18

192 48 4
                                    

"Yuta! Bawak bertenang! Kita pihak hospital tak boleh buat keputusan terburu-buru." kata Doktor Kwon. Yuta menumbuk almari disebelah nya. Akibat kecuaian, hospital dalam keadaan yang huru hara. Pihak polis telah mendapatkan rakaman cctv, namun rakaman itu hilang dalam masa beberapa minit.

"Ini semua salah bekas suami dia! Polis patut tangkap je jantan tu! Kalaj bukan lelaki tu, siapa lagi?" tanya Yuta. Doktor Kwon mengeluh lemah. Penat kerana masalah sebegino tidak pernah terjadi. Penyamaran penculik itu berjaya membuatkan pihak hospital keliru.

"Macam ni, kita bawak bertenang. Aku tahu, semua boleh diselesaikan. Jangan buat—"

"Sampai bile aku nak bertenang? Kawan aku tu boleh mati bila-bila masa! Tak sampai 24 jam, pesakit boleh mati akibat bersalin! Kau jugak tahu akibatnya kepada hospital kan? Kita akan bankrupt." kata Yuta. Dia melangkah keluar lalu melangkah ke tandas. Baju kerja nya ditukar kepada t-shirt putih.

"Yuta." doktor Kwon memberikan beberapa keping mask. Yuta memandang rakan nya dengan penuh tanda tanya.

"Rumah tu, tempat buat dadah. Bahaya." kata Doktor Kwon. Mata Yuta terkebil-kebil. Rasa gugup dihati semakin kuat. Jika dia tersalah langkah, mungkin makanan nya selepas ni ialah pil dadah.

"Jangan risau. Aku akan selamat."

✴✴

"Oi." kaki Aryna ditendang. Tudung nya ditarik sehingga dia terhantuk kr dinding. Kepala nya berdenyut-denyut dan darah segar mulai menitik satu persatu. Leher Aryna dicengkam kuat.

"Cukuplah...kau ambil suami aku. Apa lagi yang kau mahu? Harta? Semua sudah tersedia depan mata kau." kata Aryna. Ryumin ketawa sinis. Telefon pintar nya dibuka. Gambar yang mencolok pandangan itu membuatkan Aryna geram.

"Kau nampak kan? Lepas ni, ada pewaris baru Doyoung untuk ambil harta kau. Tak perlulah mintak kebenaran kau lagi." kata Ryumin. Aryna berdecit kecil.

"Anak tu, tuhan yang tentukan. Kau fikir nak buat anak semats untuk ambil harta aku? Tch, macamlah tuhan nak bagi kau anak." Satu tampatan hinggap di wajah Aryna. Tudung nya direntap lalu dikoyak-koyak kan. Rambut Aryna ditarik kasar.

"Atotototo, kesian baby dalam perut ni. Tak sabar nak keluar ye." perut Aryna ditekan kuat. Hanya seorang ibu yang dapat merasai kesakitan akibat didera kerna ingin menjaga anak nya. Peluh menitik di merata-rata tempat.

"UGH!" Aryna ditendang beberapa kali. Belakang badan nya dipenuhi luka sehingga kulit terkoyak. Darah tidak berhenti keluar dibahagian bawah badan nya. Jelas sekali jeritan kesakitan Aryna berkumandang di rumah banglo besar itu.

"Huh, Ya allah."

✴✴

"Kenapa tuan! Kenapa tuan buat Aryna begitu! Dia dalam keadaan bahaya!" wajah Doktor Kim ditumbuk sehingga dia rebah ke lantai. Orang tua itu sudah nyawa-nyawa ikan akibat dibelasah teruk.

"Mana Aryna! Kat mana kau sorokkan dia!" jerit Yuta. Dia berada disebuah pondok kecil bersebelahan rumah besar itu. Doktor Kim sahaja yang mampu untuk memberikan maklumat.

"Huh..kau fikir selama ni aku bagi Doyoung makan ubat yang betul? Tch." mata Yuta membuntang luas. Dia termati kata. Maknanya, sakit Doyoung masih belum sembuh.

"Ya, ayah Doyoung dan saya bersepakat untuk ambil alih syarikat ayah Aryna dengan mrnggunakan Doyoung. Tidak percaya?" tanya Doktor Kim. Yuta menggeleng laju. Makna nya, Doyoung tidak berniat apa-apa.

"Doyoung pulak dah jatuh cinta dengan wanita islam tu! Jijik! Bukan seperti yang kami rancang! Jadi, saya guna cara ini." kata Doktor Kim. Perut orang tua itu ditendang sekali lagi.

"Aryna takkan selamat. Dia dengan anak dia akan mati. Jangan mimpi nak selamatkan dia."

after you. dy✔Where stories live. Discover now