✨Bab 5✨

693 113 3
                                    

"Mama..." panggilan itu meniti di bibir Jungkook tatkala dia menolak daun pintu bilik. Sekujur tubuh seorang wanita yang kaku baring di atas katil dipandang sayu. Matanya pula memandang si ayah yang setia menanti di sisi mamanya. Tersenyum nipis sahaja bibir itu membalas senyuman si ayah yang sedikit kendur dari biasa.

"Jungkook..." panggil ayahnya. Jungkook menapak dan mendekati si ayah. Tubuh ayahnya didakap erat sebaik sahaja mendekat. Belakang tubuh tua itu diusap lembut.

"Mama okey, pa?" Soal Jungkook. Pelukan dilonggarkan. Mata memandang ke arah katil. Mamanya tidak bergerak. Tetapi dada itu masih berombak tanda masih bernafas.

"Okey. Tadi doktor datang check."

"Lepas tu? Okey tak?" Tanya Jungkook. Dia melabuhkan punggung di birai katil sambil mengusap kaki mamanya yang berstokin. Mata memandang si ayah yang menayangkan wajah kelat apabila soalan tadi itu dilontarkan.

"Entahlah. Papa tak tahu nak cakap macam mana." Hanya itu yang mampu dikata oleh lelaki berusia 59 tahun ini. Muda sedikit dari isterinya yang sudah mencecah usia 60-an.

"Rasanya kita boleh bawa mama buat terapi dekat China. Saya dah check tempat, harga..."

"Papa tak pernah kisah dekat mana pun tempat dia, berapa harga untuk rawatan tu. Tapi mama tak ada harapan lagi. Hidup dia, bergantung dekat itu." Tangan ayahnya naik menghala ke arah mesin oksigen yang berada di sebelah katil. Jungkook ketap bibir dan menunduk. Matanya kabur. Mama...

"Bila papa kata stop guna mesin tu, mama..."

"Pa, please." Tangisan Jungkook terlepas. Dia mendongak meminta agar ayahnya berhenti untuk berkata-kata. Dia tidak sanggup mendengar walaupun dia tahu akibatnya.

Jungkook naik atas katil. Dia mendekati mamanya dengan lebih rapat. Wajah tua dan cengkung itu dipandang sayu. Air mata mengalir laju.

"Ma... saya datang." Tangan mamanya dipegang dan dikucup lama. Sungguh, rasa rindunya tidak dapat dibendung lagi. Ibunya sebelum ini sihat sahaja. Masih boleh berjalan walaupun mengalami strok sebelah kanan badan. Setelah diberi rawatan susulan, ibunya sihat semula. Cuma jalannya sedikit terdengkut-dengkut. Percakapannya juga masih jelas pada waktu itu.

Tetapi entah macam mana, ketika dia bertugas berbaki beberapa hari lagi, Min Young memberitahu bahawa ibunya jatuh di dalam bilik air dan terus tidak sedarkan diri. Seminggu selepas rawatan, barulah doktor mengkhabarkan bahawa ibunya ini lumpuh seluruh badan kesan daripada jatuh tersebut.

Kemudian dugaan kembali menimpa mereka satu keluarga apabila mendapat berita kematian Taehyung akibat dipukul ketika menjalani latihan. Sudahlah jatuh, ditimpa pula tangga. Jungkook hanya reda, dirinya diuji dengan begitu banyak sekali tanpa sempat dia menarik nafas lega.

"Saya tak pernah lupa mama. Saya ada dengan mama." Kata Jungkook lagi. Esakannya sesekali kedengaran. Berat tubuhnya hendak bergalih dari sebelah si ibu. Lama didakap tubuh kaku itu. Walaupun tidak dibalas, namun dia lega kerana nafas ibunya masih lagi terasa.

"Min Young tak balik sekali dengan kamu?" Soal ayah Jungkook apabila tangisan anaknya mulai reda. Lembut bahu si anak ditepuk.

Jungkook kesat muka yang basah dengan air mata sebelum duduk semula dengan betul. Bibirnya senyum nipis sahaja.

"Tak. Saya tak bawa dia." Ujarnya. Mata Jungkook masih memandang ke arah ibunya.

"Kamu yang tak bawa atau dia yang tak nak datang?" Pertanyaan ayah Jungkook membuatkan lelaki itu terus menghalakan pandangan ke arah ayahnya. Kening sedikit berkerut.

"Kenapa papa cakap macam tu?"

"Dia macam tak suka datang ke sini." Jujur si ayah. Jungkook menarik nafas panjang. Ini bukan kali pertama. Ayat itu sudah berkali-kali keluar dari ulas bibir ayahnya sehinggakan dia hairan juga.

"Dia bukan tak suka datang sini. Dia suka. Cuma saya yang suruh dia duduk rumah." Jelas Jungkook lagi. Senyuman dilontarkan. Ayahnya menarik nafas panjang sebelum mengangguk.

"Papa risau je.. takut dia tak berkenan dengan keadaan keluarga kita yang complicated ni."

"Tak adalah. Saya kenal isteri saya. Nanti saya bawa dia datang ke sini bila dia tak ada kerja." Kata Jungkook lagi. Menenangkan ayahnya yang jelas risau. Baginya, Min Young memang tiada masalah langsung dengan keluarganya. Malah mesra. Tiada apa-apa yang tidak disukai oleh isterinya itu.

"Yelah. Papa tinggal kamu dengan mama sekejap. Bolehkan?" Tanya ayah Jungkook. Jungkook senyum dan anggukkan kepalanya.

"Saya balik malam nanti. Saya boleh jaga mama sampai malam ni." Kata Jungkook. Ayahnya terus senyum mendengar.

"Papa keluar dulu ya." Jungkook kerdip mata sekali sebelum ayahnya mengatur melangkah dan beredar dari bilik.

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now