✨Bab 27✨

618 88 5
                                    

Rumah banglo ini sunyi. Hanya ada Min Young dan Jungkook sahaja. Besar, tapi senyap. Kadang sampai berdesing telinga. Terlalu sunyi.

Jungkook duduk di tingkat bawah banglo. Rumah ini 3 tingkat. Tingkat atas sekali ada kolam renang. Tidak pernah dia menjejakkan kaki di kawasan ini. Dia tak pernah tahu langsung Min Young memiliki sebuah pulau dan rumah. Tapi bukan itu yang Jungkook mahukan. Dia cuma mahu isterinya kekal di sisi.

Entah kenapa, Jungkook rasa begitu bersalah terhadap Min Young. Jelas sekali sengsara yang Min Young lalui terpahat dan berbekas di hati sehingga melibatkan diri dengan dadah.

Mata Jungkook pejamkan matanya rapat. Dia menyandar pada sofa empuk itu. Perut terasa lapar. Tetapi seleranya mati. Tiada rasa hendak menelan apa-apa makanan. Min Young juga tidak  kelihatan langsung menjamah makanan. Hati risau. Ingin saja dia melihat keadaan Min Young di bilik tetapi belum rasa berani lagi.

PRANG!!!

Jungkook tersentak. Bahunya terangkat sedikit kerana terperanjat mendengar bunyi seperti kaca pecah di atas lantai. Matanya membulat memandang atas.

"ARGH!"

Mendengar suara itu melantang, Jungkook segera bangkit dari sofa. Kakinya lebar menapak ke tangga dan mendaki tangga pantas.

"Sayang?!" Daun pintu bilik Min Young yang regang ditolak kasar. Terpampang tubuh Min Young sedang mengerekot di tepi katil. Bunyi tangisan kedengaran. Botol wain pecah di atas lantas dan membasahi lantai yang tadinya bersih tanpa tercemar.

"Sayang..." sayu suaranya memanggil si isteri yang masih menangis. Wajahnya ditutup dengan tangan. Rambut lurus itu serabai dan tidak terurus seperti biasa. Baru sahaja Jungkook ingin melangkah masuk ke dalam, suara keras Min Young kedengaran.

"Saya benci awak, Jungkook. Saya benci awak." Mata Jungkook memandang susuk tubuh itu dengan mata berkaca. Tidak sampai hati rasanya. Ingin didakap tubuh itu erat dan lama tetapi Jungkook yakin pasti Min Young akan bertambah mengamuk.

"Saya minta maaf sebab buat awak macam ni, Min Young. Saya tahu saya salah. Saya buat awak jadi macam ni." Hanya itu yang Jungkook mampu tuturkan. Benar, memang salahnya. Sehinggakan sanggup meninggalkan isteri sendiri demi orang yang sudah tiada.

Min Young menangis lagi. Kepalanya diangkat. Wajah Jungkook dipandang. Menyerbu rasa dendam itu di hati. Tetapi tiada daya Min Young hendak mengamuk tak tentu pasal. Ini pun kerana pengaruh wain yang diteguk tanpa henti dari tadi.

"Jangan minum lagi, sayang. Jangan ambil barang tu lagi." Kata Jungkook. Dia melutut di muka pintu. Cebisan kaca botol wain yang bertaburan atas lantai dikutip satu per satu. Cebisannya besar. Mudah untuk Jungkook bersihkan.

Min Young diam. Dia mengetap bibirnya lama. Tidak mahu tangisannya kedengaran. Matanya memandang tingkah Jungkook yang luar biasa ini. Mengemas lantai bilik yang berderai kaca tadi. Lelaki itu hilang sebentar ke bawah dan datang semula dengan tisu di tangan. Dalam tidak sedar Min Young berhenti menangis. Rasa tenang melihat suaminya membersihkan bilik ini. Tidak pernah sekalipun Min Young melihat Jungkook begini.

Jungkook memandang lantai bilik dengan senyuman nipis di bibir. Puas hati dengan tangan sendiri dan lega juga kerana Min Young tidak berkata apa-apa.

"Sayang pergi mandi, bersihkan diri. Nanti ka..."

"Keluar." Kata-kata Jungkook terhenti apabila Min Young mengarahkannya untuk pergi. Tangan membentuk penumbuk. Bibir diketap longgar.

"Okey. Kalau ada apa-apa, bagitahu saya. Ya?" Kata Jungkook. Kepala Min Young terangkat. Wajahnya sembab dengan air mata.

"Sebelum ni tak pernah pula awak cakap macam tu dekat saya. Kenapa sekarang baru nak jadi macam ni?"

Jungkook diam. Dia diserang lagi.

"Kita kahwin dah setahun. Tapi baru sekarang awak nak cakap macam tu. Dah terlambat, Jungkook." Kata Min Young lantas tubuh itu bangkit. Kelihatan sedikit terhuyung-hayang namun cepat sahaja Min Young berpaut pada kepala katil. Dia tidak mahu Jungkook membantunya walau sesaat pun kulit mereka bersentuhan.

Jungkook memerhati susuk tubuh Min Young menghilang ke dalam tandas. Nafasnya terhela panjang. Hatinya sakit sendiri kerana menyesal.

Jungkook tidak keluar dari bilik, malah dia semakin membolosi tubuh ke dalam. Bunyi pancuran air kedengaran. Jungkook tahu Min Young mandi. Jadi dia mengambil kesempatan itu untuk memerhatikan bilik yang asing baginya ini. Ada barangan Min Young. Atas meja solek itu ada bingkai gambar keluarga Min Young. Gambar itu dicapai.

Gambar mendiang bapa dan ibu mentuanya. Mereka berdua meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan kapal terbang terhempas. Jungkook letakkan semula bingkai itu atas meja. Kaki melangkah lagi sehingga tiba di hujung bilik. Mata memerhati lantai bilik yang sedikit kotor.

"Min Young..." kepala Jungkook tergeleng. Matanya sedikit terbuntang memandang beberapa bungkusan kecil berisi serbuk putih di atas lantai. Bertaburan isinya. Ada dua botol arak yang kosong dan.. rokok. Ada rokok tapi tak bau rokok pun bilik ini.

Kepala Jungkook menoleh ke pintu tandas yang masih tertutup rapat. Jungkook menunduk dan pantas ke semua barangan itu diambil. Kemudian dia terus keluar tanpa berkata apa-apa. Jungkook campakkan barang itu di dalam tong sampah di dapur.

Mata Jungkook memandang ke dalam tong sampah. Hatinya sayu. Isterinya.. merosakkan diri sendiri gara-gara dia. Isterinya menjadi begitu kerana dirinya.

Duhai diri.. kuatkan hati ini.

"Sayang.. maafkan saya."

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now