✨Bab 2✨

883 131 1
                                    

Min Young duduk lama di ruang tamu sambil menanti Jungkook pulang. Dia memandang jam di dinding dan kemudian merenung luar melalui tingkap yang sengaja diselak sedikit langsirnya supaya dia dapat menjengah.

Keluhan berat terlepas jua akhirnya. Hampir 4 jam menanti dari jam 7 sehinggalah sekarang 11 malam. Kelibat kereta suaminya masih tidak kelihatan. Sudah seminggu Jungkook pulang lewat ke rumah walhal suaminya itu sedang bercuti 3 bulan setelah setahun bertugas tanpa rehat sebagai tentera.

Min Young memeluk tubuh. Dia cuba menonton televisyen yang menyala tanpa memikirkan terus tentang si suami. Pandailah nanti suaminya pulang.

Tiba-tiba, bunyi enjin kereta kedengaran. Min Young terus bangun dan melihat luar. Jungkook!

Lantas dia berjalan laju ke arah pintu dan membukanya tanpa sempat Jungkook tiba. Matanya mencari susuk tubuh Jungkook. Lelaki itu masih di dalam kereta. Enjin juga masih berbunyi. Min Young hairan.

"Ish, kenapa dengan dia ni?" Dengus Min Young hairan. Dia menanti dalam beberapa minit lagi tetapi Jungkook masih di dalam kereta.

"Tak boleh jadi ni. Risau." Min Young terus sahaja menyarungkan selipar dan menapak ke arah kereta suaminya itu. Tubuh ditundukkan, tangan mengetuk cermin kereta.

"Sayang!" Panggilnya. Jungkook yang berada di dalam kereta hanya diam membisu. Nampak termenung panjang dan begitu lama sehingga tidak dapat diusik oleh sesiapa pun.

"Sayang, hei!" Cermin diketuk lebih kuat. Pemegang pintu kereta ditarik-tarik. Cuba mencuri perhatian si Jungkook yang begitu lama diam. Min Young mula panas hati. Risau pun ada juga. Lantas tanpa berfikir panjang, pasu bunga kecil yang ada di sebelah terus dicapai. Baru sahaja hendak dihayun, cermin tingkap kereta Jungkook turun.

"Nak bunuh suami sendiri?" Soalan sinis Jungkook mematikan tingkah Min Young namun sedikit pun tidak menggugat hati wanita itu. Pasu diletak semula di atas lantai, tangan memeluk tubuh.

"Yang awak duduk dalam kereta nak dekat 15 minit dah kenapa? Dahlah tak bagitahu apa-apa dekat saya, balik lambat ke awal ke. Saya risau." Kata Min Young. Dia memandang Jungkook yang nampak bersahaja mematikan enjin kereta dan keluar selepas menaikkan cermin. Susuk tubuh lelaki yang sasa ini dipandang dalam keadaan dirinya hampir terdongak.

"Sayang..." suara Min Young lembut memanggil. Jungkook di hadapannya dipandang lama, tangan lelaki itu dipegang. Sepasang mata cantik itu cuba dicari supaya menatap matanya juga.

"Kenapa ni? Hmm?" Soal Min Young lagi. Jungkook mengeluh. Hatinya sedang galau dan resah. Berbelah bahagi dan ragu-ragu. Meronta kuat tapi ditanan kerana terpaksa.

"Tak ada apa-apalah." Ujar Jungkook, ringkas. Dia membiarkan tangannya dipegang oleh Min Young. Dia cuma tidak membalas sahaja pegangan itu semula. Kali pertama dia berbuat begitu sepanjang perjalanan kisah cinta mereka.

"Betul ni? Dah makan ke belum?" Soal Min Young. Dia cuba senyum tetapi sukar sekali. Hatinya resah gelisah melihat tingkah Jungkook yang sedikit berbeza dari biasa. Entahkan perasaannya sahaja atau mungkin memang benar. Min Young tidak pasti. Tapi apa yang pasti, memang Jungkook kelihatan lain!

"Tak lapar. Saya nak tidur." Kata Jungkook dan tidak semena-mena tubuh isterinya dirangkul erat. Tidak mampu lagi berlawan dengan perasaan sendiri yang begitu keras menghalangnya dari berbuat biasa. Jahat hatinya.

Min Young terus tersenyum lebar. Jungkook memeluknya erat dan dia membalas semula rapat. Lega. Lega hatinya.

"Jom. Mandi dulu."

"Mandikan."

Min Young ketawa. Suaminya tetap sama macam biasa! Tanpa sedar dia mengangguk.

"Okey."

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now