N I N E

162 47 5
                                    

"Ayah!" aku terjaga daripada tidur lama ku. Tangan aku di perhati lama. Pipi aku ditampar-tampar. Suasana bilik yang asing dan usang diperhati lama. Aku bukan berada dirumah mahupun di Korea.

"Helena sudah bangun?" seorang nenek tua membuka dedaun pintu. Aku melangkah menjauhi orang tua tersebut. Satu senyuman manis terbit diwajah nenek itu.

"Muka kamu dulu saling tak tumpah seperti ayah kamu. Kenapa ayah kamu buat wajah kamu begini." kening aku berkerut pelik. Cermin disebalh aku diambil. Mata aku membuntang luas.

"Kenapa muka saya berubah? Kenapa muka saya dah tak macam dulu?" tanya aku. Bentuk muka aku telah bertukar 100% daripada yang asal. Berapa lama jadi begini? Sudah berapa lama aku tidur?

"Kamu terlibat dalam kebakaran. Wajah kamu terbakar. Jadi, doktor melakukan pembedahan muka terhadap kamu." kata nenek itu. Aku seakan tidak percaya.

"Nenek keluar dulu." pinta nenek itu. Aku masih diam duduk terkaku untuk menerima realiti sekarang. Apa yang terjadi? Kenapa Doktor Kwon mati? Kenapa ayah menyuruh untuk lari?

"Nenek...apa..hubungan kita berdua?" tanya aku. Nenek itu hanya tersenyum manis. Segelas air kosong diberikan kepada aku.

"Kita ialah keluarga."

✴✴✴✴✴✴✴

Aku berjalan disekeliling rumah itu. Seni bina kampung yang tidak pernah aku lihat. Cantik, unik dan antik. Aku masih keliru dengan semua ini tapi aku tahu ada sesuatu yang ayah sorokkan.

"Ayah!" aku berlari memeluk Yuta. Air mata aku tidak berhenti mengalir. Perasaan takut, cemas dan sedih bercampur baur. Yuta mengusap rambut aku perlahan.

"Takpe. Ayah akan cerita kan semua nya. Jangan risau." kata Yuta. Makanan yang dibeli nya diletakkan di meja dapur. Seorang budak lelaki yang tinggi dan berhidung mancung menolong Yuta sama.

"Helena. This is your twins." aku memandang lelaki itu tidak percaya. Lelaki itu bermata biru gelap dan berambut hitam gelap. Lelaki itu tidak menyapa apatah lagi berkata apa-apa.

"Eric pekak dan bisu. But, dia faham apa yang kita arahkan." kata Yuta. Aku memandang Eric lama. Remaja lelaki itu hanya menguntumkan satu senyuman manis. Aku turut ketawa juga.

Aku mengambil kertas lalu menulis ayat "Helena" . Eric mengangguk faham lalu menghulurkan salam. Aku agak kekok namun aku tetap membalas.

"Kenapa Eric dengan Helena berpisah?" tanya aku pelik. Yuta terdiam dan tidak menjawab apa-apa. Aku memegang tangan Yuta dengan erat.

"Ayah, tolong jujur kali ni. Siapa Helena dengan Eric? Kenapa kami berdua terpisah? Kenapa orang yang Helena sayang semua mati? Kenapa semua rahsiakan bende ni?" tanya aku. Yuta mengeluh lemah.

"Nanti, ayah bagitahu."

✴✴✴✴✴✴✴

Helena melangkah keluar daripada bilim air. Rambut panjang nya dikeringkan. Air di kampung ini amat sejuk dan menyegarkan. Untung siapa tinggal di sini.

"Eric. Kenapa ni?" tanya Helena. Di tangan Eric terdapat satu buku diari kecil tapi tebal. Setiap helaian itu diselak oleh nya.

"Eric sudah baca ke?" tanya Helena. Eric mengangguk. Helena mengucapkan terima kasih lalu masuk ke dalam bilik. Segala ayat di dalam buku itu dibaca dengan teliti.

"Kim Doyoung? Wan Nur Aryna?" Helena semakin tertanya-tanya. Bukan kah Kim Doyoung utu telah berkawin dengan isteri nya Kim Ryumin?

"Doyoung terlalu kejam"

"Aku tak patut percayakan dia daripada awal"

"Aku patut pilih Yuta"

"Ler, crush ayah ke?" kata Helena. Dia membaca buku itu sehingga ke muka surat yang terakhir. Ayat-ayat di dalma muka surat itu membuatkan Helena tidak percaya.

"Yuta, jika engkau membaca isi buku ini...aku cuma mahu sampaikan kata-kata yang mungkin agak mustahil bagi kau untuk melakukan nya. Namun, aku percaya kau mampu lakukan. Kau satu-satu nya sahabat yang masih ada dengan aku. Biar aku mati di tangan sang suami yang sudah di hilang cahaya iman di dalam diri nya, asalkan kedua anak aku Helena dan Eric selamat. Doyoung bukan seperti Doyoung yang dahulu. Dia ialah syaitan.

"Doyoung...ayah aku?"





blood debt. dy✔Where stories live. Discover now