✨Bab 14✨

594 94 4
                                    

Mendengar enjin kereta suaminya memasuki halaman rumah, Min Young yang tadi berada di ruang tamu terus sahaja bangun dan berlari keluar. Dia membuka pintu rumah tanpa sempat Jungkook keluar.

"Sayang macam mana? Dah selesai semuanya?" soal Min Young. Dia merapatkan dirinya kepada Jungkook. Suaminya.. sudah tidak seperti anggota tentera yang biasa. Penampilannya tidak kemas, tidak terurus, roma dan jambang halus mula naik di serata dagu dan pipi.

"Dah."

"Okey tak ni?" Pipi Jungkook disentuh lembut. Matanya mencari anak mata Jungkook supaya bertemu. Bibirnya tersenyum sahaja.

"Tak." Ringkas Jungkook menjawab sambil memegang tangan Min Young dan kemudian diturunkan dari pipinya. Bahu isterinya itu juga ditolak lembut. Terus senyuman Min Young mati. Mata terkebil-kebil. Tidak percaya. Sekali lagi dirinya ditolak.

"Saya ada buat salah dengan awak ke?" Soalan itu dilontarkan dengan nada suara yang begitu ingin tahu. Jungkook yang baru sahaja hendak masuk ke dalam rumah terhenti. Tubuhnya dipalingkan menghadap si isteri yang jelas sekali tidak puas hati.

"Awak cakap apa ni?" Tanya Jungkook semula. Min Young ketap bibir. Sabarkan hati yang terbakar.

"Awak tu yang dah kenapa? Saya elok sambut awak balik. Tapi awak.."

"Awak sedar tak yang saya baru hilang mama dengan papa saya? Saya baru je buat pengecaman mayat, report polis. Saya balik ni sebab saya nak rehat. Saya nak kosongkan otak yang dah serabut, yang tak berhenti fikirkan macam-macam. Abang saya belum sampai sebulan tinggalkan saya, sekarang mama papa saya pula ikut dia pergi jauh dari saya. Awak expect saya balik nak peluk-peluk cium-cium dengan awak ke, hmm?"

DUM!

Terhenyak Min Young mendengar ayat marah Jungkook dan hempasan pintu rumah yang kuat itu. Min Young berdiri kaku tidak berbuat apa-apa. Matanya juga tidak berkelip.

Jungkook marah dengannya. Kali pertama. Atas sebab yang dia sendiri rasa tidak masuk akal.

"Kenapa nak kenang orang yang dah mati, sedangkan yang hidup ni sanggup buat apa saja demi awak yang tak pernah langsung peduli pasal saya sekarang?"

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now