✨Bab 20✨

600 83 6
                                    

Jungkook celikkan mata yang terasa begitu berat sekali hendak dibuka. Terasa lama dia tidur hari ini. Mungkin kerana kesan daripada aktiviti malam tadi. Lengan terasa berat. Ada nafas yang menampar dadanya yang tidak berbaju.

"Good morning, sayang." Dahi Min Young dicium sesaat. Wanita itu bergerak sedikit dan kembali mengetatkan pelukan yang kian longgar. Bibir Jungkook tersenyum. Bahagia macam baru kahwin semalam!

"Bangun, mandi."

"Tak nak."

"Sayang..."

Min Young diam. Hanya pejamkan mata dan melayan rasa rindunya terhadap Jungkook sahaja. Jungkook tiada pilihan lain. Biarlah isterinya bermanja buat seketika sementara dia masih ada. Nanti, jika dia sudah pergi, dia akan merindui semua ini.

Jungkook melayan mata yang masih lagi terasa berat namun memikirkan dia ada kerja yang perlu dibuat, mata dicelikkan semula. Serentak itu pinggang Min Young dicuit-cuit.

"Bangun, sayang. Saya nak mandi. Nak jumpa Yoongi." Kata Jungkook. Terus mata Min Young tercelik.

"Kenapa nak jumpa dia?"

"Dia nak ajak main PS5 dekat rumah dia." Jungkook tersengih. Min Young berdecit kasar. Pelukan masih lagi erat.

"Nanti jelah." Kata Min Young lagi. Jungkook garu kening.

"Saya dah janji dah dengan dia. Takkan nak langgar janji?" Soal Jungkook. Meminta agar Min Young melepaskan pelukan yang ketat ini. Nak terputus nafas rasanya!

"Alah.."

"Saya janji, sekejap je. Lepas tu saya balik sini semula." Min Young mula rasa kurang senang apabila Jungkook meleraikan pelukan. Wajahnya bertukar. Emosinya mula berubah.

Jungkook tidak perasan akan perubahan itu lantas sahaja bangun dan berlari mencapai tuala sebelum hilang masuk ke dalam tandas. Min Young pejamkan matanya rapat. Sekali lagi.. rasa tenangnya diragut begitu sahaja. Pantang betul ada insan yang cuba mengganggu bahagianya.

"Kau pun nak menempah kubur juga?"

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now