S I X T E E N

157 46 6
                                    

"Makan tak ajak." kata aku kepada Eric. Sedap dia sahaja melahap nasi goreng kampung yang di hantar oeh Nini. Perut aku sudah berbunyi minta di isi.

"Semalam balik lambat. Pergi mana?" tanya Eric. Aku menoleh sekelas sambil menikmati makan malam aku.

"Aku kerja lah. Ingat apa?" kata aku. Rasa susah juga mahu menggunakan bahasa isyarat. Lagi-lagi waktu makan sekarang ini. Terpaksa berhenti makan seketika.

"Pergi dating?" tanya Eric. Aku menggeleng laju. Tiada masa aku mahu mencari pasangan. Sudahlah keluarga aku dalam buruan orang.

Terutama nya Eric. Aku perlu menjaga nya.

Pinggan kaca dibasuh lalu diletakkan di dalam almari. Beg tangan aku di ambil lalu diletakkan di bahu. Rambut panjang aku diikat supaya nampak kemas.

"Aku pergi kerja dulu." kata aku.

✴✴✴✴✴✴✴✴

"Setakat ini, ada apa-apa lagi nak tanya?" tanya Doyoung. Semua orang di dalam bilik mesyuarat diam tidak membalas apa-apa. Helena bingkas bangun lalu mengambil mikrofon.

"Terima kasih kerana hadir ke mesyuarat pada hari ini. Pihak kami berbesar hati menerima tuan-tuan untuk bergabung dengan syarikat kami." kata Helena. Orang ramai mula meninggalkan bilik mesyuarat satu persatu.

"Takpe. Biar says letak kerusi ni dekat bilik sebelah." kata Daniel. Helena mengangguk. Segala sampah sarap di bawah meja dikutip.

"Adu sakit." Helena mengusap kepala yang sakit. Tidak sedar pula ada meja di atas kepala nya. Sudahlah bunyi hentakan itu kuat. Terasa pening di kepala itu semakin kuat.

"Gwaencana?" Doyoung mengusap kepala Helena lembut. Wanita itu terkejut akan tindakan drastik ayah nya. Hanya perasaan sayu sahaja yang dapat dirasakan ada saat itu.

"Nak ais? Dah lebam ni." kata Doyoung. Helena termenung lalu menunduk ke lantai. Bertahun sudah tidak mengetahui apa yang berlaku di masa lepas. Dan sekarang, ayah kandung nya yang merangkap pembunuh ibu nya.

Kenapa? Saat ingin membalas dendam, ada sahaja halangan. Halangan yang tidak dapat ditafsir. Rasa bersalah? Mungkin tidak. Apa tuhan mahu menguji nafsu kita sebagai manusia?

"Nah ais..saya ambil tadi." sebungkus ais diberikan kepada Helena. Satu senyuman terukir kemas di wajah Helena. Ais yang banyak itu diletakkan di atas kepala nya.

"Saya pergi dulu." Doyoung pergi meninggalkan Helena yang terpinga-pinga seorang diri. Perasaan nya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Helena keliru atas apa yang terjadi di hadapan mata nya.

"Kenapa..apa masalah aku sekarang ni?"






blood debt. dy✔Where stories live. Discover now