Friend or Love? (BlaTau)

607 57 7
                                    

Req from tasyacarmello.

Enjoy your read!💕
****

"Kau tau semalam aku nak marah betul, main ML dengan orang yang suka gaduh dalam chat. Haihh, korang lah ni aku ajak main tak nak join."

Di kantin sekolah, terdapat tiga pelajar yang bersembang sambil menjamu selera.

"Sorry lah Thorn, lain kali lah. Semalam memang aku nak join tapi henpon aku tengah cas."

Thorn mencebik, dia kerling pada Blaze yang belum memberikan alasan kepadanya.

"Kalau kau pula Blaze? Apa alasan kau? Jangan kata kau sibuk buat ritual semalam."

Terbatuk Blaze dengan tuduhan Thorn itu. Si Taufan sudah terkekek melihat wajah Blaze yang seperti orang tertangkap basah.

Blaze mengerling Taufan lalu memukul kepala Thorn. Thorn sudah jatuhkan sahamnya.

"Dasar kau, mana ada lah. Aku tido awal semalam, mak aku sita wifi. So, aku tak boleh main game." kata Blaze, jujur.

"Fine, alasan korang aku terima kali ni. Lain kali jangan harap."

"Okey Thorny."

Mereka bertiga makan dalam keadaan tenang sekali-kali bertengkar manja, sehinggalah kedatangan seorang pelajar lelaki.

"Hm, maaf menganggu."

Tiga sekawan itu mendongak, memandang si empunya suara yang menegur. Gempa.

"Ya?"

"Hm, aku nak pinjam Taufan sekejap boleh? Cikgu panggil ke pejabat." kata Gempa dengan senyum manisnya.

"Okey, guys aku pergi dulu. Lagipun aku dah selesai makan. Jom Gem."

Taufan bangkit dari duduknya, bersiap untuk pergi.

Sebelum Gempa dan Taufan pergi, Thorn buka suara.

"Gem, kau dah berpunya belum?" lancar Thorn bertanya.

Wajah Gempa memerah dengan pertanyaan itu. Dia berdeham. Tanpa menjawab pertanyaan Thorn, Gempa sudah menarik tangan Taufan untuk beredar daripada situ.

Blaze mengerling Thorn dengan kening berkerut.

"Kenapa kau tanya soalan macam tu? Kau ada hati kat Gempa ke?" ujar Blaze panasaran.

Thorn tersengih malu, kepalanya digaru.

"Err.. Ya, tapi aku tak berani nak luahkan. Hm, kau rasa dia still single ke?"

Blaze menjongket bahu. "Entahlah, aku rasa belum kut. Pergilah beritahu dia tentang perasaan kau tu."

"Habistu kau? Kau tak nak beritahu pasal hati kau kat Taufan? Sampai bila kau nak sorok?"

Terdiam Blaze dibuatnya, matanya terkebil-kebil. Wajahnya memanas.

"Ma...macam mana kau tau?" kata Blaze dengan nada gugup.

Thorn senyum meremehkan.

"Aku taulah, tengok cara kau pandang dia pun aku dah tau. So, kau tak nak kasi tau dia?"

Bibir bawah digigit. Dia hela nafas.

"Aku takut sebab perasaan ni, persahabatan aku dengan dia akan hancur..."

"Kau belum cuba Blaze, cubalah dulu. Kita tengok macam mana reaksi Taufan. Mana tau kan, cinta kau tak bertepuk sebelah tangan?"

Sebelum Blaze menyoal, Thorn sudah angkat punggung dan melesap ke kaunter kantin. Meninggalkan Blaze dengan seribu pertanyaan.

"Apa maksud Thorn? Dia macam tau sesuatu aje..."

•••••

Fan, jumpa aku di tempat biasa. Aku ada benda nak kasi tau kau..

Petang itu, Blaze mengambil keputusan untuk luahkan rasa hatinya yang dia pendam selama ini pada Taufan merangkap kawannya itu.

Dia sudah tidak kisah apa yang Taufan akan katakan nanti, asalkan hajatnya tertunai.

Dia amat berharap, apa yang Thorn katakan di sekolah tadi menjadi kenyataan.

Harap yang dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Blaze mengusap kedua tangannya yang mengeluarkan peluh. Dia gelisah dan nervous.

Anak matanya sedari tadi mengerling pintu masuk kafe, menunggu kedatangan Taufan.

Kringg!

Bunyi loceng, tanda ada pelanggan yang masuk. Kepala Blaze terangkat, dia tersenyum gugup sambil melambaikan tangan pada Taufan yang baru sahaja masuk ke dalam kafe itu.

Taufan membalas lambaian Blaze sejurus melangkah mendekat.

"Maaf lambat, aku ada hal mendesak tadi. Ada apa kau nak jumpa aku? Macam kat sekolah tak boleh jumpa aje. Apa benda yang kau nak kasi tau aku? Macam penting aje."

Blaze menghembus nafas berat. Dia berdeham sejenak.

"Aku.. Hm, straight to the point... Sebenarnya.. Ohya sebelum tu kau jangan terkejut tau."

"Okey Blaze, apa benda kau nak cakapkan ni?"

"Aku suka kau.."

Taufan terkesima. Dia memandang Blaze dengan wajah tidak percaya.

"Apa? Kau.."

"Ya, aku suka kau lebih daripada seorang kawan. Aku dah lama pendam benda ni tapi aku tak berani nak luahkan. Aku.."

Ucapan Blaze terputus apabila Taufan tiba-tiba bersuara.

"Blaze kau tak sendirian. Aku pun sebenarnya sama macam kau. Aku takut nak beritahu perasaan aku pada orang yang aku suka."

"Kau.. Kau dah ada orang yang kau suka?"

Taufan mengangguk perlahan, dia simpan senyum melihat wajah Blaze yang mula berubah.

"Ya dan orang tu ada di depan aku sekarang."

Blaze terpinga-pinga dengan apa yang dia dengar. Dia pandang kiri dan kanannya.

Taufan tak maksudkan dirinya kan?

"Tau..."

"Aku suka kau lah Blaze."

"What?!"

"Ya, so sekarang?"

Mereka berdua terdiam. Wajah masing-masing memerah.

"Hm, kau tak kisah kan kalau dari seorang kawan berubah kepada kekasih?" Soal Blaze.

Taufan menjongket bahu. "Apa salahnya, tak salahkan kalau sahabat saling mencintai?"

"Tak salah. So, kau... Nak jadi kekasih aku?"

"Sure, I want to be yours Blaze."

Di sisi lain...

"Wahh! Akhirnya diorang pacaran juga setelah sekian lama saling pendam perasaan."

"Betul tu! Akhirnya."

Mereka berpandangan, wajah masing-masing terkejut.

"Eh?!"

"Gempa?!"

"Thorn?!"

Gempa sudah gelabah apabila tertangkap basah kerana skodeng dua sejoli di dalam kafe itu.

"Kau buat apa kat sini? Kau pun nak skodeng diorang eh?" Thorn senyum nakal.

Gempa dengan laju menggeleng kepala.

"T..tak! Aku cuma lalu sini aje. Aku pergi dulu, aku lupa nak beli ubat untuk nenek Sya! Bye!"

"Eh dear! Tunggu Gempa!"













-Done-

The Elementals Family S2 [SU]Where stories live. Discover now