Valentine Day (AllGem)

1K 84 33
                                    

Req from Alifianovianna and riku7077.

Enjoy your read!💕
****

"Again?"

Anak matanya melihat isi lokernya yang penuh dengan coklat pemberian daripada fansnya.

"Boleh ronggak gigi aku kalau macam ni.."

"Why?"

Gempa menoleh ke samping apabila mendengar suara seseorang. Sai si kawannya.

"Tak adalah, macam mana aku nak habiskan coklat ni? Dahlah banyak.."

Sai mengerling ke dalam loker Gempa, dia tergelak.

"Ronggaklah kau macam ni Gem, dahla kau tu dah cukup manis. Makan coklat manis pula, nanti bertambah lah manis kau." sakat Sai.

Gempa hanya menjeling jengkel.

"By the way, happy valentine day Gempa." kata Sai.

"You too. Habistu, kau tak beli hadiah untuk kekasih kau ke?" soal Gempa.

Sai berdeham. "Aku mana ada kekasih, lain lah kalau kau nak jadi kekasih aku Gempa."

Gempa membuat muka, dahi kawannya itu ditunjahnya.

"Karut. Dah lah, aku nak masuk kelas dulu. Bye."

Gempa menutup pintu lokernya lalu dia beredar pergi, meninggalkan Sai sendirian di sana.

Dia menatap kepergian Gempa, dia tersenyum kecil.

"Salah ke kalau aku suka dengan kawan aku sendiri Gem? Tapi aku salah pilih orang untuk aku suka, sebab kau dah milik orang dan mereka bukan lawan aku. Aku pasti akan kalah sebelum bertarung terlebih dahulu..."

•••••

"So, kita nak pergi ke mana untuk sambut hari kekasih?"

Enam orang lelaki berusia sekitar 20-an sedang membuat mesyuarat perdana menteri di sebuah kafe yang tidak jauh daripada tempat kuliah mereka.

Salah seorang daripada mereka mengusap dagu.

"Aku dengar di taman ada buat festival sempena sambut valentine day." kata Taufan.

"Bila?" soal yang lain.

"Malam ni diorang buat, boleh lah kita ke sana nanti. Korang nak ke sana tak? Aku rasa mesti Gemgem akan suka nanti. Macam mana?"

Taufan memandang para saudaranya, meminta pendapat mereka berlima.

"Okey, aku setuju. Lagipun kita dah lama tak ke tempat seperti itu." ucap Halilintar.

"Betul kata Hali, kita asyik sibuk dengan tugas kuliah aje sampaikan tak sempat nak luangkan masa bersama and rest." sahut Ice, dia menutup mulutnya yang menguap kecil.

Sebelum yang lain buka suara, Ice terus berkata.

"Sebelum tu, kita balik dan rehat dulu. Lagipun aku nak tido kejap. Boleh?"

Mereka semua menatap Ice datar.

"Tu aje yang kau tau eh, yela... Kita balik dan rehat dulu."

•••••

"Wah, ada festival. Kita buat apa kat sini korang?"

Gempa memandang keenam lelaki yang ada di samping kiri dan kanannya. Kekasihnya uhuk!

The Elementals Family S2 [SU]Where stories live. Discover now