S E V E N

176 46 8
                                    

"Ayah ayah—" Helena terdiam apabila Yuta sedang bercakap dengan seseorang di telefon. Dia hanya duduk diluar sambil memasang telinga. Ternyata Yuta sedang bercakap dengan seorang wanita.

"Takpe nek. Nanti saya akan uruskan." Helena berlari ke ruang tamu. Yuta keluar daripada bilik lalu melangkah ke dapur.

"Lapar ke? Nak makan?" tanya Yuta. Helena melangkah ke dapur melihat ayah nya mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak. Mata Yuta tertancap kepada satu sampul surat ditangan anak nya.

"Surat apa ni?" tanya Yuta. Helena tersenyum lebar. Bait-bait ayat di dalam surat itu dibaca teliti. Yuta hanya diam lalu melipat kertas itu semula.

"Kenapa ayah? Helena dapat tawaran. Boleh kan?" tanya Helena. Yuta tidak menjawab malah dia diam. Helena tahu ayah nya tidak menerima keputusan itu.

"oh, btw...Helena ada beli tteobokki tadi. Helena panas kan ye?" jawab Helena dengan satu senyuman lebar.

"Helena, bukan ayah tak bagi. Tapi—"

"Ah, gwaencana. Banyak lagi pekerjaan kat dunia ni." jawab Helena. Yuta hanya mengangguk perlahan. Rasa bersalah dalam diri nya semakin tinggi. Dia tidak berniat untuk menghalang anak nya.

Tapi atas sebab nyawa, dia terpaksa.

✴✴✴✴

"Ouh begitu." Helena mengangguk-angguk faham. Daniel hanya memerhatikan Helena menyiapkan latihan yang masih tidak berjawab. Masih ada berbaki 30 minit sebelum kelas bermula.

"Awak sudah sarapan?Muka awak nampak pucat." kata Daniel. Kaca mata tebal Helena dibetulkan. Rambut nya yang serabai diikat rapi.

"Pergi. Saya tidak layak duduk semeja dengan awak." kata Helena. Daniel berdehem kecil. Buku latihan matematik nya dicampak ke atas meja.

"Yah! Buku tu ilmu. Senang je kau camak-campak." kata Helena. Daniel tidak mempuledulikan kata-kata Helena lalu membuka telefon nya.

"Aku rasa...lepas ni tak perlulah rapat dengan saya. Orang lain tak kan selesa." kata Helena. Telefon ditangan Daniel dimatikan. Pelajar lelaki tinggi lampai itu bangun lalu mendekati nya.

"Kenapa fikir macam tu? Jangan fikir begitu lagi." kata Daniel. Helena menguap sambil menggosok mata nya. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Saya hanya orang susah yang tidak sama taraf dengan awak. Saya datang sekolah kerana mahu belajar. Bukan mencari jodoh. Tapi, jika awak nak berkawan dengan saya...saya tak kisah. Tapi bukan kawan special." kata Helena. Daniel hanya diam mendengar bait-bait ayat yang diaturkan oleh Helena.

"Maafkan saya. Tolong, jauhi saya."

✴✴✴✴✴

"Ugh!" bunyi rintihan Doktor Kwon memecahkan kesunyian hospital pada malam itu. Wajah nya ditumbuk dan badan nya dilibas menggunakan tali yang tebal. Badan nya dipenuhi luka dan lebam.

"Mana budak perempuan tu!" Doktor Kwon tersenyum sinis mendengar ugutan lelaki itu. Dia tahu, Doyoung masih tahu kewujudan anak perempuan nya.

"Budak perempuan tu dengan Doyoung sudah tiada apa-apa ikatan! Apa yang masih belum puas hati?!"kata Doktor Kwon. Bunyi tepukan daripada sebalik bayangan gelap mengejutkan nya.

"Don't worry. Aku takkan bunuh anak aku sendiri." kata Doyoung. Doktor Kwon memandang Doyoung pelik. Lelaki yang berumur 50-an itu duduk dikerusi bersebelahan nya.

"Cuma, aku tak mahu terima budak tu. Dia akan tahu pasal mak dia jugak." kata Doyoung lagi. Satu hembusan berat dilepaskan. Wajah Doktor Kwon ditarik menghadap nya.

"Isteri kau..mengandung kan?" tanya Doyoung. Mata Doktor Kwon membuntang. Urat-urat hijau dileher dan tangan nya mula timbul. Doyoung ketawa sambil menepuk tangan.

"Kau dah jaga anak aku dengan baik. Terima kasih."




blood debt. dy✔Where stories live. Discover now