✨Bab 9✨

611 102 7
                                    

Min Young menjejakkan kaki di lantai rumah mama dan papa mentuanya. Sudah lama dia tidak melawat keluarga suaminya ini. Asyik sibuk dengan kerja sahaja di rumah. Kebetulan juga dia sedang cuti dan Jungkook memesan supaya menjaga ibu dan ayahnya seketika, jadi dia mengambil keputusan untuk datang.

"Papa," tegur Min Young sebaik sahaja susuk tubuh ayah mentuanya kelihatan di dapur. Sedang membuat susu buat ibu mentuanya. Ibu mentuanya sudah tidak menelan nasi atau makanan. Keras mahupun lembut, tetap tidak juga boleh ditelan. Hanya susu sahaja.

"Min Young," si ayah mentua menyambut sahutan Min Young. Wajah itu nampak bersahaja. Tidak senyum dan tidak dingin. Tangan masih membancuh susu. Ada juga beberapa tumpahan di atas meja.

Min Young meletakkan beg tangan di atas kerusi meja makan sebelum mendekati ayah mentuanya.

"Saya nak buat boleh, papa?" soal Min Young. Lelaki itu terus terhenti. Dia memandang Min Young.

"Papa boleh buat."

"Tak apa. Papa boleh rehat. Papa nampak penat ni. Biar saya buat lepas tu masukkan dalam tube. Dah lama tak tolong buatkan untuk mama." Min Young tersenyum, menyakinkan si ayah mentua yang jelas kelihatan berat hati. Min Young faham perasaan ayah mentuanya ini tetapi sesekali dia rasa perlu juga ayah mentuanya itu berehat. Oleh kerana itulah dia rela hati ingin membantu.

"Papa cuma tak nak susahkan kamu." Kata ayah mentua Min Young sebelum dia bergalih ke tepi. Tugas bertukar. Kini Min Young menggantikan tempatnya.

"Apa cakap macam tu, pa? Tak apa, papa rehat. Nanti ka..."

Drtt.. Drtt..

Ayat Min Young terhenti apabila telefon bimbit ayah mentuanya bergetar di dalam poket. Dia memandang sekilas sambil menutup penutup susu itu. Tumpuan ayah mentuanya terus teralih.

"Papa angkat call office sekejap." Kata lelaki tua itu sebelum beredar ke belakang. Min Young cuma angguk dan senyum sahaja menghantar pandangan kepada ayah mentuanya sebelum hilang. Nafas tertarik tenang sambil mengacau susu di dalam gelas tinggi. Bibirnya tiba-tiba tersenyum lebih lebar. Mata fokus memandang susu yang sebati di dalam gelas.

"Mesti mama suka dengan hidup dia lepas ni."

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now