T W E L V E

165 49 4
                                    

"Terima kasih." ucap aku. Tinggallah aku seorang di sebelah pejabat Doyoung. Mata aku melilau ke kiri dan kanan mencari kelibat Daniel. Lelaki miang itu pasti sudah tiba kerana aku lihat kelibat nya tadi.

"Cari saya ke?" aku menoleh. Lelaki itu senyum sinis lalu menyisir rambut blonde aku. Nasib baik aku sempat mengelak daripada dicuit oleh Daniel.

"Jadi, apa yang perlu saya buat hari ini?" tanya aku. Daniel mengeluarkan beberapa file di dalam rak. Satu persatu helaian kerta di selak. Daniel menerangkan semua nya dengan terperinci.

"Jadi, pastikan semua yang saya bebel daripada tadi ini dibuat. Saya harap, awak faham setakat ni Roseanne." kata Daniel. Aku mengangguk faham. Daniel secara tiba-tiba menyerahkan telefon nya pada aku.

"Nombor awak." kata Daniel. Aku merengus geram. Terpaksa lah juga aku beri takut jika dia memerlukan apa-apa.

"Rośe? Interesting. Thanks." Daniel terus hilang daripada padangan mata aku. Langkah aku diatur ke pantri untuk mengambil air panas.

"Selamat pagi." aku yang terkejut terus menoleh. Wajah ketat lelaki yang telah berusi itu membuatkan bulu roma aku meremang. Pandangan tajam lelaki tua itu memberikan satu aura yang menakutkan.

"Saya cari awak ditempat awak tadi. Penolong baru kan?" aku mengangguk. Doyoung mengambil seuncang teh di dalam kotak. Badan aku terasa ditiup satu hembusan sejuk.

"Saya nak teh. Hantar ke meja saya." kata Doyoung. Aku mengangguk. Nampak nya wajah aku tidak di cam sebagai Helena.

"Fuh, aku selamat kali ini."

*************

"Tuan, ini kertas perasmian yang kena dikemas kini." Helena memberikan sehelai kertas untuk ditanda tangan. Tiba-tiba pintu bilik pejabat Doyoung diketuk daripada luar.

"Ayah, Daniel balik lambat hari ni."

"Nak ke mana?" Helena menjadi pendengar setia disebelah Daniel. Lelaki muda berwajah tampan itu memandang aku lalu tersenyum.

"Nak ajak Rose makan malam. Boleh kan ayah?" kata-kata daripada Daniel itu dibalas dengan satu gelak tawa sinis. Kertas perasmian tadi diberikan kepada Helena semula.

"Makan malam dirumah saja. Senang. Takut mak kamu membebel pula nanti Daniel. Ajak lah Rose sekali." kata Doyoung. Bibir Helena seperti mahu mengatakan sesuatu tapi tidak mampu.

"Kenapa? Awak sibuk ke Rose?" tanya Doyoung. Helena mengalah juga akhirnya. Baik juga jika dia ikut. Bolehlah dia tahu segala maklumat berkaitan keluarga nya.


*****************

"Anak kau tu memang nakal kan" Yuta memandang gambar sahabat lama nya. Sakit menjadi watak yang disakiti di dalam sebuah kisah cinta orang. Yuta menutup album gambar itu lalu disimpan ke dalam almari.

"Helena akan tahu apa kau buat Nini. Kau jujur jelah dengan dia." Yuta menuangkan segelas jus oren ke dalam 2 buah gelas. Nini mengeluh lemah sambil menggenggam penumbuk di tangan.

"Kau kena sedar kau salah satu penyebab kenapa ibu dia mati. Kau bersubahat dengan Ryumin." kata Yuta. Nini hanya diam dan tidak berbicara apa-apa. Yuta mengeluh lemah lalu melangkah ke bilik.

"Doyoung akan cari kau sampai dapat kan?" langkah Yuta terhenti. Dia menoleh memandang Nini semula. Sangkaan wanita itu tepat. Doyoung takkan menyerah sehingga tidak dapat apa yang dia mahukan.

"Sebab tu aku get ready. Tapi aku sedar Helena takkan terima yang aku akan tinggalkan dia satu hari nanti"







blood debt. dy✔Where stories live. Discover now