T W E N T Y T W O

144 46 2
                                    

"Minggu depan kita ada majlis makan malam antara syarikat kita dan syarikat MTE SDN.BHD. Jadi, saya harap segala persiapan di lakukan dengan baik." kata Doyoung. Masing-masing ligat mencatat segala maklumat yag diberitahu oleh CEO syarikat itu.

"Rośe, harap segala nya dapat diuruskan." kata Doyoung. Aku tersedar daripada lamunan aku yang agak lama. Mesyuarat pada hari itu habis tepat jam 5.30 petang.

"Jauh termenung. Fikir apa tu kakak?" Daniel yang entah daripada mana muncul dibelakang nya. Helena memandang Daniel lama lalu memulakan bicara.

"Tak perlu lah panggil saya kakak. Kita sama umur. Cuma lahir pada bulan yang berbeza." kata aku. Daniel memuncungkan mulut nya lalu menjeling ke arah aku.

"Kenapa? Saya cuma mahu berbaik dengan awak. Adakah sebab perbuatan mak saya yang lepas, awak masih sakit hati lagi?" tanya Daniel. Aku termati kata.

"Saya cuma, nak rapatkan balik hubungan keluarga kita. Mesti boleh ubah semula kisah silam. Apa kata awak bagitahu saja pada ayah—"

"Kau tak pelah. Hidup senang. Daripada lahir sudah dapat duit, dapat keluarga. Aku? Lahir-lahir terus nampak neraka." kata aku. Setelah selesai, aku keluar meninggalkan dewan mesyuarat.

*************

"Ayah, Helena boleh buat. Takpe." kata aku. Yuta menepis tangan aku kasar. Entah mengapa sikap nya kian berubah. Atas sebab apa aku tidak tahulah.

"Ayah, ayah mesti penatkan? Biar Helena buat." kata aku. Sama juga, masih tiada respon. Aku mengambil kain di dalam bakul lalu di ampai.

"Ayah macam mana kerja? Ok?" tanya aku. Hanya dibalas dengan anggukan. Aku memuncungkan bibir sambil menghabiskan tugas aku.

"Ayah nak keluar kejap." kata Yuta. Aku mengangguk lalu mengikut ayah aku hingga ke pintu rumah. Yuta berhenti lalu pusing menghadap aku.

"Duduk rumah. Ayah keluar seorang." kata Yuta. Aku menggeleng tidak mahu. Yuta hanya menghiraukan aku lalu melangkah keluar. Aku hanya mengikut daripada belakang.

"Yahhh! Jangan laju sangat ayah." kata aku. Besar betul langkah dia. Semput aku mengejar daripada belakang. Udar sejuk pulak tu.

"Huh..huh.." aku berhenti seketika. Tercungap-cungap aku mencari nafas.

"Kata nak ikut..." ujar Yuta sambil bercekak pinggang. Aku memandang dengan satu jelingan tajam.

"Ayah nak pergi hospital lah." kata Yuta. Aku bersorak gembira. Tangan aku dan Yuta dihayunkan bersama. Kami tidak mengambil bas. Cukup berjalan kaki sahaja.

"Jom makan ramyun nanti." ajak Yuta. Aku menggeleng tidak setuju.

"Ayah sudah tua. Tak elok makan makanan segera saja."

"Sekali sekalaaaa." kata Yuta. Tangan kami berdua digenggam kemas. Aku hanya melihat tangan aku digenggam erat. Entah mengapa, aku tidak sedap hati.

"Adakah..aku masih dapat menggenggam tangan ini sehingga segala nya telah beransur pulih?"









blood debt. dy✔Where stories live. Discover now