THIRTY-EIGHT

1.7K 171 109
                                    









TOK TOK TOKK!!!

Bunyi ketukan pintu yang kuat membuatkan Jungkook dan Chaewon serentak terjaga. Dengan mamai, kedua-duanya yang sedang tidur berpelukan mengangkat kepala memandang ke arah pintu.

"Mama! Papa!" kedengaran suara Chaerin memecahkan kesunyian pagi di rumah itu. "Dah bangun ke belum? Chaerin pergi ke dapur tak ada makanan pun!"

"Oh my god," keluh Chaewon seraya memandang ke arah jam.

Alamak, dia dan Jungkook terbangun lewat dan anak mereka sudah berbunyi mahu makan.

"Chaerin pergi buat air dulu boleh?" soal Chaewon. "Chaerin dah pandai buat air sendiri kan?"

"Alaaa... Chaerin reti buat air Milo je hurm..."

"Pergilah buat air Milo. Tengok-tengoklah kalau ada biskut ke, roti ke untuk Chaerin makan dulu. Sorry, hari ni mama dan papa tidur lewat," ujar Chaewon seraya memandang suaminya yang masih pening.

"Hurmmm baiklah... Habis makan Chaerin nak tengok tv boleh? Hari ni ada cerita Barbie!"

"Boleh~,"

"Okey! Mama dan papa pergilah sambung tidur bye bye!" ceria saja kanak-kanak lima tahun itu berbicara sebelum menghilang.

"Haiihh nasib baik..." Chaewon menghembus nafas lega sebelum berpaling ke arah Jungkook. Baru sedar lelaki itu sudah menjarakkan diri daripadanya, malah berada di hujung katil. "Eo? Jungkook, kenapa awak tidur di situ?"

Jungkook tak menjawab, malah ditariknya selimut tebal yang menutupi tubuhnya sehingga ke kepala. Makin hairan Chaewon dibuatnya.

"Jungkook..."

Chaewon merapati suaminya lalu selimut yang menutupi kepala lelaki itu cuba ditarik. Tak berjaya, Jungkook menahannya dengan kemas.

"Kenapa ni?" tanya Chaewon lagi.

Diam. 

Lama Chaewon berfikir mengapa Jungkook bertindak begitu sebelum dia mengagak sesuatu...

"Oh... saya faham..."Chaewon kembali bersuara. "Awak rasa bersalah sebab mabuk malam tadi? Tak apalah, saya tak marah awak pun..."

Masih diam.

Melihatkan Jungkook yang masih kaku berkelubung dalam selimut membuatkan Chaewon menggaru kepalanya sendiri.

"Ish dia ni..." Chaewon terus masuk ke dalam selimut juga. "Yah!!!" Chaewon memeluk Jungkook dari belakang dan menggeletek dada lelaki itu sehingga Jungkook meraung kegelian.

"Aaarghhh geli!" Jungkook terus memusingkan tubuh, memegang tangan Chaewon dari terus menggeleteknya.

Tanpa sengaja, dalam gelap selimut itu dia ternampak bayang tubuh Chaewon yang masih tak bersarungkan apa-apa pakaian membuatkan mukanya mula meruap panas. Jungkook terkedu seketika sebelum dia pantas mengeluarkan kepalanya.

Chaewon turut berbuat demikian. Tengok-tengok wajah Jungkook sudah kemerahan seperti menahan malu. Sata mata mereka bertentangan juga Jungkook lantas menundukkan pandangannya.

"Awak malu apa sampai merah muka ni huh?" Chaewon mencuit pipi Jungkook. Makin menunduklah lelaki itu dibuatnya.

"Aku... aku tak berniat nak mabuk sampai... ermm... tersentuh kau... cakap benda-benda nakal dekat kau... ermm..."

Jungkook kembali berbaring membelakangi Chaewon yang terkebil-kebil, sebelum wanita itu menghamburkan tawanya.

"Awak ni lawak betullah," Chaewon menampar belakang Jungkook yang terdedah. "Tak apa, kita kan suami isteri... normallah tu..."

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now