09

164 47 3
                                    

"Auh, pasal pembukaan cawangan baru tu..kita hold on dulu lah. Saya pun tak berapa sihat sekarang." kata Aryna melalui telefon. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

"Ok cik. Banyak kan berehat tau." kata Nini di hujung panggilan. Aryna terus meletakkan phone nya di atas meja. Sweater di ambil lalu dia melangkah ke dapur akibat kelaparan.

"Ok, kejap lagi Doyoung balik. Jadi, kita kena masak untuk dia!" kata Aryna dengan penuh semangat. Sanggup mengambil cuti seminggu untuk melayan suami. Yelah, selama ini dia sibuk sahaja sampai rumah tangga terbengkalai.

"Erm, dah pukul 6. Takkan tak balik lagi?" ujar Aryna. Dia melangkah ke tingkap namun masih tiada tanda-tanda Doyoung akan balik. Lagipun, di luar sedang hujan salji.

"Erm, tunggu sekejap lagi lah. Nanti balik lah tu."

✴✴

Pintu rumah dibuka perlahan. Suasana rumah besar itu gelap dan suram. Tangan Doyoung merayap membuka lampu tuang tamu. Isteri nya sedang tidur di sofa berbekalkan selimut tebal.

"Eh..awak dah bangun. Dah makan?" tanya Aryna. Doyoung memandang ke arah dapur. Semua makanan elok terhidang tanpa diusik. Doyoung melangkah naik ke bilik.

"Awak dah makan ke? Sekurangnya bagitau lah saya dulu." kata Aryna. Doyoung hanya diam tanpa membalas. Aryna yang geram terus memegang tangan Doyoung.

"Awak ok tak? Awak dah banyak berubah. Ada masalah ke?" tanya Aryna. Doyoung menepis tangan Aryna kasar. Muka lelaki itu tampak bengis dan marah. Aryna berdiri sambil bercekak pinggang.

"Kenapa? Saya ambil cuti semata nak layan awak tau! Awak selalu balik lambat, tak pernah tanya keadaan saya yang tengah sarat mengandung! Awak pergi mana? Sibuk sangat ke dengan kerja tu?!" jerit Aryna.

"Eh, kau diam boleh tak. Kau nak kerja, kerja jelah! Tak payah kisahkan aku. Kau bukan nya nak ambil kisah pasal aku! Memekak je tau." kata Doyoung. Air mata Aryna mula bergenang di tubir mata nya.

Doyoung merengus kasar lalu keluar tanpa berkata apa-apa. Hati Aryna hancur remuk. Mungkin salahnya, tapi dia cuba untuk melakukan yang terbaik sekarang.

✴✴

"Huh? Doyoung dah 3 hari tak balik rumah?" tanya Yuta. Aryna mengangguk. Muka nya pucat lesi dan tidak bermaya. Yuta menghidangkan Kimchi Jigae dan nasi putih di hadapan nya.

"Makanlah. Jangan risau, halal." kata Yuta. Aryna memandang makanan itu tanpa sebarang perasaan. Dia mengeluh lemah. Memikirkan hal perubahan yang dialami oleh suami nya cukup memenatkan.

"Tak payah fikir. Fikir kesihatan kau dulu. Nanti dia balik lah tu." kata Yuta dengan mulut yang penuh dengan makanan. Aryna menjerit kecil.

"Doyoung...sakit kan? Dia makan ubat tak?" tanya Yuta. Aryna menggeleng perlahan. Yuta sudah berasa tidak sedap hati. Seperti bakal sesuatu perkara yang tidak diingin.

"Kenapa kau tak bagi dia makan ubat? Kau fikir penyakit dia akan sihat sampai bila-bila?" tanya Yuta. Aryna terdiam. Semakin kusut fikiran nya. Doyoung benar-benar sudah gila.

"Esok aku datang lagi. Kalau Doyoung balik rumah, bagitau aku. Jangan sesekali tak call  aku. Faham?" kata Yuta.

after you. dy✔Where stories live. Discover now