Sorry... (BlaGem)

761 75 6
                                    

Req from NorsuhaidaSaleh..

Enjoy your read!
****

Iris madu keemasannya, melihat pelawanan basketball antara dua sekolah.

Gempa menutup kedua telinganya apabila suara dari para penonton amat membingitkan.

"Wahh!! Blaze hebat lah! Skill dia memang tak pernah berubah. Makin hebat! Belasah diorang Blaze!!"

"Fighting Blaze!!"

Kerana bosan, Gempa keluar dari tempat penonton. Dia keluar dewan basketball.

Tubuh direnggangkan buat seketika. Gempa menghirup udara di luar dewan. Suara sorakkan dari dalam dewan sayup-sayup masih kedengaran.

"Hai, apa yang seronoknya tengok semua tu. Menyesal aku ikut Gopal. Dia yang ajak aku, dia pula yang hilang. Haih, dia kata nak kenalkan kawan dia dari sekolah sebelah. Tapi, hampeh...."

Gempa mengomel, telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket seluar. Dia menaip sebuah mesej untuk Gopal lalu telefonnya kembali di simpan ke dalam poket.

Kakinya digorak, dia melangkah pergi daripada sana tanpa perasan ada satu mata memerhatikan dirinya dari tengah dewan basketball.

"Dia pergi?"

•••••

"Gem, asal kau menghilang macam tu aje? Kan aku dah janji nak kenalkan kau dengan kawan aku selepas perlawanan semalam."

Keesokkan harinya, Gopal mengomel. Kesal akan diri Gempa yang selalu suka melakukan hal sendiri tanpa berbincang dengannya.

"Sorry, aku pergi sebab aku bosan. Janganlah marah, nanti aku belanja kau makan okay?" Kata Gempa tanpa rasa bersalah.

Gopal memasamkan muka, sebal.

"Tch, fine. Hm, memandangkan aku nak keluar petang ni dengan kawan aku yang aku cuba nak kenalkan kau dengan dia, boleh lah kau ikut. Nak?"

Gempa mengerutkan dahi. Gopal memandang Gempa yang tampak seperti sedang berfikir. Dia sangat berharap yang Gempa mahu ikut serta.

"Hm okey."

"Okey, pukul 4 nanti aku ke rumah kau."

•••••

Di sebuah kafe yang sedikit lenggang, terdapat tiga orang remaja lelaki sedang membisukan diri antara satu sama lain.

Gopal mengerling dua manusia yang diam seribu bahasa. Dia lelah dengan situasi bisu tersebut.

"Apa kata korang saling kenal? Gem, ni Blaze kawan aku dari sekolah sebelah. Dan Blaze ni Gempa, si kawan pendek aku..ark!"

Gopal meringis apabila kepalanya dilempang Gempa.

"Bodoh."

Blaze hanya tersenyum melihat pergaduhan dua sahabat itu.

Gopal merengus, segera dia bangkit daripada duduk. Wajah tidak bersalah dua manusia itu dipandang kesal.

"Korang berlagak seperti tidak kenal antara satu sama lain, so aku nak korang selesaikan masalah korang tu!"

Seusai menceramah pada sepasang sejoli itu, dia berlalu pergi dengan langkah kaki terhentak-hentak pada lantai tidak bersalah.

Seperginya Gopal, mereka berdua saling melepaskan lelah.

Blaze berdeham, dia mengerling tangan Gempa yang ada di atas meja. Pantas dia genggam tangan mungil itu sebelum Gempa menghalangi perbuatannya.

"Maaf Gem, aku janji tak akan buat lagi."

Gempa mencebik, "Selalu aje ayat tu kau kasi, tak ada ayat lain ke?"

"Maaf Gemmy, aku janji ni last. Maaf sebab selalu abaikan kau. I'm sorry Gemmy, please give me one more chance."

Gempa mengetap bibir, anak matanya tunak merenung Blaze.

Kekasihnya...

"Fine, tapi jangan buat lagi okey?"

"Okey Gemmy, thanks Gemmy. Aku janji, kalau aku mungkir janji.. Kau boleh pukul aku. Tapi aku tak nak putuskan hubungan kita."

"Fine, kalau kau mungkir janji lagi.. Tiada jatah untuk kau sampailah kita lulus sekolah dan universiti." ucap Gempa tegas. Dia senyum sinis melihat wajah terkejut Blaze.

Mulut Blaze ternganga dengan ancaman Gempa yang tidak main-main itu.

"Macam mana?" katanya dengan  kening dijongket.

Blaze berdeham. Tangan Gempa yang masih berada dalam genggamannya dibawa ke bibir lalu satu ciuman dia daratkan di situ.

"Okey, aku setuju."

Walaupun aku tak rela huhuhu.. Desis hati Blaze pilu.
















-Done-

The Elementals Family S2 [SU]Where stories live. Discover now