My Naughty Student Bonus Special (FrostGem)

1K 78 25
                                    

Req from pikachu_qwq

Enjoy your read! 💕
****

"Papa, macam mana adik Flint boleh ada dalam perut mama? Papa dan mama buat adik macam mana? Ke mama makan adik Flint?"

Pertanyaan polos dan sedikit ambigu keluar daripada mulut budak enam tahun itu. Frostfire yang sedang melipat baju kerana dihukum Gempa, atas sebab tertentu sudah membulatkan mata.

"Mana anak setan ni berasal? Asal mulut tu tiada lesen betul." omel Frostfire perlahan, namun masih dapat didengari oleh anaknya.

"Kalau Flint anak setan, bermakna papa adalah raja setan dan mama permaisuri setan. Jadilah keluarga setan."

Baru sahaja mahu buka mulut, ada suara lain datang menyergah.

"Apa sebut setan-setan ni? Tak baik tau, nak sangat ke jadi setan ha? Kamu ni, makin besar makin nak menyetan ya?"

Gempa yang entah datang daripada mana terus memberi ceramah. Pinggang dicekak.

"Ha! Mama sebut setan boleh pula."

"Mama tak apa, mama dah besar. Kamu tu kecil lagi."

Flint memasang wajah datar. Sama sahajalah, berdosanya.

"Besar apa, perut aje besar. Mama tetap smoii.. Kalau Flint besar mesti Flint tinggi daripada mama. Mama nak tinggi macam mana kalau mulut tu asyik nak potpet potpet aje, sebab tu umur mama cepat mereput."

Mulut dia...

Bibir Gempa bergerak-gerak. Geram pula dianya...

Frostfire menahan tawa yang mahu meletus, dia ketap bibir apabila mendapatkan jelingan maut daripada Gempa.

"Frostfire!!"

Frostfire dan Flint terkejut dengan jeritan membahana Gempa itu. Apatah lagi si empunya nama.

"Kenapa Gemmy? Awak kan tengah mengandung tu, tak baik tau menjerit macam tu. Awak.."

"Tak kisah lah baik ke tak ke! Frostfire awak tidur luar!!"

Bulat mata Frostfire mendengar malapetaka tersebut yang keluar dari mulut Gempa.

Flint sudah ketawa mengekek dengan penderitaan papanya, namun tawanya tidak bertahan lama apabila namanya pula diseru oleh ratu kuat mengomel.

"Flint kamu.. Tiada jatah makan malam ni."

Gempa terus melesap pergi daripada situ. Merajuk hati.

Dua beranak itu berpandangan, tidak lama kemudian terdengar suara sumbang menjerit.

"No Gemmy!!"

"Mama don't!! I love you mama smoii! Please don't hate me mama! I'm sorry mama huaaaa!!"
















-Done-

The Elementals Family S2 [SU]Where stories live. Discover now