✨Bab 29✨

601 80 3
                                    

Jungkook mencempung tubuh Min Young naik ke atas untuk tidur di bilik. Mudah sahaja pergerakannya tanpa mengah kerana Min Young semakin terasa ringan. Bukan Jungkook rasa senang hati kerana mudah baginya mendukung, malah semakin dia risau kerana isterinya ringan. Itu adalah disebabkan kesan dadah yang diambil. Rokok pula Jungkook tidak pasti. Rasanya Min Young belum sempat mencuba.

Anak tangga terakhir didaki sebelum pintu bilik yang tidak berkunci itu dipulas tombolnya. Jungkook tolak daun pintu dengan kaki dan bilik yang berselerak itu dimasuki. Tubuh Min Young diletakkan di atas katil perlahan-lahan.

Jungkook betulkan selimut dan kedudukan Min Young sebelum dia melihat keadaan bilik yang bagai ada ribut ini. Nafasnya terhela berat. Kasihan isterinya. Dalam diam hati berniat mahu berubah. Dia mahu menjadi suami yang terbaik buat Min Young walaupun sebelum ini dia pernah mengatakan mahu bercerai. Itu kerana dia mahu ke Korea Utara. Tetapi kini, dibuang sahaja niatnya jauh. Dia mahu bersama Min Young sehingga ke akhir nafasnya.

Lantas Jungkook mula membersihkan bilik yang berselerak ini semula. Lantai yang ada tisu, kertas ronyok, habuk dan sebagainya dikutip disapu bersih. Kedudukan perabot yang agak senget dibetulkan. Susun atur barangan di atas meja solek disusun rapi semula mengikut jenama dan ketinggian. Kain baju yang bersepah merata dikutip dan dimasukkan ke dalam bakul kotor yang tersedia.

Min Young masih lagi tidur nyenyak walaupun suaminya sedang berpeluh membersihkan biliknya. Jungkook kebas tangan pada baju dan dia tersenyum puas. Barulah dia boleh bernafas dengan tenang melihat bilik ini kemas. Matanya memandang Min Young yang berada di atas katil. Bibirnya semakin melebar tersenyum.

"Mulai hari ini, saya akan jadi yang terbaik untuk awak."

🌸 🌸 🌸 🌸 🌸

Bau wangian seseorang menusuk hidung. Bau yang agak dikenali dan sangat menenangkan. Min Young terasa mahu membuka matanya tetapi berat. Namun digagahkan juga kelopak mata itu supaya tercelik dan akhirnya siling putih menjadi tatapan mata.

Bukan. Bukan siling putih. Tetapi tubuh seseorang. Min Young hampir mahu melompat namun sebaik sahaja dia tersedar itu adalah Jungkook, tubuh yang pada awalnya ingin meronta terus sahaja diam dan kaku.

Min Young sedang berbaring beralaskan bahu Jungkook dan mengiring memeluk tubuh suaminya yang tidak berbaju. Pipinya juga tersembam pada dada Jungkook tanpa ada rasa ingin menolak atau mengamuk sakan. Nafas tidur Jungkook yang begitu tenang kedengaran.

Min Young penat. Dia mahu memberontak kerana kesabarannya menipis dan kerana teringatkan kejadian yang boleh meragut ketenangannya. Min Young pejamkan mata. Cuba kuatkan hati yang lemah namun dirinya belum bersedia untuk memaafkan dan memberikan peluang kepada Jungkook begitu sahaja. Min Young masih keras hati dan dia masih dengan keputusannya sendiri.

Pelukan dileraikan. Min Young duduk. Terasa lenguh satu badan. Bukan kerana disebabkan tidur berpelukan dengan Jungkook tetapi kerana semalam dia emosi tidak berhenti, mengamuk tidak sudah. Hidung yang berair dikesat dengan belakang tangan. Tiada dadah, maka tubuhnya lemah. Itu sahaja kesannya.

"Sayang?" Bahu Min Young terangkat tatkala suara garau itu menyapa cuping telinganya. Lagi mengejutkan apabila tangannya ditarik dan tubuhnya dengan mudah terbaring semula di atas lengan Jungkook.

"Good morning, sayang." Tidak semena-mena pipinya dipegang dan satu ciuman hangat diberikan. Mata Min Young besar. Ciuman Jungkook tidak dibalas walaupun terasa urat sarafnya lemah tidak berdaya hendak menolak.

"Awak ni dah gila ke?!" Bahu Jungkook ditolak dan kucupan itu terlerai. Min Young menjeling melihat wajah bangun tidur suaminya. Memang tampan. Cuma hatinya sahaja yang belum tertawan. Masih dengan ego dan amuk yang tidak reda.

"Morning kiss." Kata Jungkook sambil tersenyum. Dengan bersahaja dia mengeratkan lagi pelukannya pada tubuh Min Young sehingga berdecit isterinya itu. Rimas.

"Lepaslah! Awak ni hilang akal ke?" Min Young meronta sekuat yang boleh tetapi Jungkook semakin eratkan pelukan. Wajah itu berada di leher Min Young. Mahu menghidu bau isterinya yang begitu dirindui. Kemudian hidung dan bibirnya menekap pada pipi Min Young, digesel kiri dan kanan. Geram.

Min Young rimas. Darahnya menggelegak. Terus sahaja dia menolak tubuh Jungkook sekuat hati dan pelukan ketat itu akhirnya terlerai. Min Young duduk. Bajunya yang menyenget mendedahkan bahu dibetulkan. Kaki tergantung pada birai katil membelakangkan Jungkook yang masih lagi berbaring.

"Boleh tak awak lepas ni jangan dekat dengan saya lagi?" Soal Min Young, dingin. Jungkook tenang. Bibirnya masih lagi ada senyuman nipis. Bagai ada atau tidak sahaja.

"Kenapa saya tak boleh dekat dengan awak? Awak kan isteri saya."

"So? Kalau saya isteri awak, saya kena ikutkan semua yang awak nak? Macam tu?" Kepala Min Young memandang sisi, mengerling Jungkook dengan ekor matanya.

Jungkook bangun dari perbaringannya. Urat saraf yang terasa lega dilonggarkan. Belakang tubuh Min Young dipandang.

"Saya tak cakap macam tu pun, sayang."

"Habis tu? Kalau dulu bolehlah saya nak bertolak ansur dengan awak sebab saya ada perancangan saya sendiri. Tapi sekarang ni, no. Saya tak nak. Saya rimas bila awak dekat dengan saya." Sebaik sahaja Min Young habiskan ayat, dia terus bangun dan keluar bilik meninggalkan Jungkook di atas katil.

Terpinga Jungkook sesaat. Nafas berat terhela. Keras hati Min Young. Sukar Jungkook hendak takluki semula atas kesilapannya yang lalu. Hendak mendapat peluang kedua apatah lagi. Dapat tidur satu malam bersama Min Young pun dia sudah rasa beruntung dan lega. Selepas ini apalah nasibnya.

Tubuh diangkat dan turun katil perlahan-lahan. Jungkook bergerak ke balkoni bilik. Pintu luncur itu ditolak tanpa menguraikan langsir terlebih dahulu. Jungkook keluar dan memandang luar. Dari atas, terlihat di jauh sana ada orang ramai sedang bermain di tepi pantai. Ada juga yang sedang berjoging dan anak-anak kecil menjerit.

Pulau Tiara ini hidup meski agak terpencil. Hotel dan resort yang berdiri gah di belakang juga sudah meyakinkan Jungkook bahawa ianya merupakan hotel dan resort 5 bintang. Atas usaha isterinya sendiri agaknya. Jungkook kesal. Betapa dia kurang mengenali isteri sendiri yang disangka hanya melakukan bisnes kecil-kecilan.

Mata Jungkook terarah pada satu buaian yang diduduki seseorang. Min Young. Tersenyum bibir Jungkook melihat buaian itu berayun. Isterinya cuma mengenakan oversized shirt paras paha tanpa seluar. Seksi, tapi comel.

"Biarlah dia dekat luar. Aku boleh pergi dapur, buat breakfast. Mesti dia suka." Jungkook tersenyum dan terus dia masuk semula ke dalam bilik. Tanpa memakai baju dan mandi, Jungkook menyusun langkah ke dapur. Segala langsir diselak. Terang-benderang rumah banglo ini. Dibuatnya rumah ini seperti rumahnya.

Jungkook menapak ke dapur untuk melihat apa yang ada. Ada roti, telur dan.. jem nenas. Dalam peti ais ada satu kotak susu dan juga sosej ayam. Bibir Jungkook tersenyum. Dia tahu nak buat apa dengan beberapa jenis bahan yang ada ini.

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now