Empat belas

1.5K 226 179
                                    

"Abah, abah okey ke tak ni?" tanya Minho, lama-lama risau juga dia melihat ayah mentuanya hanya termenung sambil memainkan makanan yang ada di pinggan.

"Abah tak okey." Yongbok memandang Minho dengan mata berair.

"Cintaku tak balik-balik sejak dia keluar tengah hari tadi hiks abah takut cinta tinggalkan abah.. hiks." Minho berusaha menahan mulutnya daripada melontarkan kata-kata yang "indah".

"Abah, tadikan Kak Munah yang ajak mak jalan-jalan. Mak tak tinggalkan abah lah." katanya.

"Macam mana Mirah tahu? A-Abah hiks.. a-abah.."

Klek

Seungmin mengerutkan dahi apabila melihat Yongbok sedang menangis di meja makan. Dia hanya ingin mengambil barangnya yang teringgal di rumah namun dia dikejutkan dengan keadaan ayahnya yang sangat menyedihkan.

"Kau buli abah ke?" tuduh Seungmin.

"Tak ada masa aku nak buli abah." balas Minho sambil memutarkan mata.

"Habis tu kenapa abah nangis?"

"Asal kau tak tanya abah je?"

"Kau boleh je bagitahu kenapa abah nangis."

"Malas nak bagitahu."

Seungmin bercekak pinggang.

"Kau sehari tak cari pasal dengan aku tak boleh ke?" soalnya agak bengang.

"Baik kau cakap dengan cermin dulu sebelum cakap benda tu kat aku!" Seungmin dan Minho malah bergaduh ketika Yongbok sedang menangis mengenang nasib sambil memeluk bingkai gambar yang menunjukkan foto dia bersama Jeongin.

Klek

Pintu dikuak sekali lagi dan menampilkan Chan dan Jongho yang baru pulang tadika. Chan lantas mendapatkan Yongbok sebaik sahaja melihat atuknya itu menangis.

"Atok, kenapa atok nangis?" tanya Chan risau.

"C-Cinta hiks cintaku tinggalkan atok.."

"Hah? Kenapa nenek tinggalkan atok?" tanya Chan lagi, Yongbok hanya menggeleng.

"Mungkin nenek dah bosan dengan atok kot, nenek nak cari suami baru lah tu." jawab Jongho dengan petah, terhenti pergaduhan antara Seungmin dengan Minho disebabkan kata-katanya itu.

Air mata Yongbok turun semakin deras.

"SAMPAINYA HATI CINTA BUAT ABANG MACAM NI HIKS.. APA SALAH DAN DOSAKU SAYANG? CINTA SUCIKU KAU BUANG-BUANG HIKS.."

"Wei Halim, anak pungut mana Ayyan kaut bawa balik ni? Mulut tak ada insurans betul." bisik Minho.

"Baik kau cakap dengan cermin dulu sebelum cakap benda tu kat aku." balas Seungmin sinis.

"Anjー lama-lama terkeluar juga panggilan tu nanti, Halim. Dah lama aku sabar dengan kau ni."

"Mak.. Munah nak tanya sesuatu boleh?" pinta Hyunjin semasa mereka sedang makan berduaan di warung.

"Tak." balas Jeongin sepatah, bibir tebal Hyunjin dicebik.

"Kenapa mak marah abah?" walaupun Jeongin tidak membenarkan untuk bertanya, bukan Maimunah namanya kalau tidak mantul.

"Tsk." Jeongin berjalan meninggalkan Hyunjin tanpa menjawab.

"Eh mak, nak pergi mana?"

"Kedai!" jawab Jeongin garang, Hyunjin merungut perlahan lalu dia mengeluarkan sebuah walkie talkie untuk menghubungi seseorang.

"Hello, kak. Dia on the way ke kedai runcit Kamal."

"Roger." balas Seonghwa sambil mengekori Jeongin dari belakang.

Han FamilyWhere stories live. Discover now