🍑🤗Author recommend dengar lagu hug by seventeen tu while reading this chapter 🤗🍑
Setahun setengah sudah berlalu, tidak banyak yang berubah, y/n masih dalam keadaan yang tidak sedarkan diri sejak kemalangan tersebut
Dan Yoongi masih tidak pernah berputus asa menjaga dan memberi semangat kepada isterinya. Dia tahu y/n akan sedar tidak lama lagi, harapan dia tidak pernah putus
" sayang, saya datang ni, harini saya lambat sedikit sebab banyak kerja hehe saya makin sibuk sebab tiada awak tapi nasiblah ada seungkwan yang selalu tolong kalau tak tai8ktahu lah apa yang jadi" yoongi melepaskan satu ciuman didahi y/n
Walaupun hanya dia yang bercakap seorang diri, dia tidak pernah jemu melihat tubuh y/n yang hanya terbaring itu
Ramai orang menyuruh dia mencari pengganti baru kerana tidak tahu bila y/n akan sedar ataupun mungkin tidak akan sedar langsung
Tetapi dia menghiraukan semua itu kerana Yoongi yakin y/n akan sedar suatu hari nanti, mereka dah janji untuk melakukan banyak lagi perkara bersama yang belum mereka lakukan
Dia sudah berjanji untuk menghabiskan seumur hidup nya bersama y/n dan menjaga y/n sehingga nafas terakhirnya dan mana mungkin untuk dia memungkiri janji itu terhadap sesorang yang berharga dalam hidupnya
" Yoongi.."
" o-ouh i-ibu" laju Yoongi mengesat air matanya
" kamu baliklah dulu rehat, biar ibu jaga y/n pula ye? Kamu dah berapa hari tak balik rumah kan" puan min mengusap belakang Yoongi yang ternyata kelihatan lelah setelah berapa hari menemani y/n di hospital, syarikatnya dia serahkan bawah jagaan seungkwan sementara dia di hospital ini
" ermm ye baiklah, nanti malam Yoongi datang semula ya?" Yoongi tersenyum pudar
" takpelah kamu baliklah rehat lama sikit, kamu ni nampak penat sangat dah sayang" ibunya mengusap wajah Yoongi
Yoongi hanya tersenyum dan mengganguk, satu ciuman dilepaskan kepada y/n sebelum dia melangkah keluar dari wad tersebut
🧚♂️🧚♂️🧚♂️
Tiba sahaja dirumah dia terus menghempaskan badannya keatas katil yang empuk
Alangkah indahnya dunia setelah beberapa hari tidak dapat merasa tidur dengan selesa
Walaupun begitu, tidak ada yang akan menjadi lebih indah jika y/n tiada disisi, kini air matanya mengalir lagi
Yoongi sangat merindui y/n, setiap tawa, senyuman, gurauan, leteran y/n sentiasa berputar dalam fikirannya, setahun setengah berlalu tanpa semua itu, setiap sudut dalam rumah itu penuh dengan kenangan mereka bersama yang akan sentiasa terpahat dihati
Hidupnya hampir kucar kacir tetapi dia harus kuat dan terus memberi semangat kepada y/n, dia yakin yang y/n akan sedar suatu hari nanti
Matanya perlahan terlelap dalam air mata yang terus mengalir berjujuran, setahun setengah menanggung kerinduan, kesepian berseorang menunggu bunganya kembali mekar
🍑🍑🍑🍑
" sayang awak buat apa ni?" Yoongi datang dari belakang dan merangkul pinggang y/n
" lukisan, cantikkan bunga ni? Heheheh saya nak letak dekat dalam bilik kita" warna kuning ditambah pada lukisan bunga matahari nya yang sudah hampir siap
YOU ARE READING
[C✔️]TRASH -MYG
Fanfiction"Sampah??!!!" Sebab sampah je aku kene ikut mamat kejam ni dahlah pendek, savage , baran tak tentu hala Pertemuan yang berpunca daripada sampah membawa aku kepada kebahagian Tetapi bahagia mana je yang tiada peritnya ? Ini kisah hidup aku bersama se...
![[C✔️]TRASH -MYG](https://img.wattpad.com/cover/178374896-64-k311235.jpg)