21

1.5K 1.3K 261
                                    

[ Ada hint yang super easy kat gif tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Ada hint yang super easy kat gif tu. ]

Rancangan Taehyung untuk melarikan diri dipersetujui oleh Jimin. Namun pada hakikatnya, Jimin tidak mahu turut serta dalam rancangan itu.

Urusannya dengan Hoseok masih belum selesai. Dia tidak mahu melarikan diri daripada masalah dan menjadi seorang yang pengecut. Jimin nekad untuk berhadapan dengan Hoseok.

Oleh itu, dia telah merancang ideanya tersendiri tanpa pengetahuan Taehyung. Rancangannya adalah ingin membantu Taehyung dan Jungkook mencari jalan keluar.

Buat masa sekarang, apa yang dirancang oleh Jimin adalah dia akan cuba melengahkan masa sewaktu hendak mencari jalan keluar daripada bangunan Urotex Lab.

Ketika itu, dia akan memasang jerat kepada diri sendiri iaitu dengan berpura-pura cuai seperti menjatuhkan barang tanpa sengaja supaya mudah ditangkap oleh pihak makmal.

Jimin akan pastikan pada waktu itu, Taehyung dan Jungkook sudah pun berjaya melepaskan diri daripada Urotex Lab. Dia tidak mahu mereka berdua turut termakan dengan jerat yang sengaja dipasangnya.

Bagi Jimin, ini sahajalah jalan terbaik untuk menyelamatkan kedua-dua sahabatnya. Tiada cara lain lagi yang dapat dia fikirkan untuk mengharungi perkara ini.

❐❐❐

"Esok, aku akan bagitahu Jax yang makanan kita dah habis. Bila penjaga makmal masuk untuk restock makanan, masa tulah kita kena curi kunci yang ada kat poket seluar dia." jelas Taehyung panjang lebar.

Dia pernah lihat, penjaga makmal menyimpan gugusan kunci ke dalam poket seluar sewaktu mereka bertiga hendak masuk ke dalam bilik eksperimen buat pertama kalinya.

Taehyung melepaskan keluhan berat sebelum kembali bersuara. "Aku tahu, mungkin agak susah tapi kita kena cuba. Ini je rancangan yang kita ada."

Taehyung memang nekad untuk keluar daripada Urotex Lab walaupun dulu dialah orang yang paling bersetuju untuk melakukan eksperimen ini. Tetapi apabila melihat akan realiti sekarang barulah dia sedar.

Dulu, Taehyung tidak sedar akan agenda yang dirancang oleh pihak atasan. Dia telah dikaburi dengan janji palsu yang mereka berikan tanpa menyedari bahawa dia dan sahabatnya telah pun termasuk ke dalam jerat yang paling bahaya.

Apa yang Taehyung tahu ketika itu cumalah kebebasan daripada penjara. Tiada apa yang boleh menghalangnya daripada mengecapi keinginanya itu.

Dia sudah terlalu lama hidup di dalam penjara, sehinggakan sanggup menerima apa sahaja cabaran walaupun dia perlu membahayakan nyawa sekalipun.

❐❐❐

Rancangan mereka untuk melarikan diri akan dilaksanakan pada esok hari. Malam ini, Jimin dan Taehyung akan terus berjaga dan berharap agar keadaan Jungkook membaik semula.

30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now