Bab 15

66.4K 544 53
                                    

Firdaus mendengus marah sambil meletakkan bagasi di kaki katil. Perasaannya berbaur ketika ini. Tambah lagi Melur kelihatan tenang dan bersahaja. Pada mulanya Firdaus tidak bercadang membawa Melur ke Bali,walaupun perkara itu telah dikhabarkan di rumah keluarganya kelmarin. Namun dek kerana dia mendapat pesanan senarai barang yang dikirim oleh mereka,dia terpaksa akur. Dengan rasa terpaksa,Firdaus segera menempah tiket penerbangan dan hotel penginapan. Akhirnya,hari ini mereka berdua tiba jua di tanah Bali ini.

“Huh! Tak pasal-pasal saya kena datang sini dengan awak.” marah Firdaus masih bersisa.

“M’mm,tak baik cakap macam tu. Ulang balik?” Firdaus mendengus dengan jelingannya.

“Patutnya saya...ahh! Patutnya abang datang sini dengan Dee,bukan dengan awak.Uff! Melur.” Melur tersenyum. Dia buat tidak tahu sahaja dengan ‘kemarahan’ suaminya itu. Terus memasukkan baju mereka ke dalam almari. Biarlah Firdaus melepaskan marahnya itu. Firdaus sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang dimarahkan. Bukan Melur yang memaksa. Melur sudah tidak bercakap atau mengungkit apa-apa soal bulan madu itu lagi kerana dia hanya bergurau. Tapi dek kerana ‘gurauan’ itulah yang membawa mereka ke Bali. Salah keluarganyakah kerana mengirim banyak barang? Tidak. Ianya salah Melur kerana memulakan soal bulan madu itu. Ya,memang salah Melur dan memang itu yang Firdaus mahukan. Menyalahkan Melur untuk semuanya.

“Dengar tak apa abang cakap? Abang tengah marah ni. Buat tak tahu pulak dia.” Mendengarnya,Melur menoleh dan mengangguk.

“So,tak nak cakap apa-apa?” Melur mendengus kecil.

“Abang nak Melur cakap apa? Kita dah sampai pun abang. Lagi 4 hari baru kita balik. So, terima jelah kenyataan.” jawab Melur bersahaja.

“Cakap sesedap lidah Melur je kan? Melur memang tak faham apa yang abang rasa sekarang.” balas Firdaus sedikit kuat. Melur berpaling mengadap Firdaus.

“Melur ulang balik. Kita dah sampai pun. Cakap banyak pun dah tak guna. Tak penat ke?” Soalan Melur buat Firdaus terdiam.

“Come on la,kita sekarang kat tempat orang. Tempat yang asing bagi kita. We have nobody her,not even a friend. But we have each other. Abang jaga Melur. Melur jaga abang. So, gaduh-gaduh ni semua tak menguntungkan kita pun. Tau?” sambung Melur lagi. Firdaus diam lagi. Dia tahu apa yang dikatakan Melur itu ada benarnya.

“Please abang,tak boleh ke kita jadi kawan? For once. At least sepanjang kita kat sini. Kita hanya ada kita je tau? Ingat tu. Friend?” Firdaus hanya merenung marah. Melur senyum dan menepuk perlahan pipi Firdaus.

“Panas la,jom mandi sama?” kata Melur lalu masuk ke bilik mandi. Firdaus mendengus dan menghempas duduk di atas sofa.

“Dia dah sound aku kasi aku diam,lepas tu selamba badak dia je ajak aku mandi sama. Eiee! Ikutkan hati...nak je aku...Huh!”

Malamnya,Firdaus masih lagi marah. Bercakap seorang diri,namun jelingannya ditujukan kepada Melur. Tambah lagi,Melur berlagak bersahaja,itu yang Firdaus marahkan.

“Hai abang,tak habis-habis lagi ke? Tak penat ke membebel lama-lama? Tak kering ke tekak tu?” Akhirnya Melur bersuara dengan nada seakan menyindirnya sambil membaca buku di atas katil. Firdaus menjeling.

“Sejak dari rumah lagi,dalam kereta,kat airport,dalam flight,dalam teksi,dah sampai kat bilik pun,masih lagi membebel. Bermula dari tengah hari tadi sampailah sekarang,non stop. Banyak betul stok air liur abang ya?” sambung Melur lagi tanpa memandang Firdaus.

“Awak tahu tak,abang tak nak pun datang sini. Datang honeymoon pula tu. Tak masuk akal langsung. Honeymoon apa dengan orang yang bukan...”

“Bukan apa? Melur ni isteri abang tau? Dan memang honeymoon tu untuk pasangan suami isteri pun. So,apa yang tak masuk akalnya?” pintas Melur dengan nada menyoal.

“Suami isteri? Melur sedar tak yang kita ni kahwin atas dasar...”

“Kita dah kahwin pun abang.” pintas Melur meleret,masih lagi membaca buku di tangannya.

“Melur ni kan,suka buat abang marah kan?” Melur tutup buku di tangannya dan beralih ke hujung katil. Berdepan dengan Firdaus yang sedang bersandar di tiang katil.

“Abang marah apa ni? Sebab terpaksa datang sini atau sebab terpaksa honeymoon dengan Melur kat sini?” soalnya dalam nada lembut mendatar. Firdaus tenung wajahnya.

“Atau sebab Melur bukan Dee? Macam tu?” Firdaus diam. Melur senyum.

“Dah-dah la tu abang. Kita dah ada kat sini pun. Cuba abang pejamkan mata,hayati suasana. Kita sedang honeymoon di Bali. Feel it and you’ll be excited!” kata Melur lalu kenyit mata pada Firdaus di hujungnya bersama sengih nakalnya. Itu buat wajah Firdaus berkerut. Melur undur semula ke tempatnya tapi dia berhenti dan berpaling pada Firdaus.

“Abang tahu tak beza antara Melur dengan Dee? Hanya satu perkataan sahaja. Cinta. Abang tak cintakan Melur seperti abang cintakan Dee. Dan dia adalah kekasih abang. Tapi..”
Firdaus diam menatap sepasang mata Melur yang...

“Ada satu lagi perbezaan. Juga hanya satu perkataan. Perkahwinan. Dan Melur adalah isteri abang.” Firdaus terus diam. Melur sentuh pipi Firdaus.

“Marriage. I am your wife. Not her. Nikah is made from heaven. It’s already set from Luh Mahfuz. Do respect the fate.” tutur Melur bersama suara yang sangat sedap didengar. Firdaus seolah-olah terpaku di situ. Bagai menanti untuk mendengar kata-kata Melur lagi.

“Perasaan membezakan siapa kami di hati abang tapi perkahwinan membezakan siapa kami di sisi abang.” Firdaus terus terdiam mendengar kebenaran setiap kata-kata Melur. Ditatapnya wajah Melur dalam-dalam. Melur rasa sunyi dengan ‘situasi’ mereka ketika ini,lalu dia bangun mengubah suasana.

“Melur nak tidurlah. Mengantuk awal kalau tengah feel honeymoon macam ni. Nak- nak dengan suami tersayang. Perghh! Yang sejuk pun jadi hangat tau?” kata-kata Melur buat Firdaus tersedar dari lamunannya tadi. Dia melihat Melur mengambil alat kawalan jauh dan mula mengubah suhu penghawa dingin yang terletak berhampiran pintu masuk.

“Eh,kenapa perlahankan aircond? Panas la nanti.” kata Firdaus tidak puas hati.

“Sorry,tapi Melur tak boleh tidur dalam aircond. Ni pun dah cukup baik tau? Consider dengan suami.” balas Melur selamba. Firdaus berdecit dan bangun mendapatkan Melur.

“Ahh,takda takda. Saya...uff! Abang tak boleh kalau aircond tak sejuk.” kata Firdaus sambil cuba merampas alat kawalan jauh itu dari tangan Melur. Melur mengelak dan berlaku pergelutan kecil antara mereka berdua hingga akhirnya mereka terbaring di atas tilam. Melur melepaskan alat kawalan jauh itu dan Firdaus mengambilnya. Apabila Firdaus mahu bangun untuk menukar suhu penghawa dingin itu,Melur pantas menarik tangan Firdaus dan membuatkan Firdaus hampir terbaring di atasnya. Firdaus terkejut.

“Eh,apa awak...” Melur tutup mulut Firdaus sambil menggeleng-geleng kecil minta Firdaus diam. Melur tatap mata Firdaus. Itu buat Firdaus terkaku di situ.

“Selamat malam abang. Assalamualaikum.” bisik Melur di telinga Firdaus. Sepi.

“Tak dengar jawab salam pun?” soal Melur berbisik.

“Waalaikumsalam.” jawab Firdaus senada dengan Melur. Melur senyum dan terus berbaring di bantalnya. Tidak lama dia lena. Firdaus tidak tidur. Ralit menatap wajah Melur yang lena.
‘I’m sorry Dee. She’s here next to me. Not you.’ Firdaus berbaring mengiring. Menongkat kepalanya dengan tangannya. Menatap wajah isterinya.
‘But she’s right. She is my wife. Not you.’ tutur hatinya. Saat ini,hatinya berbaur. Dia bangun bersandar di kepala katil. Berfikir tentang kata-kata Melur tadi. Tiba-tiba dia melihat Melur memeluk tubuh sendiri, walaupun dalam keadaan lena.

“Laa,betullah dia tak tahan sejuk.” kata Firdaus perlahan lalu menarik selimut dan menyelimutkan tubuh Melur yang kedinginan. Dia tatap wajah Melur dari dekat.
‘Cantiknya dia.’

    -cnc-
28 Jan 21
HB to Me

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now