T W E N T Y F I V E

148 45 1
                                    

"Ibu." aku tersedar daripada tidur aku yang agak lama. Suasana ruangan hospital sunyi sepi. Jam sudah menunjukkan pukul 2.45 pagi. Hanya aku seorang diri di dalam wad.

"Helena tak datang ke?" bisik aku di dalam hati. Mungkin dia ke tandad ataupun dia masih bekerja. Ah! Mustahil dia bekerja di waktu begini.

Aku mengambil tongkat disebelah katil aku lalu bangun. Masih ada beberapa keping duit di tangan aku. Memandangkan aku kehausan, aku memutuskan untuk membeli air minuman di mesin.

Rambut aku yang serabai dikemaskan. Aku berjalan terkedek-kedek melangkah keluar. Sebelum keluar, aku memastikan jika ada orang diluar.

Line Clear. Tiada orang. Bukan apa, aku malu mahu berjalan dengan keadaan begini.

"Buk!" belakang badanbaku ditendang secara tiba-tiba. Terasa sakit kepala aku. Aku masih belum boleh bergerak apatah lagi mahu berlari. Mahu menjerit pula, aku bisu dan...pekak.

Badan aku diseret. Aku dengan sedaya upaya cuba untuk meloloskan diri namun gagal. Tangan lelaki itu aku perhati lama. Cincin yang dipakai agak familiar namun ia tidak berapa jelas.

"Sesiapa..tolong.."

**************

"Eish! Macam mana aku boleh tertidur dekat pejabat? Aduu." aku berlari pantas masuk ke dalam kawasan wad. Lif ditekan berkali-kali. Ah! sempat pula lif rosak dalam waktu-waktu begini!

Aku berlari masuk ke dalam wad. Aik? Tiada pula si Eric ini? Ke mana dia pergi? Bukan nya dia boleh berjalan jauh pun. Nampak sangat dia baru bangun kerana selimut tidak di kemas.

"Eric. Adik!" jerit aku. Namun hampa, tiada balasan. Hati aku semakin risau. Eric tidak boleh bercakap apatah lagi mendengar. Bagaimana dia mahu mendengar jeritan aku?

"Eric! Eric!" setiap bilik aku buka. Berderau darah aku melihat setompok darah yang masih segar. Menggigil lagi tangan aku apabila melihat tongkat Eric.

"Adik!" jururawat mula mendekati aku. Rambut aku diserabutkan. Satu hospital mula gempar apabila Eric tiada di dalam wad. Beberapa orang pegawai polis mula keluar mencari.

"Adik..adik.." aku berlari ke ruangan lobi. Puas aku mencari di setiap sudut tapi tetap tiada. Mana lagi aku mahu mencari sedangkan hospital ini besar. Kemungkinan Eric telah dibawa lari.

"Bang! Bang!" aku terdengar bunyi ketukan di stor besar  tingkat 2. Mahu ambil menggunakan lif, tapi lif rosak. Guna saja lah tangga.

"Eric.." badan adik aku dilumuri darah. Air mata aku tidak berhenti mengalir. Badan adik aku diangkat lalu dibawa keluar. Beberapa orang nurse menolong aku membawa Eric. Badan Eric seakan tidak bermaya dan nyawa-nyawa ikan.

"Siapa buat kau macam ni?"

****************

"Kami akan menyiasat. Eric dalam pemantauan kami. Jadi, pihak polis mengharapkan kerjasama yang baik daripada keluarga cik." Helena mengangguk. Setelah 2 jam pihak polis menyiasat, akhirnya bukti telah dijumpai berdasarkan rakaman cctv.

"Helena." Yuta berlari ke arah anak perempuan nya. Wajah Yuta kosong tanpa sebarang reaksi. Helena terduduk di atas kerusi lalu mengeluh lemah.

"Semua salah Helena. Helena tak patut cuai." kata Helena. Yuta memegang bahu anak nya daripada belakang.

"Takpe. Bukan salah Helena. Eric dah tak selamat. Jadi kita sama-sama jaga." kata Yuta. Helena mengesat air mata nya. Jangan lah selepas ini Eric pula mengikut jejak langkah Daniel.

"Ayah..pergi mana semalam? Berkali Helena call." kata Helena. Yuta berdehem kecil. Dia berasa gugup.

"Phone ayah mati. Ayah lupa nak charge malam tadi."

blood debt. dy✔Where stories live. Discover now