✨Bab 45✨

517 81 51
                                    

Min Young risau. Dia susah hati kerana Jungkook tidak pulang ke rumah malam tadi dan kini sudah jam 8 pagi, kelibat Jungkook masih juga tiada. Keretanya juga masih tidak terpakir di tempat biasa. Padahal malam itu Jungkook sendiri yang memberitahu bahawa suaminya akan pulang sekejap sahaja lagi. Tetapi sampai sekarang masih juga tiada. 

"Mana dia ni? Call tak berangkat, mesej tak berbalas." Min Young menatap telefon bimbitnya yang menyala. Terlalu banyak kali dia membuat panggilan dan mesej tetapi semuanya masuk ke dalam peti suara. Hati wanita ini mula bimbang jika terjadi apa-apa perkara buruk terhadap Jungkook.

Langkah kaki Min Young ke arah dapur. Mahu menenangkan diri seketika. Peti ais dibuka, gelas panjang berada di tangan. Kotak susu dicapai lantas dituang ke dalam gelas. Susu itu tidak terus diteguk, malah ditenung dahulu. Termenung di hadapan peti ais sambil menatap air susu yang penuh di dalam gelas kacanya. 

Mana Jungkook?

Ding dong! Ding dong!

Tumpuan Min Young pantas teralih kepada bunyi loceng rumah. Dia terus meletakkan gelas dan kotak susu di atas kitchen island dan bergegas berlari anak ke pintu rumah. Berat perut yang membesar tidak dihiraukan.

Pemegang pintu dipulas dan daun pintu segera dikuak.

"Jungkook?!!!" Suara Min Young meninggi. Matanya membulat luas.

"Min You..."

"Kenapa suami aku ada dengan kau?!" Jerkah Min Young pantas. Matanya bergetar melihat tubuh Jungkook dipapah layu oleh Felia. Rasa cemburu meresap jauh ke dalam hati.

"Dia.. dia mabuk."

"What?!"

"Dan dia.. dia rogol aku."

Min Young terdiam. Tangan naik menutup mulut yang ternganga. Matanya memerhati setiap inci tubuh Felia dan Jungkook yang begitu rapat bersatu. Diperhati lama tanpa berkelip walau sesaat.

Felia melepaskan tangan Jungkook yang dipegang erat pada bahunya dan membiarkan lelaki itu terjelopok lemah di atas lantai dengan mata tertutup. Separuh sedar. Rambut berserabai, baju tidak kemas terpakai. Min Young mengundur setapak ke belakang dengan rasa tidak percaya.

"Dia.. dia buat apa? Hmm?"

"A.. aku tak tahu apa-apa, Min Young. Dia mabuk lepas tu aku ternampak kereta kau dekat dengan kawasan perumahan aku. Aku ingatkan kau so aku datang. Rupa-rupanya suami kau. Niat aku cuma nak tolong dia tapi dia..."

"Dan kau rela?"

"Tak! Sumpah, aku tak pernah rela pun, Min Young. Aku.. aku tak tahu.."

"Stop."

Min Young angkat tangan memaksa Felia untuk berhenti bercerita. Kepala terasa berdenyut. Rasa tidak percaya bahawa dirinya dikhianati sehebat ini.

"Aku minta maaf bagi pihak suami aku, kau boleh balik sekarang." Kata Min Young. Sesaat pun wajah Felia tidak dipandang.

"Tak apa, Min Young. Aku reda. Tapi.." Felia melangkah masuk ke dalam tanpa disuruh dan mendekati Min Young tanpa segan. 

Min Young memandang Felia, matanya mula bertakung dengan air mata. Rasa sedih mula menerpa tetapi ditahan sedaya mampunya. Ikutkan hati rasa ragu dan tidak percaya. Tingkah Felia seperti ada sesuatu yang tidak kena. Mustahil dirogol tetapi setenanf itu reaksinya.

"Tapi apa?" soal Min Young. Felia mendekatkan bibirnya ke arah cuping telinga Min Young.

"Tapi kalau terjadi apa-apa dekat aku, aku harap dia bertanggungjawab. Sebab benih dia dah bercambah dalam rahim aku. Segala apa yang berlaku lepas ni, suami kau kena bertanggungjawab."

Gugur air mata Min Young akhirnya. Menggeletar rasa batang tubuh. Tidak kuat lagi hendak berdiri lama-lama. Terkejut dan tidak percaya dengan keinginan yang dilontarka oleh Felia.

"Kau memang suka dekat suami aku, kan?" soal Min Young terus. Felia dipandang tajam dengan jelingan mata.

"Kalau dah tahu, kenapa tanya lagi?"

"Apa yang kau nak sebenarnya, Felia? Apa yang kau nak dari aku?" suara Min Young tenggelam timbul. Kali ini dia tidak mampu bertahan lagi. Dia perlu mencari kebenaran dan menyelesaikan perkara ini.

Felia tersenyum sumbing. Sedikit rasa kasihan pun tidak terbit dari hatinya. Malah dia suka kerana peluang untuk menumpang bahagia bersama Jungkook terbuka luas. Tidak dipedulikan lagi apa Min Young hendak katakan kepadanya asalkan dia gembira.

"Aku nak suami kau. Aku nak jadi isteri dia, aku nak jadi isteri kedua kau. Itu je permintaan aku. Mampu tunaikan?"

*******

Maaf lambat update. Saya tiba2 tersekat idea. Huhuhu. Tapi sekarang dah ada balik dah.

Hint : sad ending

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now