08

167 49 11
                                    

Selesai solat asar, aku melabuhkan punggung ku di atas sofa empuk. Satu keluhan dilepaskan tatkala kerja pengurusan di rumah masih belum siap. Semakin buncit perut, semakin lelah satu badan.

"Patut nya Doyoung dah balik..." omel aku perlahan. Satu kelibat dia pun tidak kelihatan. Lelaki itu tampak sibuk dan sentiasa balik lewat. Mungkin banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Aku melangkah ke dapur untuk mengambil air. Saat pintu diketuk, aku terus berlari anak ke pintu. Senyuman lebar aku pudar apabila Doyoung melangkah masuk tanpa berkata apa-apa.

"Awak lapar? Nak makan?" tanya aku. Doyoung menghiraukan lalu melangkah naik ke bilik. Aku mengikut jejak langkah Doyoung sama.

"Hurm? Awak nak keluar lagi ke? Pergi mana? Awak baru saja balik..." kata aku perlahan. Tie leher Doyoung ditarik. Aku hanya mampu berdiri kaku akibat perlakuan lelaki itu.

"Aku nak mandi. Tepi." kata Doyoung. Aku mengangguk lalu memberikan laluan keada Doyoung. Fikiran aku mula kucar kacir. Aku hanya mampu berfikiran positif. Mungkin dia terlalu sibuk kali ni.

✴✴

"Suami cik tiada ke?" tanya seorang nurse. Aku menggeleng teragak-agak. Rasa segan pula apabila tiada suami menemankan isteri untuk check up.

"Yuta? Apa kau buat dekat sini?" tanya aku. Lelaki itu menoleh sambil memegang beberapa file ditangan nya. Pemakaian lelaki itu kemas dengan rambutnya diikat rapi.

"Oi! Aku kerja kat sini lah. Lupa heh?" tanya Yuta. Aku mengangguk perlahan. Mata Yuta terarah kepada perut aku. Satu senyuman kecil terbit di wajah Yuta.

"I guess, it's twin right?" kata Yuta. Kening aku berkerut pelik. Lelaki di hadapan aku hanya ketawa lalu meletakkan file nya di atas meja bersebelahan nya.

"Aku agak-agak je. Jangan gelabah sangat. Ni nak balik ke? Aku hantar nak?" tanya Yuta. Aku menggeleng. Tidak mahu lah menyusahkan dia dalam waktu kerja sekarang ini.

"Takpelah. Aku balik sendiri. Bye"

✴✴

"Awak balik pun!" jerit Aryna gembira. Doyoung meetakkan briefcase nya di atas sofa. Dia melangkah ke dapur lalu mengambil sekotak jus. Aryna mengambil briefcase Doyoung lalu dibelek-belek.

"Eh, ada lipstick. Untuk saya ke?" tanya Aryna. Pergerakan Doyoung terhenti. Dia memandang Aryna lalu tersenyum kelat. Doyoung berdehem kecil.

"Haah, saya beli tadi. Untuk awak." kata Doyoung. Aryna tersenyum kecil. Doyoung mengambil beg nya lalu naik ke bilik. Aryna duduk di sofa lalu membuka lipstick itu.

"Eh, dah patah separuh..." kata Aryna. Dia melangkah naik ke bilik untuk melihat keadaan Doyoung. Ternyata lelaki itu sudah tidur tanpa menukar pakaian nya.

"Awak, mandi dulu. Solat dulu." kata Aryna. Doyoung merungut kecil. Aryna memeluk suami nya daripada belakang namun dengan pantas dia ditolak.

"Awak kenapa? Saya nak berehat sekejapp je. Jangan kacau saya lah." kata Doyoung tegas. Aryna menjauhi Doyoung sedikit demi sedikit. Terbit sedikit kekecewaan di hati atas perlakuan suami nya itu.

"Saya cuma nak awak."










after you. dy✔Where stories live. Discover now