✨Bab 36✨

560 85 13
                                    

Hari menjadi minggu, minggu menjadi bulan. Sekelip mata sahaja, terasa sekejap sungguh masa berlalu dan kini sudah 5 bulan berlalu. Jungkook dan Min Young menghabiskan masa mereka berdua di Pulau Tiara selama 5 bulan ini dengan bahagia yang jarang sekali dirasa. Tidak pernah sekali pun mereka merasa begini seronok tinggal bersama. Walaupun sebelum ini pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku namun berkat rasa sabar itu sentiasa ada, akhirnya mereka berjaya sampai ke tahap ini. 

"Jungkook," kening Jungkook terangkat mendengar panggilan itu. Dia begitu fokus menghadap Macbook Pro yang diletakkan di atas meja. Min Young datang bersama sepiring brownies di tangan dan segelas air.

"What are you doing? Dari pagi nampak busy je." Tanya Min Young. Punggung dilabuhkan di atas kerusi bersebelahan dengan Jungkook. Mata memandang skrin Macbook yang menyala.

"Saya kena balik Seoul." Wajah Min Young terus berubah. Jungkook menoleh, menutup skrin Macbook Pro nya dan menghadap Min Young. Tangan isterinya dicapai lantas dikucup sekali.

"Why? Bukan ke naik kerja lama lagi?" Suara Min Young jelas sekali sedih mendengar berita yang tidak disangka-sangka itu.

"Saya kena ganti orang lain. I'm sorry, sayang." Ujar Jungkook dan tubuh itu dirangkul erat. Min Young membalas. Mata dipejam rapat. Sayu.

"Bila pergi?"

"50 hari dari sekarang."

"Sebulan setengah lagi?"

Jungkook anggukkan sahaja. Betullah tu. 50 hari lagi. Terasa semakin erat pelukan pada tubuhnya. Bibir Jungkook tersenyum nipis sahaja. Meskipun dia juga turut merasa sedih kerana terpaksa bekerja awal dari waktu yang ditetapkan, tetapi dia tetap rasa bersyukur kerana tidak perlu ditugaskan ke luar negara.

Mereka lama berpelukan dan bergurau sesama sendiri sehinggakan kedengaran loceng rumah banglo besar ini berbunyi.

Ding dong!

Ding dong!

Pelukan dilonggarkan. Jungkook mengerutkan dahinya memandang Min Young yang kembali tersenyum sebaik sahaja mendengar loceng rumah tersebut. Pasti tetamu yang sedang menunggu di luar itu memang dijemput oleh Min Young.

"Siapa datang?" Soal Jungkook.

"Felia." Jungkook cuma angguk sahaja. Dulu setahunya Min Young dan Felia seperti tidak bertegur sapa sekejap kerana kejadian air kopi tertumpah itu tetapi selepas itu berbaik semula.

"Cuba teka saya dengan Felia nak buat apa hari ni?" Soal Min Young sambil memainkan keningnya. Dia bangun dan berdiri. Baju dibetulkan sedikit. Perut mula menunjukkan bentuk. Baby bump yang comel.

"Ada benda nak bincang ke?"

"Nope."

"Nak bergaduh?"

"Hei!" Ketawa mereka bergema serentak. Hilang sekejap mata masing-masing..

"Saya nak buat kek dengan dialah." Kata Min Young sebaik sahaja tawa reda. Bibir tersengih manja.

"Buat lagi?!" Melihat isterinya angguk laju, Jungkook mengeluh kecil. Kepalanya tergeleng lemah.

"Kat dalam peti ais tu ada dua lagi tak terusik. Siapa nak makan nanti, sayang?" Tegur Jungkook. Min Young buat tak dengar bebelan singkat itu. Bukannya dia nak merajuk atau berkecil hati, malah dia semakin suka! Makin Jungkook tegur, makin dia buat! Jungkook serius, nampak seksi. Rawr.

"Awaklah makan. Awak kena rasa semuanya sebab saya dengan Felia nak buat dua jenis kek hari ni!" Jungkook buat-buat pengsan mendengar keterujaan Min Young. Disandarkan kepala pada kerusi dengan mata terpejam dan mulut ternganga.

"Habislah naik kerja perut saya ke depan." Bergema tawa Min Young. Tersenyum Jungkook dibuatnya. Bukan main suka lagi Min Young hari ni.

"Okeylah, saya nak turun ni. Kesian Felia kat luar." Kata Min Young.

"Pergilah. Saya nak buat kerja sekejap."Jungkook  kerdip mata sekali dan angguk kepala. Tangannya mengusap baby bump Min Young yang kelihatan comel itu sebelum pipinya dikucup oleh isterinya.

"Okey, sayang. Buat kerja elok-elok tau. Makan kek tu. Nanti saya bawa naik atas yang baru pulak." Jungkook cuma angguk sahaja. Mata memandang susuk tubuh isterinya pergi sebelum menyambung membuat kerja yang tertangguh tadi.

Min Young berlari anak sehingga ke pintu rumah. 3 minit juga berborak dengan Jungkook tadi. Kesian Felia di luar. Tombol pintu dipulas dan daun pintu itu dikuak luas.

"Felia!"

"Min Young!"

Mereka berpelukan buat seketika sebelum Felia masuk ke dalam dengan satu beg plastik pada tangan yang berisi bahan untuk membuat kek.

"Sorry aku lambat buka pintu. Aku borak dengan husband aku dekat atas tadi." Jelas Min Young lantas beg plastik pada tangan Felia. Kemudian dibawa ke kitchen island.

"Ohh.." Felia cuma angguk sahaja. Patutlah tak nampak kat bawah, bisik hati jahatnya. Dia kemudian melangkah ke dapur. Kerusi bar kitchen island menjadi sasaran punggung untuk dilabuhkan.

Min Young masuk ke ruangan belakang melalui pintu slidding. Ruangan belakang tersebut ialah bahagian barangan basah. Sementara menunggu itu, dia melihat ke sekeliling rumah. Ikutkan niat, memang dia datang ke sini untuk membantu Min Young membuat kek. Tetapi alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Tapi Jungkook tiada pula di bawah.

"Fel!"

"Hah, ya." Felia terperanjat namun tidak ketara. Wajah rakannya yang jelas bahagia itu ditatap. Min Young keluar dengan membawa bahan-bahan. Penuh di tangan dan kemudian diletakkan di atas kitchen island.

"Termenung apa? Aku panggil banyak kali bukan dengar." Kata Min Young. Kening Felia terangkat.

"Oh yakah? Aku terberangan kut."

"Eleh, terberangan ke.. terjatuh cinta? Kau dah ada boyfriend eah?" Usik Min Young ceria. Felia cuma tersenyum pahit. Dia tidak rasa guruan itu mencuit hati. Malah dia rasa perkara itu paling bodoh berlaku selama 27 tahun dia hidup.

Tidak pernah dia sukakan sesiapa. Hidup Felia hanya tertumpu kepada kerja sahaja namun sejak dia bersemuka dengan Jungkook dulu, hatinya terusik. Terusik dengan sikap Jungkook yang baik, dingin tapi tenang dan budiman. Tidak pernah dia menjumpai lelaki seperti Jungkook.

Hatinya terus tertawan dan kebetulan pula mendapat tahu Min Young mahu bercerai. Ada juga peluang untuk dia masuk jarum tapi tiba-tiba sahaja jadi lain. Namun itu tidak menghalang hatinya untuk terus menyukai Jungkook.

"Mana ada. Aku okey jelah. Single." Jawab Felia. Min Young tertawa halus.

"Nanti adalah tu. Kau jangan risau. Biarlah single sampai tua pun, asalkan tak rampas boyfriend orang ke suami orang ke. Ingat tu." Felia bagai hendak tercekik lidah sendiri. Peluru berpandu dari Min Young benar-benar menusuk ke kalbu.

"Eh tak adalah. Takkanlah aku nak buat macam tu." Kata Felia. Tawanya dibuat-buat.

"Aku bagitahu je. Sebab aku benci orang perampas." Sekali lagi, tepat ke hati. Felia diam sahaja dan memerhati Min Young menyiapkan bahan-bahan.

'Maafkan aku, Min Young. Aku dah cuba tapi aku tak boleh. Selagi aku tak luahkan, aku tak akan tenang walaupun aku tahu nanti Jungkook akak tolak aku dan kau akan benci aku.'

******

Ada yang suka Felia ke 😌. Mohon bersabar dengan beliau selepas ini. Anda bakal terbakar.

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now