dekat awak. Saya janji."

"Tapi awak suruh kita bercerai."

"Itu syaratnya untuk ke sana. Kalau tidak, awak kena angkat sumpah sekali. Awak tak boleh."

"Saya nak ikut."

Jungkook tetap menggeleng. Bibir diketap rapat dan kuat. Tidak akan sesekali dia membiarkan isterinya ikut bersama. Dia tidak mahu isterinya melihat perkara yang tidak sepatutnya dilihat ketika di sana.

"Tak boleh."

Wanita itu masih menangis. Cuma kali ini nampak sudah letih dan berputus asa. Tangan yang dipegang Jungkook ditarik. Dia bangun dan tanpa kata terus melangkah pergi dari bilik ini.

Jungkook tidak menahan, apatah lagi memanggil.

"50 hari tak akan cukup untuk kita berdua, sayang."

_____________________________

Rekaan semata-mata. Saya tak tahu apa yang saya tulis ni tapi saya rindu nak menulis so... inilah dia. Tak panjang sangat kut. Pendek je. Huhu enjoy!

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now