✨Bab 19✨

556 84 7
                                    

"Awak..." Jungkook yang sedang membuat kerjanya di meja menoleh ke arah pintu bilik apabila suara itu menerjah rongga telinga. Kening ternaik. Min Young sedang membawa mug berisi latte panas menuju ke arahnya. Bibir wanita itu tersenyum nipis.

Selepas dua minggu mereka tidak bertegur dan tidak tidur sebilik, baru hari ini Min Young menegurnya.

Mug itu diletakkan di atas meja bersebelahan dengan komputer ribanya. Jauh sikit.

"Minumlah." Kata Min Young. Kemudian wanita itu melabuhkan punggung di kerusi yang ada di sebelah Jungkook. Jungkook menarik nafas panjang. Penat juga nak ego je. Lantas tangkai mug itu dicapai dan dihidu dahulu bau latte tersebut. Sedap baunya. Walaupun pakai mesin je.

"Saya nak minta maaf.. pasal hari tu." Terbantut sisipan Jungkook. Matanya memandang Min Young, mug yang hampir merapati bibir tadi terus dijauhkan semula. Nafas terhela berat.

"Benda dah lepas. Tak perlu ingat baliklah." Ujar Jungkook. Dia rasa tiada guna hendak bermasam muka dalam tempoh yang lama. Dia juga penat. Ada isteri tapi bergaduh. Rasa macam tak payah kahwin pun tak apa.

"Saya takut awak masih marahkan saya." Kata Min Young lagi. Kepala wanita itu tertunduk sambil bermain dengan jemari sendiri. Jungkook perasaan tingkah itu. Tabiat jika isterinya berada dalam keadaan serba salah. Jungkook tersenyum. Mug yang berisi latte dibawa ke bibir sebelum dihirup perlahan. Lega. Hirup lagi beberapa kali sebelum diletakkan di atas meja.

"Sayang..." tangan Min Young dicapai dan digenggam. Min Young jelas terkejut dengan tindakan Jungkook. Kepalanya diangkat, pandangan mata mereka bertembung buat beberapa saat.

"Saya cintakan awak." Bisik Jungkook. Bibirnya tersenyum. Tidak lepas dia memandang wajah cantik isterinya yang seorang ini.

Min Young membalas senyuman itu, malu-malu.

"Saya cintakan awak juga. Saya sanggup buat apa je demi awak, sayang." Balas Min Young. Jungkook mengecilkan matanya.

"Yakah? Contohnya?"

"Saya sanggup bunuh orang yang ganggu bahagia kita." Jungkook menaikkan kening. Kedengaran agak menakutkan tetapi melihat Min Young berkata begitu sambil tersenyum, Jungkook juga turut sama mengoyakkan senyuman.

"Itu je? Lagi?"

"Saya sanggup lenyapkan orang yang cuba rampas awak dari saya." Kata Min Young lagi sebelum dia menyambung dalam nada berbisik.

"... walaupun kita kenal dia."

Jungkook diam seketika. Mata memandang mata Min Young, lama. Entah kenapa seakan-akan ada sesuatu aura yang gagal dikenalpasti pada riak wajah isterinya. Dia tahu apa yang dikatakan isterinya itu sekadar gurauan sahaja tetapi gayanya seperti betul-betul terjadi.

"Sejak bila isteri saya pandai berlakon ni?" Jungkook tertawa halus. Min Young senyum sahaja. Dia meletakkan kepalanya di bahu Jungkook.

"Saya memang pandai berlakon."

"Oh ya?"

Min Young mengangguk. Kepala didongakkan memandang Jungkook. Jungkook senyum sebelum bibir isterinya dicium. Ciuman tanda rindu. Memang Jungkook rindukan isterinya sendiri. Kalau bukan kerana ego, pasti dia tidak perlu merasa begini. Walaupun nanti dia sendiri akan melangkah pergi, sisa hari yang ada ini dia perlu hargai. Entah bila lagi dia akan rasa lagi.

"Jangan tinggalkan saya, ya?" Pinta Min Young sebaik sahaja ciuman mereka terlerai. Dahi bersatu. Tangan Jungkook yang berada di pinggangnya dibawa ke perut.

"Kita belum ada ni. Saya nak ada anak dengan awak. Jangan tinggalkan saya." Ujar Min Young lagi. Jungkook tertawa halus. Nakal. Selamba dia memasukkan tangan ke dalam baju isterinya

"Nak ke? Hmm?"

"Kalau ya?"

Jungkook menarik leher Min Young dan mengucup bibir itu sekali lagi sambil tangannya yang berada di dalam baju Min Young merayap sehingga ke belakang. Kancing pakaian dalam isterinya dibuka. Min Young tergelak dalam ciuman hangat mereka. Jungkook tidak peduli. Dirinya digoda dan tidak akan berpatah balik semula.

"Let's make a baby."

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now