11

176 45 5
                                    

Aryna berjalan perlahan masuk ke dalam bilik. Terasa seperti mahu merehatkan badan. Lenguh setiap badan nya akibat menahan sakit. Yelah, tiada sesiapa yang mahu mengurut apatah lagi menjaga nya.

Saat Aryna ingin memejamkan mata, dia dikejutkan dengan bunyi deringan telefon di sebelahnya. Nombor yang tidak dikenali namun ternyata ia daripada Malaysia.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Ini...Puan Aryna ke di panggilan ni?" Aryna mengiyakan. Jantungnya berdetak laju. Rasa tidak sedap hati mula terbit di hati nya. Fikiran nya terbayang kepada ahli keluarganya di Malaysia.

"Ahli keluarga Puan baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Mereka semua terlibat dalam kemalangan."

Air mata Aryna jatuh perlahan. Lidahnya kelu dan tidak mampu membalas apa-apa. Kalau mahu balik ke Malaysia, kesihatan nya bagaimana? Lagipun dia akan bersalin tidak lama lagi.

"Oh..saya akan ke hospital nanti." jawab Aryna. Panggilan dimatikan. Aryna menangis semahu-mahunya sambil memeluk kaki nya. Dia mula rasa terbeban dengan pelbagai masalah. Aryna dengan pantas mengelap air mata nya lalu bangun.

"Aku kena balik Malaysia."


✴✴

"What? Yah, kau jangan buat kerja bodo. Kau bersalin bulan depan! Kau ingat aku tak tahu?" kata Yuta. Muka Aryna ketat dan serius. Dia sudah terdesak untuk lari balik ke Malaysia.

"Yuta, please. Aku kena balik. Ibu bapa aku semua dah ke liang lahad. Aku kena pergi untuk selesaikan segala urusan di sana. Harta ibu bapa aku kena diselesaikan juga." kata Aryna. Yuta mengeluh lemah.

Sejujurnya, keadaan Aryna sekarang tidak sesuai untuk dia pergi ke mana-mana. Terlalu bahaya. Aryna ni pun sakit tidak tentu masa. Bila-bila masa sahaja boleh terjadi apa-apa.

Yuta memberhentikan kereta nya tepat di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Aryna bergegas keluar lalu mengambil beg nya.

"Kau dengan sikap gila memang tak boleh berpisah." kata Yuta. Aryna senyum kecil disebalik wajah sedih nya. Saat dia ingin masuk, langkah nya terhenti.

"Aku tahu kau yang suka aku. Jangan nak berangan lah Yuta." kata Aryna.

✴✴

"Semua harta saya tak mahu ambil. Encik Amirul tolong jagakan semua nya sementara saya tiada. Lagipun, saya tak yakin dapat jaga harta yang terlalu banyak ni." kata Aryna kepada peguam nya.

"Puan Aryna ok ke? Kalau Puan nak harta ini disimpan, saya boleh selesaikan. Cuma, dalam perjanjian perkongsian harta ni..hanya lelaki sahaja yang dapat mewarisi." kata Tuan Amirul. Aryna mengeluh lemah.

"Simpankan. Atas nama saya." kata Aryna. Tuan Amirul mengangguk faham. Telefon Aryna berdering menandakan message masuk.

Doyoung :
Kau kat mana Aryna?

Aryna terdiam. Sejak bila Doyoung rajin untuk bertanya keberadaan nya? Sudah berbulan mereka berdua bertegur sapa. Kalau message pun, tidak berjawab.

Me :)
Malaysia. Kenapa? Bapak mentua kau meninggal.

Aryna munutup semula telefon aku. Fikiran Aryna bercelaru dan kusut. Apa yang Doyoung mahukan Aryna pun tidak pasti. Cuma, dia berharap Doyoung tidak melakukan sesuatu yang pelik dan menakutkan.

after you. dy✔Where stories live. Discover now