✨Bab 47✨

501 78 13
                                    

Jungkook mengemas segala pakaiannya yang ada di dalam almari. Bagasi diambil dari bawah katil, satu per satu pakaiannya disumbat masuk ke dalam bagasi tersebut. Tanpa dilipat kemas, hanya dilipat dua sahaja termasuk dengan penyangkut baju sekali.

Hati terasa mati, perasaan dan pemikirannya bercelaru. Entahkan rasa sedih, marah atau kecewa. Semuanya bercampur menjadi satu dan hanya ada satu rasa sahaja yang muncul dalam hati Jungkook waktu ini iaitu kosong.

Ikutkan hari dan tarikh, Jungkook masih ada berbaki 3 hari lagi sebelum bekerja semula. Tetapi disebabkan dia dan Min Young bergaduh dan sudah tidak bertegur selama seminggu, Jungkook mengambil keputusan untuk pulang ke Seoul lebih awal. Rasa tidak sanggup hendak bermain dengan perasaan sendiri. Jika dia terus berlama-lama di sini, bimbang lain pula yang jadi kerana bertindak ikut rasa marah dan kecewa dihati.

Selesai mengemas, Jungkook mengangkat bagasi tersebut dan meletakkannya di hadapan pintu. Malam ini juga dia akan pergi dari sini. Biarlah Min Young mengambil masa sebanyak mungkin untuk menenangkan dirinya sendiri. Jungkook tidak mahu masuk campur dan dia tidak akan sesekali bercakap tentang topik yang satu itu. Pantang sekali telinganya mendengar.

Tuk! Tuk! Tuk!

Kepala Jungkook tertoleh, matanya memandang pintu bilik yang diketuk. Tiada senyuman pada wajahnya, tangan terus memulas tombol pintu bilik dan menguakkan daun pintu itu seluasnya. Sudah dapat diagak gerangan yang muncul di hadapan pintu biliknya ini.

"Hmm.. why?" Jungkook menggumam tanda menyoal. Dia menghalakan matanya ke arah lain dan tidak langsung memandang wajah Min Young yang jelas sekali kelihatan tidak seceria biasa.

"Awak dah jumpa Felia ke belum?" Tanya Min Young dengan tenang. Air muka Jungkook serta-merta berubah.

"Kenapa nak kena jumpa dia? Untuk apa?"

"Bincang pasal kahwin."

Jungkook ketawa besar. Sinis. Hatinya terasa seperti dicarik-carik dengan belati tajam. Betapa Jungkook panas hati dengan jawapan bersahaja Min Young.

"Senangnya cakap. Macam tak guna otak." Kata Jungkook. Menggigil suaranya. Dia sedar bahasanya agak kasar bercakap dengan isterinya sendiri tetapi kesabaran seorang lelaki ini sudah mencapai tahap maksima. Segala apa yang keluar dari mulutnya gagal dikawal. Apa-apa sahaja akan terhambur ikut rasa hati dan kepuasan diri.

"Felia tunggu awak, Jungkook. Awak tu cinta pertama dia. Jangan kecewakan dia."

"Apa benda yang awak cakap ni? Sedar tak awak cakap apa? Hmm? Awak beria sangat suruh saya kahwin dengan dia dah kenapa?"

"Habis tu kalau Felia pregnant, awak tak nak bertanggungjawab? Awak dengan dia tu dah..."

"Saya.. tak.. pernah.. sentuh.. dia. Tengok muka dia pun saya tak berselera apatah lagi nak kena tengok dia berbogel depan saya." Pedas ayat itu. Jungkook tidak peduli. Rasa geram menyelimuti hati. Alasan Min Young memang tidak cukup kuat. Terang-terang merepek dan langsung tidak masuk akal.

"Kalau awak tak buat semua tu sekalipun, Felia tetap nakkan awak. Dia sukakan awak, Jungkook. Dia cintakan awak."

"Cara awak cakap ni macam awak dah tak sayang dekat saya. Hati awak memang betul-betul dah tak ada untuk saya ke, Min Young? Saya suami awak, tapi awak cakap macam saya ni bukan sesiapa untuk awak. Cakap pasal perempuan lain bukan main suka lagi. Mengatur hidup saya ikut suka awak. Bukan awak yang rasa sakitnya nanti tapi saya ni yang kena hadap. Awak letak hati saya dekat mana? Dekat telapak kaki ke, Min Young? Hmm?"

Jungkook menarik nafas panjang usai suaranya hampir hilang meluahkan perasaan kecewa dan tidak puas hati kepada Min Young. Rasa marah menyerap pantas namun pantas diusir jauh dari hati. Dia tidak mahu barannya menguasai diri dan melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap Min Young. Cukuplah dia melihat Min Young tidak seceria biasa. Dengan keadaan isterinya sedang sarat mengandung, membawa zuriatnya dengan baik, menahan rasa muntah dan loya tanpa kira masa, tipulah jika hati Jungkook tidak terusik. Ikutkan hati, mahu sahaja dia pergi menyerang Felia tetapi dia tahu, dia tidak akan mampu selesaikan masalah ini dengan Felia sahaja. Dia perlu membawa Min Young bersama dan mendengar segala pengakuan dari mulut Felia sendiri.

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now