Bab 16

63.9K 448 3
                                    

Hajah Rohana sedang ralit memilih baju kurung untuk dipakai ke majlis kenduri perkahwinan anak saudaranya hujung minggu nanti. Setelah memilih satu set baju kurung bersama sehelai tudung,Hajah Rohana ke kaunter untuk membuat bayaran. Sesudah membayar harganya,Hajah Rohana terus keluar dari butik pakaian tradisional itu.

“Auntie.” Langkah Hajah Rohana terhenti. Dia sudah tahu pemilik suara itu. Perlahan dia menoleh uttuk memastikan telahannya. Ya,benar. Memang dialah orangnya.

“Assalamualaikum Auntie. Auntie sihat?” sapa wanita itu sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Hajah Rohana.

“Alhamdulillah sihat. Dari mana ni?” Wanita itu tersenyum.

“Jumpa client tadi. Singgah sini sekejap nak lunch.” Hajah Rohana hanya memandangnya tanpa memberi reaksi untuk jawapan wanita itu.

“Err,apa kata kita lunch sama-sama? Boleh kan?” Hajah Rohana diam untuk seketika. Tiada salahnya untuk dia makan tengah hari bersama wanita itu dan akhirnya dia mengangguk. Wanita itu tersenyum lebar lalu mereka berjalan bersama menuju ke restoran yang tidak jauh dari butik pakaian tersebut.

Setelah mengambil pesanan, keadaan terasa sunyi di antara mereka berdua. Hajah Rohana tidak memandangnya. Hanya tunduk membaca majalah Islamik di tangannya.

“Err,Uncle sihat Auntie?” soalnya memulakan perbualan. Hajah Rohana hanya mengangguk.

“Dah lama kita tak jumpa kan Auntie?” soal wanita itu lagi. Hajah Rohana memandangnya.

“Bukan ke itu perkara biasa bagi kita?” Wanita itu terdiam. Dia tahu itu benar. Memang mereka jarang sekali berjumpa. Sebulan sekali juga belum tentu.

“Tahniah Auntie sebab dah dapat menantu baru. Tentu dia cantik kan?” Hajah Rohana mendongak memandangnya lalu mengangguk lagi.

“Fir kat mana sekarang?” soal wanita itu lagi.

“Honeymoon. Bali.” Wanita itu terdiam lagi. Hajah Rohana menutup majalah di tangannya. Rasanya ada sesuatu yang mahu dibincangkan oleh wanita itu dengannya.

“Ada apa-apa yang Dee nak cakap?” Sepi. Dee menatap wajah Hajah Rohana tanpa berkelip. Fikiran dan jiwanya terasa sendat. Pelbagai rasa singgah di situ. Sedih. Kecewa. Terkilan. Marah. Semuanya. Dia sendiri tidak tahu di mana untuk dia memulakannya.

“Kenapa Auntie?” Soalan ringkas itu membawa seribu makna di dalamnya. Hajah Rohana mendengus perlahan dan bersandar di kerusinya sambil merenung wajah Dee.

“Kenapa Dee tanya Auntie kalau jawapannya ada pada Dee sendiri?” balas Hajah Rohana dengan soalan baliknya.

“Apa yang Auntie sekeluarga nak dari Dee sebenarnya ni?” soal Dee dengan nada gusarnya.

“Kami nak Dee jadi isteri Fir tapi...”

“Dee tak bersedia.” pintas Dee bagai tahu apa yang akan Hajah Rohana katakan padanya. Hajah Rohana merenungnya tanpa senyuman.

“Itulah jawapannya.” jawab Hajah Rohana ringkas.

“Tapi kenapa sampai Auntie anggup kahwinkan dia dengan perempuan lain? Hanya kerana Dee tak ready?”

“Untuk alasan apa lagi supaya Auntie dapat tengok Firdaus tu berkahwin?” balas Hajah Rohana semula. Dee terdiam.

“Kalau Auntie tanya Dee,kenapa Dee masih tak ready nak jadi isteri Firdaus walaupun dah 7 tahun bercinta,Auntie rasa Dee tidak ada jawapannya. Kalau ada sekalipun,itu bukan jawapan yang kukuh untuk Dee tolak lamaran dia berkali-kali.” sambung Hajah Rohana lagi. Dee diam bersama wajah sugulnya. Dia tidak tahu bagaimana untuk dia membela dirinya.

“Dee dengan dia bukannya budak-budak lagi. Kamu berdua sudah cukup dewasa untuk memikul segala tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri. Saling mencintai itu,akan lebih memudahkan proses hidup berumahtangga. Lebih mudah untuk saling memahami dan saling membantu. Tapi tidak. Dee takut dengan tanggungjawab dan Dee lari dari tanggungjawab tu. Apa kesudahannya?” Ya,benar kata Hajah Rohana dan Dee tahu dia berada di pihak yang tidak mampu menegakkan benang yang basah.

“Tapi kami dah lama bersama Auntie.Kenapa senang-senang je Auntie kahwinkan dia dengan perempuan yang dia sendiri tak kenal?” balas Dee berbalik kepada persoalan yang sama.

“Berapa lama lagi masa yang Dee perlukan untuk bersama Firdaus supaya akhirnya dia boleh berkahwin dengan Dee? Dee dah lama bersama dia tapi tak nak kahwin dengan dia,apa salahnya Auntie jodohkan dia dengan gadis lain yang sudi jadi isteri dia walaupun tak kenal dia? Yang penting dia sanggup memikul tangunggjawab sebagai isteri Fir. Soal perasaan, Auntie yakin ia akan datang sendiri nanti.” Itulah yang menakutkan Dee. Hatinya mengecut ketakutan. Dia takut andai perasaan cinta Firdaus terwujud untuk perempuan itu.

“Kenapa Auntie tak bagi Dee peluang? Malah Auntie kahwinkan dia ketika Dee tak ada kat sini. Kenapa Auntie?” soal balas Dee buat Hajah Rohana tidak berselera untuk makan. Dari tadi juga,perbualan mereka seakan tidak berkembang kerana perihal yang sama disoal berulang kali.

“Honestly,Auntie tak tahu Dee tak ada kat sini. Tapi kalau Dee ada kat sini sekalipun,tak ada apa yang akan berubah. Dia tetap akan berkahwin dengan Melur juga. Malah,Fir melamar Dee ketika Dee masih ada kat sini. Tapi Dee tolak. So,peluang apa lagi yang Dee nak?” jawab Hajah Rohana tenang,tetap tanpa senyuman. Dee diam. Sekali lagi jawapan Hajah Rohana bagai menyalahkannya dan dia tahu dia bersalah tapi baginya itu bukan alasannya untuk wanita itu memaksa Firdaus berkahwin dengan perempuan lain.

“Firdaus tu anak Auntie. Auntie sayangkan dia dan Auntie nak yang terbaik untuk dia. Auntie rasa dia dah membazirkan terlalu lama waktu mudanya untuk bersama Dee. Setia tanpa ada kesudahannya. Dia ikhlas nak berkahwin dengan Dee tapi Dee juga ‘ikhlas’ tak nak kahwin dengan dia. Apa lagi yang Auntie nak buat? Biarkan dia membujang sampai tua?” sambung Hajah Rohana lagi menegakkan pendapat dan pendiriannya.

“Tapi Dee sayangkan dia Auntie.” kata Dee bersama airmata yang terbendung.

“Auntie tak nafikan perasaan Dee pada dia tapi Dee sendiri tak buktikan apa-apa untuk dia.” jawab Hajah Rohana tenang. Dia tahu perasaan Dee pada Firdaus tapi masanya sudah berakhir. Dee tunduk menahan tangis. Hajah Rohana mendengus perlahan.

“Auntie minta maaf kalau Auntie bersalah kerana memisahkan kamu berdua tapi Auntie lakukan demi kebaikan anak Auntie. Satu hari nanti,Dee akan faham.” Dee tetap tunduk bersama sebak yang kian memamah hatinya.

“Lupakanlah dia. Dia bukan milik Dee lagi sekarang. Malah dia tak pernah jadi milik Dee. Bertunang pun tidak. Yang ada hanyalah berkawan. Jadi Auntie minta,Dee lupakanlah kawan Dee tu. Lepaskan dia. Dia suami orang.” kata Hajah Rohana menyudahkan lalu bangun dan meninggalkan Dee seorang diri di situ. Dee mendongak memandang pensyarah itu berlalu pergi. Nasi yang sudahpun dingin itu terbiar tanpa disentuh. Air teh panas itu juga sejuk tanpa diminum. Dee juga sudah tidak berselera untuk makan. Perbualan dengan Hajah Rohana bagai tiada kesudahannya. Dia sedar,tidak sepatutnya dia memulakan perbualan itu kerana akhirnya ia tidak akan memberi apa-apa keuntungan buatnya. Yang ada hanyalah kekalahan dan dipersalahkan untuk semua yang berlaku. Dia tahu dia akan kalah dan dikalahkan.

Dee menyapu airmatanya yang mula gugur. Terbayang wajah Firdaus di tubir matanya. Juga terbayang betapa selama ini Firdaus begitu menyayanginya. Dia percaya Firdaus masih menyayanginya dan akan terus menyayanginya. Itu menguatkan semangat Dee untuk terus berjuang dan setia di sisi Firdaus. Teringat kata-kata akhir Hajah Rohana sebentar tadi buat hati Dee panas. Dia jadi geram.
‘Firdaus hak aku. Aku akan pastikan dia tetap akan setia dengan aku. Dia akan jadi hak aku sampai mati. Tak ada siapa yang mampu halang aku dari menakluki Firdaus. Kau tengoklah nanti. Siapa yang tak akan lupakan siapa.’

-𝓒𝓲𝓴𝓝𝓸𝓻𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪-
6 𝓜𝓪𝓻𝓬𝓱 21

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now