✨Bab 12✨

597 100 3
                                    

Jungkook memandang lama pintu bilik mayat yang bakal dimasukinya nanti. Tiada air mata mahupun tangisan. Hanya ada hati yang penuh dengan rasa dendam kesumat. Untuk siapa, dia tidak pasti orangnya. Tapi apa yang pasti, dia akan mencari satu demi satu manusia yang menghancurkan segala bahagia yang dikecapi dengan tenang selama ini.

Pintu bilik forensik itu ditolak dan ianya dibuka. Bau ubat-ubatan menusuk hidung. Mata mencari sesuatu sebelum terlihat dua katil besi berada di tengah-tengah ruangan bilik. Katil itu ada orangnya dan ditutupi dengan kain putih.

"Mama... papa..." suaranya tenggelam timbul. Memandang tag nama yang digantung pada ibu jari kaki mayat, hati Jungkook kian rapuh. Dirinya mendekati dengan lebih rapat ke arah dua katil besi itu sebelum memegang kain putih yang menyelimuti tubuh kedua orang tuanya.

Esakan mula memecah sunyi ruangan ini. Bergema, menandakan tiada sesiapa lagi yang bernyawa di dalam bilik ini melainkan hanya dia seorang sahaja.

Jungkook berdiri di tengah-tengah antara katil ibu dan ayahnya dibaringkan. Mata memandang silih berganti. Kedua-dua tangannya menggigil saat dia ingin menarik kain putih itu ke bawah. Cuba untuk melihat wajah ibu dan ayahnya buat kali yang terakhir.

Tangan semakin menggigil kuat. Perlahan-lahan kain putih itu ditarik serentak dan akhirnya wajah kesayangannya menjadi penghias mata.

Jungkook terduduk. Bibir diketap kuat sehingga terasa begitu sakit rahang itu. Nafas tertahan-tahan, tangisan tanpa suaranya kian menyesakkan dada sendiri. Rasa sakit itu mencarik hati yang kian rapuh.

Dulu dia kehilangan abangnya. Sekarang, dia kehilangan orang tuanya pula. Dulu, dia tidak dapat mengecam mayat abang tirinya itu kerana berada jauh di Korea Utara namun kini... dia terpaksa mengecam mayat ibu dan ayahnya tanpa ahli keluarga yang lain di sisi.

Jungkook sebatang kara. Hanya ada isteri yang begitu disayangi sekali.

Jungkook menangis lebih kuat dan lama. Dia tidak berdaya hendak bangkit. Cuma hatinya sahaja yang memasang niat secara diam. Jika dia tahu disebalik dalang dari punca kejadian ini berlaku, dia tidak akan melepaskan insan itu walau seinci pun. Dia mahu segalanya terbalas. Digantikan dengan darah dan nyawa pun belum tentu hatinya puas.

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now