✨Bab 22✨

520 82 8
                                    

Min Young menatap skrin komputer ribanya yang menyala sambil menunggu sup ayam mendidih di dapur. Ada kerja sikit dia perlu lakukan. Jungkook di atas. Suaminya hari ini tiada buat apa-apa nampaknya. Tidak keluar rumah langsung. Hanya melepak dengannya sahaja hari ini. Senang hati Min Young.

"Sayang!" Jeritan Jungkook memeranjatkan Min Young. Terangkat bahunya. Dia mendongak memandang kelibat Jungkook yang menuruni tangga dalam keadaan kelam kabut.

"Sayang kenapa ni?"

"Yoongi.. Yoongi kemalangan. Dia koma."

Min Young cuba mengawal riak wajahnya. Jungkook seperti sudah tidak serupa manusia. Dia sungguh tidak percaya dengan berita yang baru diterimanya ini.

"Macam mana dia boleh accident?" soal Min Young. Komputer riba ditutup. Dia bangun dan mendekati Jungkook yang dalam keadaan resah dan gelisah. Tangan disilang ke belakang badan.

"Brek kereta tak berfungsi." Kata Jungkook. Dia begitu risaukan rakannya. Min Young pula diam. Tiada apa-apa kata darinya.

"Dia lupa servis kereta kut?"

"Tak mungkin. Mesti ada something. Saya kena tengok dia sekarang." Ujar Jungkook lagi. Min Young menarik nafas panjang. Dia memeluk tubuhnya sambil mengangguk.

"Pergilah, sayang." Min Young menyentuh dada Jungkook sesaat sebelum lelaki itu menarik kepalanya dan dahinya dikucup.

"Jaga diri dekat rumah. Saya pergi siap-siap sekejap." Ujar Jungkook sebelum kakinya menapak menuju ke tangga rumah dan mendaki anak tangga depan pantas. Min Young tidak sempat berkata apa-apa. Dia hanya berdiri memeluk tubuh sahaja. Bibirnya jelas sekali tersenyum sumbing. Mata itu penuh dengan rasa marah dan sakit hati.

Kaki bergerak ke tangga dan naik ke atas. Setibanya di aras tingkat biliknya, tangan Min Young mencapai pasu bunga hiasan yang berada di tepi tangga. Digenggam kemas pasu hiasan itu.

Daun pintu yang renggang ditolak. Bibirnya tersenyum bergetar, mata Min Young berkaca. Hatinya meruntun sayu dan dalam masa yang sama merasa sakit dan bernanah. Susuk tubuh Jungkook yang sedang mengemas katil dipandang. Didekati tubuh itu perlahan-lahan.

Maafkan saya, sayang.

"Jungkook?"

Jungkook menoleh.

PAP!

Tubuh sasa itu terus rebah dan darah mula mengalir dari dahi.

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now