RenLe

352 15 6
                                    

Renjun dan Chenle sedang bersiar siar di taman yang berdekatan dengan sm buliding. Taman tersebut khas untuk sm idols dan staff sm sahaja.

Mereka berdua baru sahaja selesai program Akdong Seoul Viewable Radio. Sekarang mereka berada di taman sebab Chenle ingin melihat bulan. Menurut Renjun, bulan pada malam itu besar dan Chenle hendak melihatnya. Dia tidak puas hati melihat bulan itu melalui tingkap kereta.

Jadi mereka berdua pun pergi ke taman untuk melihat bulan. Driver mereka tunggu di dalam kereta.

"Wahh, betul cakap Renjun ge. Bulan malam ini sungguh besar! "Ujar Chenle, matanya bersinar melihat bulan penuh pada malam itu. Sekaligus dihiasi berjuta juta bintang di langit. Hari pada malam itu sungguh indah.

Renjun yang berada di belakang Chenle hanya tersenyum. Biarlah Chenle berehat dan bergembira untuk hari ini. Kebelakangan ini mereka sangat letih dengan aktiviti comeback mereka iaitu Resonance 2020. Bukan itu sahaja, aktiviti mereka Relay Cam dan aktiviti mereka bersama Dream. Semua itu sangat membazir tenaga dan membuatkan mereka semua letih.

Demi NCTzen dan Weishennies, mereka sanggup melakukan apa apa sahaja. Asalkan NCTzen dan Weishennies bahagia. Sekarang semua aktiviti itu sudah berakhir dan jadual mereka kebelakangan ini banyak kosong, jadi ada juga masa mereka untuk berehat.

Tahun 2020 dan 2021 ialah tahun yang sangat blessing bagi mereka. Mereka menang banyak anugerah di MAMA, mereka juga berjaya membuat Mark Awards khas untuk mereka sahaja.

"Renjun ge, tengah fikir apa tu? "Renjun tersentak, dia beralih memandang Chenle yang di depannya. Kelihatan Chenle risau dengannya. Renjun tersenyum sambil menggeleng kepala.

"Takde apa apa, dah puas tengok bulan? "Chenle menggeleng kepala, dia mengeluarkan telefonnya dan mengambil gambar bulan tersebut. Renjun hanya menggeleng kepala melihat kesayangannya atau lebih detail, kekasihnya.

Mereka berdua lama dah bersama tetapi mereka tidak mempamerkan kepada public tentang hubungan mereka. Hanya warga sm dan nct sahaja tahu hubungan mereka berdua.

Cuaca pada malam itu sungguh sejuk dan itu membuatkan Chenle mengigil walaupun dia memakai dua layer baju. "Sejuk? "Chenle mengangguk kepala, Renjun menanggalkan baju sejuknya dan diberinya kepada Chenle.

Dia memakaikan baju sejuknya kepada Chenle. Chenle tersenyum dan mengucup pipi Renjun sekilas. Renjun tersenyum manis dan ikut Chenle menatap bulan di langit.

Sungguh cantik bulan pada malam itu. Tanpa Chenle sedar, Renjun tidak lagi memandang bulan malah dia memandang Chenle yang berdiri di sebelahnya. Dia tidak berhenti memuji kesempurnaan Chenle di dalam hatinya dan dia juga berasa sangat bersyukur memiliki Chenle.

Walaupun perangai Chenle kadang kala menjengkelkan tetapi dia suka. Merasa diperhatikan, Chenle pun beralih memandang Renjun. Tatapan mata mereka bertemu.

"The moon is beautiful, isn't? "Ucap Renjun dengan sebuah senyuman. Pipi Chenle mula merona merah sebaik sahaja dia faham maksud ayat yang keluar dari mulut Renjun. Dia pernah tanya Shotaro maksud ayat itu dan Shotaro kata ayat itu ialah ayat 'aku mencintaimu' tanpa kamu mengucapkan 'aku mencintaimu' kepada pasangan kamu.

Renjun tertawa kecil sambil menggosok rambut Chenle. Dia suka menggosok rambut Chenle, baginya rambut Chenle sangat lembut.

"Renjun ge. "

"Hmm.. "

"Renjun ge sayang Chenle tak? "Tanya Chenle, dia tidak berani menatap Renjun. Renjun selamba sahaja memandang Chenle. "Mestilah Renjun ge sayang Chenle, now and forever. "Ucap Renjun, dia mencium pipi Chenle dan itu membuatkan Chenle terkejut. Chenle memukul bahu Renjun dengan lembut.

Renjun hanya tertawa kecil, setelah itu mereka pun balik ke dorm kerana Chenle mula complaint yang dia dah mengantuk.

Tidak mengambil masa yang lama, mereka telah pun sampai di dorm. Semasa mereka sampai di dorm, hanya Jaemin sahaja yang belum tidur kerana menunggu kepulangan mereka berdua.

"Korang pergi mana tadi sampai lambat balik? "Tanya Jaemin sebaik sahaja Renjun dan Chenle masuk. Renjun menyuruh Chenle untuk masuk bilik kerana dia sudah mengantuk sangat. Chenle mengangguk kepala dan terus masuk ke dalam biliknya.

"Aku temankan Chenle pergi tengok bulan. Bulan penuh pada malam ni. "Kata Renjun, dia menyambut segelas air kosong yang Jaemin beri dan meminumnya. "Makseh. "Ucap Renjun dan menyerahkan gelas tersebut kepada Jaemin.

Jaemin hanya mengangguk kepala. "Oh yeah, aku nampak kasut Xiaojun hyung kat luar. Dia ada kat sini ke? "Tanya Renjun. Jaemin mengangguk kepala.

"Dia tidur dekat sini malam ni. Kau tahu, Jisung kita tu rindu dia. "Ujar Jaemin, tidak lupa senyuman sinisnya. Begitu juga dengan Renjun. Mereka sangat suka menyakat Jisung jika Xiaojun ada.

"Dahlah Jaemin, aku nak tidur. Selamat malam. "

"Hmm.. "Dan Renjun pun masuk bilik Chenle. Dia menutup pintu dengan perlahan dan ternampak Chenle sedang tertidur dengan lena di atas katil. Renjun tersenyum sambil mendekati katil Chenle, dia mengucup dahi Chenle dan mengucap selamat malam untuk Chenle.

Setelah itu barulah dia balik ke biliknya untuk tidur.

End..

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now