Lapan

1.9K 249 368
                                    

"Abang Riz, jom pergi jalan-jalan!"

"Malas, pergi jelah sendiri." balas Changbin. Chan mencebikkan bibir.

"MUMMー hmph!!"

Changbin menekup mulut adiknya tatkala Chan sudah bersiap sedia untuk mengadu kepada Hyunjin, tolonglah baru semalam dia diketuk dengan penggaru belakang badan takkan lah hari ni dia kena ketuk dengan bontot kuali pula?

Tiada siapa yang ingin bersimpati dengan kepala Changbin ke?

"Ish, yelah yelah. Kau ni kan suka sangat mengadu!" marah Changbin.

"Bluek, biarlah. Ayyan mengadu kat mummy sebab mummy sayang Ayyan."

"Mana ada, mummy pernah cakap kat aku yang mummy ada niat nak bagi kau kat seorang nenek kebayan tahu. Dahlah nenek tu suka makan budak kuat mengadu macam kau." tipu Changbin, Chan terdiam. Dia tidak tahu sama ada dia harus percaya atau tidak dengan kenyataan penuh dusta ini.

"T-Tipu.."

"Aku tak tipu, mummy dah lama rancang semua ni. Habislah kau nanti jadi sup tulang.."

"Tipu! Abang tipu, mummy kata abang ni sebenarnya Abuja jadi abang tipu!" teriak Chan dengan mata yang berair. Manakala Changbin menjegilkan mata.

"Hei, bila masa mummy cakap macam tu?!" tanya Changbin.

"Ada! Mummy kata nama abang bukan Rizki Afnan tapi Abuja!"

"Tsk, dahlah jom pergi jalan-jalan." Changbin menarik tangan Chan keluar daripada bilik mereka berdua. Ya, mereka berdua sekarang berkongsi bilik yang sama kerana bilik yang dulunya dihuni oleh Changbin telah digantikan dengan Seungmin dan Minho yang sebelum ini tidur di ruang tamu.

Sudah semestinya dua beradik itu memberontak kerana enggan berkongsi bilik tetapi selepas Puan Maimunah bergabung dengan Puan Misnah memberi kata-kata "manis" dan "indah" akhirnya mereka pasrah dengan terpaksa.

"Tapi abang Riz, tadi abang tipu kan?"

"Mana ada aku tipu, mummy memang tak sayang kau sebab tu dia nak buang kau dari keluarga ni."

"HUWEEE MUMMY TAK SAYANG AYYAN!!"

"RIZKI AFNAN KAU CAKAP APA DEKAT ADIK KAU HAH?!"

Jongho keluar dari bilik dengan wajah yang berseri-seri.

"Fakhrul dah wangi!" jeritnya gembira.

"Kau dah beso pun nak umi mandi kan." ujar Yeosang menghancurkan mood ceria Jongho.

"Biarlah, Fakhrul bukan suruh abang Farish pun yang mandikan kita!"

"Kalau kau suruh pun aku tak nak, buat bazir tenaga aku je. Dulu masa aku baya kau, aku mandi sendiri tahu."

"Kau boleh tak jangan cari gaduh dengan adik sendiri?" celah Seonghwa. Yeosang mendengus apabila Jongho menjelirkan lidah kepadanya.

"Apa jelir-jelir lidah? Nak aku potong?!"

"Wan Farish Yeosang." tegur Seonghwa.

"Mi, chill mi chill. Yeosang sekarang dalam frasa nak datang bulan sebab tu mulut dia tak bertapis kalau cakap." ujar Mingi.

"Kau fikir aku ni perempuan ke, setー" Yeosang sempat menahan makian yang hampir terkeluar, jika tidak, akan terbang sebuah remote tv mengenai wajah flawless miliknya.

"Kau bukan perempuan tapi kau kaum Sajat, harap je lawa tapi berhalkum." kata San selamba. Wooyoung menjeda gamenya untuk menatap San dengan mata yang terbeliak.

"Kau kata Sajat tu lawa, Syakir?!"

"Eh?!" mata San terbeliak.

"EH, MANA ADA! YA ALLAH, KENAPA DENGAN AKU NI?!" San memegang kepala, kemurungan dengan dirinya sendiri.

Han FamilyWhere stories live. Discover now