Part 9

681 92 7
                                    

Halilintar merenung wajah pucat Gempa, lelaki itu masih belum sedarkan diri daripada pengsan.

Dia membawa Gempa pulang ke rumahnya, nasib baik ibu bapanya tiada di rumah buat masa sebulan kerana ada kerja di luar negara.

Jari jemari jenjangnya menyentuh lembut pada permukaan wajah Gempa, lalu dibelainya.

"Mesti beratkan bagi kau untuk  tempuhi semua ni? Aku janji yang aku akan cuba hilangkan rasa kesedihan kau dan gantikan rasa sedih kau dengan kebahagiaan. Itu janji aku, Ouro."

Halilintar mendekatkan wajahnya pada Gempa, di saat dia mahu mendaratkan satu ciuman pada pipi sang pengarang jantung hatinya. Kelopak mata Gempa terbuka.

Halilintar mengelabah dan hampir terjungkal ke belakang. Nasib baik tidak jatuh daripada kerusi. Dengan canggung dia berdeham sambil menyebak rambutnya ke belakang.

"K..kau dah sedar? Baguslah." ucapnya sambil tersenyum nipis.

Gempa mengerjap kelopak matanya, dia meringis. Kepalanya dipegang tatkala merasakan denyutan, pening.

"Kau demam, kau rehatlah dulu ya?"

Gempa mengerling Halilintar, dengan sisa tenaga. Dia bangun dari pembaringannya dengan bantuan Halilintar. Dia bersandar pada kepala katil.

"Jangan paksa diri kalau masih lemah. Kau.."

"Aku kat mana?"

"Kat dalam hati aku, hehehe.. Gurau, kau ada di rumah aku."

Halilintar tersengih sambil mengaru cuping telinganya, tatkala mendapatkan kerlingan datar daripada Gempa.

"Oh.. Terima kasih." ucap Gempa perlahan, namun Halilintar dapat mendengarnya.

Walaupun ucapan sederhana, sudah memandai membuat hati Halilintar berasa teruja. Dia tersenyum.

"Kasih diterima."

Gempa memandang segenap bilik, nuansa bilik itu berwarna merah seperti pemiliknya. Bilik itu juga kelihatan kemas sahaja. Sepertinya Halilintar jenis yang seorang pembersih.

Memang lelaki idaman.. Uhuk.

Gempa mengerling pada pakaiannya, Halilintar yang perasan akan pandangan Gempa terus bersuara dengan kedua cuping telinganya memerah.

"Umm.."

Gempa menoleh, disaat orang di sebelahnya bersuara.

"Baju kau basah, so.. Aku tukarkan.. Errr aku minta maaf tau, tapi aku tak tengok pun. Aku tutup mata semasa tukarkan baju untuk kau, sumpah! Ak.."

"Terima kasih."

Halilintar terdiam, dia memandang Gempa dengan mata membulat polos.

Gempa simpan senyum yang mahu terukir, dia berdeham.

Halilintar senyum, kepalanya diangguk perlahan.

Suasana hening menghiasi mereka berdua.

Gempa menunduk merenung tangannya dan dia tahu yang Halilintar sedang memandangnya.

"Gem, boleh aku tau apa yang terjadi sebenarnya?"

Bibirnya bergementar dikala mendengar pertanyaan Halilintar. Tanpa dipinta, seleleh air jatuh membasahi pipi. Semakin lama, semakin lebat. Esakkan kecil mula kedengaran.

Halilintar menjadi panik dan cemas tatkala mendengar tangisan Gempa.

"Ayah aku... Dia nak jual aku pada Ahlong sebab... tak lunaskan hutang... hiks.. aku sempat larikan diri sebelum diorang tangkap aku.. Mesti sekarang diorang sedang cari aku.. Ayah aku, dia sanggup betul buat aku macam tu... Kenapa dia jahat sangat hiks.. apa dosa aku sampai dia buat aku macam tu?"

Mendengarkan itu, buatkan perasaan Halilintar terikut sakit. Tangannya terkepal kemas.

Dia menarik tubuh Gempa masuk ke dalam pelukannya. Belakang tubuh lelaki mungil itu diusap lembut, agar dengan itu dapat menenangkan Gempa.

"Shhh.. Menangislah sepuasnya, lepaskan rasa sakit kau tu. Lepasni, jangan pernah kau menangis untuk orang yang tak nak hargai kau. Aku ada untuk kau, bila kau perlu."

Gempa membalas pelukan Halilintar, dia mencengkam belakang baju yang lelaki itu kenakan. Dia menangis semahu-mahunya, mencurah rasa sakit yang selama ini dia tangguh.












Tbc...

30 vote for next chapt! ❤

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now