✨Bab 33✨

559 84 7
                                    

Min Young memandang dua susuk tubuh insan yang dikenalinya ini dengan pelbagai tanggapan. Dengan posisi Jungkook dan Felia begitu dekat, kain Felia juga terangkat mendedahkan kaki dan juga kesan air yang pada kain itu. Mata Min Young mengecil.

"Min Young, aku..."

"Air kopi tertumpah atas dia. Tu je." Jungkook memintas laju. Dia menegakkan tubuhnya yang sedari tadi asyik membongkok. Mug yang berada di atas lantai dicapai kemudian bergerak menuju ke dapur. Mahu mengambil kotak kecemasan untuk merawat Felia.

Min Young menapak ke ruang tamu. Felia memandangnya.

"Lambatnya kau balik? Lama aku tunggu."

"Aku suruh kau datang lepas aku dah settle. Kenapa kau datang dulu?" Soal Min Young. Suara kedengaran agak dingin dan penuh curiga. Entah kenapa, cemburu meluap-luap melihat suaminya dan rakan sendiri berada dalam keadaan yang agak mesra.

"Tak, aku ingatkan kau sekejap je. Tu yang aku datang sini." Felia ukir senyuman janggal. Kain skritnya diturunkan semula tetapi sebaik sahaja kulit dan kain bersentuhan, Felia menyeringai sakit. Diangkat kembali skritnya supaya kulit dan fabrik tidak melekap.

"Jangan tutup melecur awak tu. Biarkan terbuka kena angin. Kalau tak nanti makin teruk." Suara garau Jungkook mencelah perbualan mereka berdua. Mata Min Young menjeling memandang suaminya yang membawa kotak kecemasan bersama tuala di tangan. Felia mengetap bibir.

"Saya malu."

"Aku je kan dekat sini. Nak malu apa?" Min Young pula berkata. Felia rasa seperti dicekik. Min Young seperti dapat menghidu sesuatu niat hatinya. Riak dan gaya percakapan Min Young agak berbeza. Sukar betul Felia mahu mengusir perasaan yang satu itu. Mentang-mentang dia tahu Min Young mahu bercerai, boleh pula kata hati jahatnya menghasut hebat. Gila.

Mim Young menanggalkan beg silang pada badan. Terkejut sangat sampaikan lupa nak letak beg tangan di sebelah. Matanya memandang Felia yang sedang menahan sakit dengan bahagian paha kemerahan. Kemudian memandang pula ke arah Jungkook yang sudah pun melutut menghadap Felia. Tangan lelaki itu sedang memegang tuala kecil putih yang direndam dalam bekas air sejuk berisi ais.

Min Young tahu Jungkook mahu merawat Felia tetapi rasanya dia masih wujud di sini untuk membantu. Min Young seperti berada di dalam oven suhu maksima.

"Biar saya yang buat." Tak boleh tahan, Min Young bangun pula dan menerpa ke arah Jungkook. Serta-merta tuala kecil itu dirampas dari tangan suaminya dengan mudah. Jungkook tercengang. Felia juga.

"Awak pergilah siap-siap tukar baju. Saya..."

"Saya boleh buat. Ni kawan saya. Awak tu suami saya." Kata Min Young tanpa sedar. Kening Jungkook ternaik. Walaupun sebenarnya dia rasa ingin melompat mendengar pengakuan itu tetapi Jungkook rasa belum cukup. Dia semakin mahu membakar Min Young supaya isterinya rasa lebih terbakar.

"Kalau macam tu, awak bersihkan kaki Felia, saya pegang skirt dia. Tak pun, tanggalkan skirt awak pun tak apa. Seb..."

PAP!

Min Young tanpa sedar menampar lengan Jungkook yang hampir menyentuh skirt Felia yang jelas sekali hampir menampakkan sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat oleh suaminya. Mata Min Young terbuntang luas. Marah dan cemburu.

Jungkook kulum senyum. Yes!

Lantas dia berdiri sambil menepuk tangan pada seluar.

"Saya naik dulu." Tubuh sasa itu terus bergerak naik ke atas. Sambil dia berjalan, sambil tersenyum dan kenyitan mata diberi buat si isteri yang sedang menyinga. Jungkook suka!

Felia pula tersepit di tengah. Terpaksa menonton drama tengah hari di hadapan mata pula. Ada terbit rasa cemburu sedikit di hati namun seperti biasa, dia mengusir pantas sebelun ianya melarat.

Min Young pejamkan mata rapat. Dia tidak dapat mengawal rasa hati yang satu itu. Jika dia cemburu, bermakna rasa sayang dan cinta itu masih ada.

"Kau buat apa dengan dia?" Tanya Min Young dingin sambil mengelap kaki Felia yang melekit gara-gara kopi tadi. Dalam masa yang sama merawat juga kulit yang memerah itu supaya tidak berbahang. Matanya tidak langsung memandang wajah si rakan.

"Aku tak buat apa-apa pun. Kenapa kau cakap macam tu?"

"Dia yang ajak kau masuk rumah atau kau sendiri yang nak masuk?" Soalan berbalas soalan, Felia menganga kecil dan mengerutkan dahi. Kenapa Min Young tiba-tiba jadi macam ni?

"Kau nak kata aku menggatal dengan suami kau ke, Min Young?" Tanya Felia tak puas hati. Min Young terketawa sinis, tuala putih yang berada di tangan terus dicampak atas meja.

"Aku tak tanya, tapi kau dah jawab sendiri. So, aku anggap tu betul." Min Young terus berdiri. Felia melopong.

"Kau ni dah kenapa?"

"Aku tak jadi nak failkan penceraian. No discussion anymore. Kau boleh balik." Serentak itu Min Young terus mencapai beg tangannya dan bergerak naik ke tingkat atas tanpa mempedulikan Felia yang tercengang. Dia tidak faham dengan situasi yang baru sahaja berlaku ini.

Memang dia ada berniat tidak baik dalam hati tetapi dia tidaklah segila itu hendak merampas hak orang. Emosi Min Young melebihi apa yang selalu rakannya itu alami. Felia yakin itu bukan kerana kesan dadah yang tidak lagi diambil oleh Min Young. Tapi pasti ada sebab lain sehinggakan perwatakan Min Young berbeza dari biasa.

Felia mula menyusun atur pergerakan tubuh dan kakinya. Walaupun masih terasa pedih dan berbahang tetapi dia perlu juga gagahkan diri untuk bangun dan beredar sebelum hubungan suami isteri itu menjadi semakin teruk.

🌸 🌸 🌸 🌸 🌸

DUM!

Jungkook tidak terperanjat mendengar pintu biliknya dihempas kuat. Sebaliknya dia tersenyum sambil memandang luar melalui pintu balkoni yang ditolak langsir ke tepi.

"Awak suka Felia ke?" Soalan yang menerjah ruang telinga Jungkook membuatkan lelaki itu ketawa. Ketawa yang betul-betul ketawa sehingga berair mata. Tubuh dipusingkan menghadap Min Young yang jelas sekali panas hati kerana digelakkan tanpa sebab.

"Apa awak cakap ni?"

"Yang awak beria ketawa dah kenapa? Soalan saya tu kelakar ke? Atau memang betul awak ada hati dekat Felia? Hmm?" Bertalu-talu soalan Min Young sehinggakan tawa Jungkook reda dengan sendiri. Namun masih tersisa senyuman itu pada bibirnya.

"Rasanya tak ada sebab nak saya nak dekat dia."

"Tipu."

"Pulak dah..."

Min Young memeluk tubuh dengan bibir cemberut. Matanya cuba fokus ke arah Jungkook tetapi entah kenapa terasa pandangan matanya berbalam-balam. Terasa berpusing kepala ini namun cepat-cepat pejam mata dan buka semula. Hilang.

Jungkook yang tidak perasan tentang itu mengatur tapak mendekati Min Young sehingga mereka berdua betul-betul dekat. Tetapi seperti biasa, Min Young akan mengelak. Dia mengundur ke belakang dan akhirnya belakang tubuhnya menyentuhi pintu bilik.

"Are you jealous?"

"Of course not! Soalan apa awak tanya ni?" Soal Min Young, garang. Tetapi sikit pun tidak memberi kesan kepada Jungkook yang jelas sekali masih tersenyum. Matanya memandang dalam anak mata Min Young. Bergetar.

"Saya suka tengok awak macam tadi." Bisik Jungkook lagi. Kali ini wajahnya semakin rapat. Hidung berlaga.

"I love you, Jun Min Young." Dan dia tanpa berkata apa-apa terus sahaja menarik pinggang Min Young dan mengucup bibir wanita itu dalam. Lama, kerana rindu. Lama, kerana sayu. Perasaan bertimpa-timpa. Sama seperti dugaan hidupnya.

Senyuman Jungkook terukir dalam ciuman apabila terasa kucupannya itu berbalas. Jungkook semakin memeluk tubuh kecil itu erat sehingga seakan terasa degupan jantung Min Young yang berlari laju dari biasa. Tangan Min Young dipegang. Sejuk. Tapi, sejuk yang berbeza. Sejuk yang bukan kerana sejuk berdebar atau takut.

Tiba-tiba tubuh Min Young terasa memberat. Ciuman terlerai paksa dan membolehkan Jungkook untuk menoleh dan melihat wajah cantik itu yang berada di bahu kirinya. Mata Min Young terpejam rapat dan wajah itu jelas sekali pucat. Serta-merta!

Ah sudah.

"Bini aku pengsan."

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now