Will you be mine? (IceGem)

1K 78 18
                                    

Request from WayauwayauUvU , PotterM_23 , Zulhhifli81.

Enjoy your read! 💕
****

Ice mundar-mandir di hadapan meja solek. Seragam sekolah sudah elok terpasang di tubuh tegapnya. Rambut pula sudah tersikat rapi.

Dia berhenti dari acara mundar-mandir. Pantulan cermin memaparkan wajah gelisahnya.

Dia merenung sepasang cincin yang ada digenggamannya.

"Ehem, Gem sudikah kau jadi kekasih aku? Err... Kau tau... Setiap kali aku tengok kau, pasti hati aku akan heart attack. Aku.."

Wajahnya terasa membahang. Dia merengek perlahan dengan wajah cemberut. Dia melompat-lompat sekadar mahu menghilangkan rasa gugupnya.

Wajahnya yang masih terasa panas, dikipas dengan menggunakan tangan.

"Aduh, kalau aku buat macam tu pasti jatuh cool aku.. Hilang lah gelaran aku sebagai manusia dingin huhuu..."

"Ice! Kamu buat apa lagi kat dalam bilik ha? Buat projek ke apa? Sudah-sudahlah tu, cepat turun. Dah pukul berapa ni!" tempik sang ibu.

"Ishh mama ni, sampai ke situ fikirnya. Ingat aku ni genit sangat ke?" omel Ice.

"Lain lah kalau dengan my Gemoy.. hehet wiuwiu.."

Ice senyum miang, lalu beg sekolahnya yang terdampar di atas meja belajarnya itu di ambil. Cincin untuk sepasang kekasih, dia simpan di dalam beg sekolahnya.

Sebelum keluar daripada bilik, dia menyempatkan diri menilik di cermin solek.

Dia menyebak rambutnya ke belakang, bibir seksinya dijilat agar kelihatan basah. Dia senyum.

"Kau memang yang terhensem Ice, kau pasti boleh dapatkan Gempa. Hemm!"

Dada ditepuk lalu dia berlari keluar daripada bilik. Dia sudah tidak sabar untuk ke sekolah dan berjumpa dengan bakal pengarang jantungnya.

•••••

Ice menjengukkan kepalanya dipintu kelas, dia simpan senyum tatkala matanya tertancap pada seorang remaja seumuran dengannya. Siapa lagi kalau bukan Gempa, si jantung hatinya ehek.

Dia memandang sekeliling kelas, masih sepi. Bermaksud pelajar lain belum datang.

"Ni kesempatan aku."

Ice membetulkan seragam sekolahnya begitu juga dengan topi kesukaannya. Dia melangkah masuk kedalam kelas dengan gaya coolnya, wajah datar dipasang.

Perasan akan kedatangan rakan kelasnya, Gempa mendongak. Dia tersenyum.

"Hai Ice, selamat pagi." sapa Gempa ceria seperti biasa.

"Hmmm." sahut Ice, dia membuang muka apabila melihat senyuman manis Gempa tersebut. Dia tersipu.

Ice melabuh duduk di mejanya yang berada di belakang Gempa.

Gempa bermain dengan jari jemarinya. Dia berasa seperti diperhatikan sahaja.

Di saat Gempa berpaling ke belakang, bibirnya secara tidak langsung bertembung dengan sesuatu yang kenyal dan lembut. Matanya membulat tatkala mendapati bibirnya menyatu dengan milik Ice.

"Opss, maaf."

Wajah Gempa memerah, kepalanya terasa mahu berasap sahaja. Panas!

Ice smirk.

"Gempa, aku ada benda nak kasi tau kau. Mungkin ni tak romantis, tapi. "

"A..apa?"

"Nak tak jadi wife aku? Yes or yes?"

"Ha.. Apa?!"

"Kejap."

Ice mengeluarkan cincin yang dia simpan di dalam beg.

"Sini tangan kau.." pinta Ice.

Gempa dengan ragu-ragu menyua tangan kanannya pada Ice.

Ice meraih tangan Gempa lalu menyarung cincin tersebut pada jari manis Gempa.

"Cincin? Apa ni?"

Gempa mengusap cincin pemberian Ice, dia perasan ada ukiran nama di cincin itu.

"Ice?"

"Ya?"

"Kenapa cincin ni ada nama kau?"

"Tu tandanya kau milik aku Gem, nahh."

Ice menyua cincin yang berukiran nama Gempa pada pemilik namanya.

Gempa menyambut.

"Kenapa bagi aku?"

"Cincin tu, kalau kau terima aku. Aku nak kau sarung cincin tu pada jari aku... Kalau tak kau simpan.."

Ucapan Ice terputus apabila Gempa memakaikan cincin itu pada jari manis miliknya. Pipi Ice merona.

Apakah itu tandanya Gempa menerimanya? UwU

"Gem?"

"Kau suruh pilih yes or yes? Sebab tiada pilihan no, so aku pilih yes. Now I'm yours Ice.."

Bruk! Ice menghentak meja sambil mendepakan tangannya.

"Come, come to me baby!"

Gempa tersenyum, dia mencium pipi Ice seraya mendakap tubuh kekasihnya.

"Thanks my sweety.."

"You're welcome, my Icebear..."













-Done-

Gimana? Hampa ke? Sorry tau UwU.. Next chapter siapaxsiapa eh? Wait and see! K chau! 😂

The Elementals Family S2 [SU]Where stories live. Discover now