✨Bab 16✨

587 86 3
                                    

Tidur Min Young terganggu apabila dia rasa dirinya sendirian di atas katil. Tadi masih ada seseorang di sebelahnya namun kini kosong. Tiada sesiapa.

Mata cuba dicelikkan. Tubuh yang terasa sengal dan sedikit lenguh dilupakan buat seketika. Pakaian yang berada di atas lantai dipandang lama. Bibir tersenyum. Teringat.

Min Young bangun dan mencapai baju tidur di atas lantai dan sarungkan ke tubuh. Tali diikat kemas kemudian dia menapak keluar dari bilik sambil mengikat rambutnya yang panjang dan tebal. Mata mencari seseorang yang sepatutnya ada di depan mata. Tetapi puas dia mencari. Tiada juga.

"Ke mana pula dia pergi ni.." nafas terhela berat dan kasar. Min Young turun ke bawah sehingga tiba di dapur. Peti ais dibuka, gelas tinggi dicapai, susu diambil dan dituang ke dalam gelas tersebut. Kepala masih memikirkan keberadaan suaminya. Kereta ada. Motor berkuasa tingginya juga ada. Ke mana pergi Jungkook?

Jam menunjukkan 10 pagi. Rasanya Jungkook tiada kerja apa-apa pun pagi ini. Lelaki itu masih bercuti dari bertugas. Jika ada pun, pasti ada pesanan buatnya. Tetapi sejak beberapa minggu ini suaminya kerap menghilang tanpa berita. Selepas beberapa jam barulah muncul semula. Geram juga Min Young.

Tiba-tiba, pintu rumah terbuka. Mata Min Young terus memandang ke arah itu dan susuk tubuh Jungkook kelihatan.

"Sayang pergi mana?" Soalan pertama dari Min Young. Gelas tinggi diletakkan di atas meja, dia mendapatkan Jungkook yang pulang dalam keadaan T-Shirt dan rambutnya basah dengan peluh.

"Jogging."

"Kenapa tak bagitahu?" Min Young muncung. Dia cuba untuk memelul Jungkook tetapi lelaki itu angkat tangan membuatkan Min Young terhenti dan terdiam. Jungkook dengan wajah dinginnya, telinga yang tersumbat Air Pod terus menapak naik ke atas. Min Young ternganga.

"Jungkook!"

Kaki Jungkook berhenti dari menapak tangga. Tubuh dipusingkan, kening dinaikkan.

"Ya?"

"Awak nak pergi mana?" Soal Min Young. Suaranya jelas sekali kedengaran penat dan letih. Jungkook tetap sama.

"Nak mandi, nak keluar." Jawab Jungkook, ringkas. Dia perlu cepat kerana urusannya belum selesai. Banyak lagi kerja kena buat.

"Nak keluar pergi mana?" Tanya Min Young lagi. Dia kini sudah pun merapati Jungkook sehingga mereka di atas anak tangga yang sama. Mata memandang Jungkook, lama.

"Min Young, banyak lagi kerja yang saya nak kena buat. Bukannya nak duduk dekat rumah ni, nak tengok muka awak je." Kata Jungkook selamba. Min Young hampir melopong. Terpana dengan kata-kata Jungkook.

"Saya minta maaf kalau sejak beberapa hari ni saya nampak berubah tapi masalah saya tak pernah selesai. Saya kena selesaikan masalah saya. Please, faham saya." Jungkook terus sahaja beredar kali ini dan masuk ke dalam bilik. Min Young berdiri kaku. Mata menghala ke arah satu tempat sambil menggengam penumbuk dengan erat. Rasa geramnya tidak dapat dibendung lagi. Begitu sahaja layanan Jungkook terhadapnya. Bagai tiada apa-apa yang berlaku.

Min Young terus sahaja naik dan dengan kasar dia menolak daun pintu bilik.

"Awak dah melampau." Ujar Min Young. Figura tubuh Jungkook dipandang tajam. Lelaki itu baru sahaja hendak masuk ke dalam tandas. Tetapi apabila melihat Min Young berdiri tegak dengan wajah yang merah kerana marah, Jungkook mengeluh.

"Apa lagi, Min Young?"

"Kenapa awak macam ni? Hmm? Awak buat macam kita tak jadi apa-apa." Kata Min Young lagi. Suaranya bergetar. Benar-benar dia marah kali ini. Jungkook diam. Tidak memandang Min Young. Tuala ditangan diletakkan di atas birai katil. Terbantut jadinya hendak mandi.

"Kan saya dah kata, say.."

"Kenapa abaikan saya, Jungkook?"

"Abaikan apa? Awak tak pernah keluar rumah dalam keadaan telanjang, awak tak pernah pengsan sebab lapar, awak tak pernah berpanas hujan sebab tak ada rumah. Apa yang saya abaikan awak?" Tanya Jungkook semula. Marahnya berjangkit. Dia rasa tertekan kerana isterinya langsung tidak memberi ruang dan memahami keadaan dirinya yang begitu serabut ini.

Min Young tertawa halus. Kepalanya tergeleng dengan air mata yang mula bertakung pada tubir mata. Pintu bilik dirapatkan perlahan-lahan. Kaki mengatur langkah ke arah Jungkook. Wajah lelaki itu dipandang.

"Semua yang awak sebut tu lebih daripada cukup untuk saya. Tapi kasih sayang awak dan perhatian awak dah tak ada untuk saya. Dah terputus lama. Tak bersambung sampai sekarang." Suara Min Young tenggelam timbul. Menandakan bahawa dirinya sedang menahan sebak yang menggila di dada. Perasaan yang dipendam lama akhirnya terluah juga namun Mim Young belum puas. Dia belum puas lagi.

Jungkook mendengus kasar. Benar dia penat dengan sikap isterinya ini. Segera tuala dicapai di atas katil sebelum dia berkata sesuatu buat Min Young.

"Awak fikir hati awak je. Awak tak fikir suami awak yang dah separuh mati ni. Otak tu, letak dekat kepala. Jangan letak dekat lutut. Faham?"

Jungkook terus masuk ke dalam tandas. Ditinggalkan Min Young yang terpinga-pinga. Hati mendongkol geram. Nafas tersekat-sekat. Jungkook dah mula berkasar dengannya. Bermakna, lelaki itu juga mahu dia berkasar sama.

"Jangan menyesal."

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now