Sebelas

1.7K 225 326
                                    

"Aik, Seungmin. Asal kau asyik keluar masuk jamban?" tanya Hyunjin pelik, dari petang hingga ke malam adik iparnya ini berulang-alik masuk ke dalam bilik air.

"Akak tanyalah adik ipar akak tu sendiriー akh!" Seungmin berlari ke bilik air dan terlebih dahulu memasukinya sebelum sempat Jisung masuk.

Brak!

Situasi itu sama dengan adegan antara Seungmin dan Yongbok petang tadi.

"Woi, adik sialan! Aku nak kencing lah woi!" jerit Jisung sambil mengetuk pintu dengan kuat.

"Hakalah, cubalah kau mengalah sikit dengan adik kau sendー WOI ROSLI KAU TUTUP BUKA LAMPU PEHAL?! JANGAN MEMAIN LAH SETAN!"

"KAU KELUAR DULU BARU AKU BERHENTI!"

"AKU TENGAH BERAK LAH, GILA!"

Hyunjin mengabaikan perbualan dua beradik yang tak berfaedah langsung itu, dia memandang Minho sedang leka menonton drama sambil mengunyah jajan.

"Kau masukkan sabun lagi ke dalam air laki kau?"

"Haah, cuma kali ni aku pakai sabun basuh baju bukan sabun basuh pinggan. Sebab tu dari tadi asyik keluar masuk jamban." jawab Minho tanpa rasa bersalah. Hyunjin menelan air liur, psiko sungguh adik iparnya ini.

Atau adakah sebenarnya Minho ini memang seorang pesakit psiko? Dan sekarang Minho sedang mensasarkan keluarga ini untuk dia bunuh seterusnya?

Hyunjin menggeleng, dengan cepat dia menghilangkan hal negatif itu dari fikiran.

"Tak takut ke kalau Halim tu sakit?" tanya Hyunjin lagi.

"Biar, padan muka dia. Siapa suruh sakitkan hati aku?"

"Alah, mummy. Macamlah tak kenal Umairah Minho tu siapa? Seekor harimau betina yang terkejam di duー" Changbin pantas terdiam tatkala Minho memandang dia dengan dua biji matanya yang terjegil.

"Tapi kan Mirah, kau dengan Halim tu kena kahwin paksa ke? Sebab aku tengok seram semacam cara hidup kau laki bini. Ibaratkan kalau rumah tangga orang lain genre dia romance, kau dengan Halim macam genre horror thriller." ujar Hyunjin panjang lebar.

"Takdenya diorang kena kahwin paksa, diorang sendiri yang nak kahwin." sampuk Jeongin.

"Dah tu kenapa korang jadi macam ni?" tanya Hyunjin. Minho menelan jajan di dalam mulut sebelum menjawab.

"Genre romance terlalu klishe, aku dengan Halim nak genre rare."

Speechless, itulah satu perkataan yang paling tepat mengambarkan semua di situ kecuali Minho.

"Ni bodoh dibuat-buat ke bodoh asli ni?" tanya Jeongin.

"Alah, mak pun sama je dengan Mirah. Macam mana mak boleh kahwin dengan abah sedangkan mak tak suka kat abah?" soal Minho tak puas hati, dari tadi dia sahaja yang ditanya.

"Oh, tu aku syak dia santau aku. Sebab tu aku setuju kahwin dengan dia."

"Astaghfirullahalazim, cinta. Berat sangat fitnah cinta tu." kata Yongbok yang dari tadi hanya diam tidak bersuara di sebelah Jeongin.

"Habis tu kenapa aku nak dengan kau? Dahlah tak hensem, lembik pula tu." kata-kata Jeongin membuat Hyunjin tersedak air liur kerana terkejut dan Minho tersenyum menahan tawa, Puan Misnah ini sebenarnya role model buat Minho.

Yongbok memegang dada kirinya.

"Cinta tak ingat dulu cinta hari-hari buatkan bekal untuk abang? Cinta selalu katakan i love you kat abang. Dulu pun cinta selalu bagi abang morning kisー"

Han FamilyWhere stories live. Discover now