Bab 17

61.9K 499 68
                                    

Firdaus duduk di sofa sambil memerhati Melur membaca buku di atas katil. Dia berdecit tidak puas hati kerana Melur langsung tidak mempedulikannya,jauh sekali untuk bercakap dengannya. Dia bangun menuju ke balkoni tetapi matanya tetap dilepaskan ke arah Melur. Tidak berpuas hati kerana Melur masih juga tidak mempedulikannya,Firdaus masuk semula ke bilik dan duduk di sofanya tadi. Dia geram kerana Melur langsung tidak memandangnya atau menegurnya. Dia di sini bukannya tunggul kayu. Dia manusia yang tahu erti bosan atau lebih tepat,dia perlukan teman.

“Eh,awak tak bosan ke duduk dalam bilik ni je?” soal Firdaus memulakan. Melur diam sambil memandang Firdaus sesaat dua. Firdaus mengeluh tanpa suara.

“Okey,Melur tak bosan ke duduk dalam bilik ni je?” kata Firdaus membetulkan nama panggilan mereka berdua. Melur tetap diam membaca bukunya.

“Sejak mula-mula sampai kat sini,dah hampir 2 hari kita terperap kat bilik ni je. Tak bosan?” soal Firdaus lagi.

“Abang bosan ke?” soal Melur dari balik bukunya.

“Yelah,makan tidur semua kat bilik ni je. Tak tengok dunia luar pun. Lama-lama berkulat tau?” balas Firdaus merungut. Melur senyum dan menutup bukunya.

“Abang sendiri pun memang tak nak datang sini kan? Jadi,duduk jelah bilik ni sampai balik.” jawab Melur sedikit menyindir.

“Memanglah tapi dah alang-alang datang sini,lebih baik kita keluar. Tak dapat apapun kalau lepak kat bilik ni je.” jawab Firdaus sedikit malu disindir seperti itu.

“Melur kan ada? Abang bosan ke tengok Melur?” soal Melur semula dengan wajah nakal.

“Bukan fasal tu.” jawab Firdaus perlahan.

“Abang bosan tengok Melur?” soal Melur lagi lebih perlahan. Firdaus meniup nafasnya.

“Tak,saya...Abang tak bosan tengok Melur tapi boleh tak kalau abang nak tengok Melur di luar dari bilik ni?” Berbunga hati Melur mendengar jawapan Firdaus.

“Abang nak tengok Melur bersama pemandangan cantik kat sini. Abang nak tengok dua-dua sekali. Melur and the view. Boleh kan?” Melur senyum dan turun dari katil. Dia masuk ke bilik mandi dan menukar pakaiannya.

Dari Seminyak Beach Resort,mereka menaiki teksi menuju ke Pura Tanah Lot. Turun dari teksi,Melur memaut jemari Firdaus. Lelaki itu terkejut kerana Dee tidak pernah berbuat begitu. Dee hanya akan memaut lengannya. Entah kenapa Firdaus rasa tenang.

“Cantik kan?” soal Firdaus sambil melihat keindahan pemandangan di situ. Melur mengangguk. Perlahan Firdaus menoleh melihat isterinya. Dia tertawan melihat wajah Melur yang disinari mentari yang mula terbenam. Tiba-tiba Melur menoleh. Firdaus terkejut dan kembali menoleh ke hadapan.

“Saya...err.. Abang tak pernah datang sini. Inilah kali pertama abang di Bali.” Melur kemaskan pautan jemarinya dan menoleh memandang Firdaus di sisinya.

“Melur pun sama dan Melur gembira berada di sini dengan abang...suami Melur.” Mendengarnya,Firdaus menoleh. Dia cuba untuk terus berpaling ke hadapan semula tapi cepat-cepat Melur pegang dagunya,membawa mata Firdaus ke wajahnya semula. Mereka bertentang mata. Firdaus sudah tidak mampu mengalih pandangannya lagi. Dia terus menatap mata Melur. Ianya jauh lebih cantik dari matahari terbenam itu.

“Terima kasih abang.” Melur bersuara perlahan.

“Untuk?”

“Untuk kesanggupan abang menjadikan Melur sebagai isteri abang. Untuk kerelaan abang membawa Melur ke sini. Untuk layanan baik abang terhadap Melur.” luah Melur penuh perasaan. Firdaus tersenyum kecil dan mereka sama-sama memandang ke hadapan menyaksikan mentari terbenam yang cantik itu semula.


Malamnya,sambil menonton televisyen,Firdaus berpaling merenung wajah Melur. Keadaan terasa sunyi. Dia mahu bercakap dengan Melur.

“Saya rasa...” Firdaus berdehem. Dia tersilap kata lagi.

“Abang rasa abang lagi sedap dipandang berbanding buku tu.” Firdaus memulakan dengan sedikit nada sindiran. Melur senyum di sebalik bukunya.

“At least abang boleh bercakap dan bau abang pun wangi.” kata Firdaus lagi bagai mahu bergurau dengan Melur. Melur senyum lagi namun dia tidak bersuara.

“Hello? Ada orang tak?” tegur Firdaus lagi. Melur tersenyum lebar.

“Karang kalau Melur bercakap, nanti ada orang tu melatah pula. Hangin satu kepala. Lebih baik Melur diam.” Firdaus menahan senyum mendengar jawapan Melur.

“Walaupun buku ni busuk,at least kalau Melur membebel,dia diam je. Warna dan suhunya pun maintain je. Taklah macam orang tu,jadi merah bila temperature tinggi.” Kali ini Firdaus tersenyum lebar mendengarnya. Dia bangun mendapatkan Melur. Duduk di sisi Melur sambil bersandar di kepala katil.

“Esok kena bangun pagi. Lepas breakfast kita berehat sekejap dan terus keluar.” Mendengarnya Melur merendahkan bukunya ke atas riba.

“Kenapa? Nak pergi mana?” soal Melur semula sambil memandang Firdaus.

“Iceland. Nak?” Melur ketawa kecil dengan gurauan Firdaus.

“Hmm...not bad. Tapi Melur tak tahan sejuk. Kita pergi tempat lainlah.” Firdaus senyum. Perbualan seperti inilah yang dia mahukan.

“Kalau macam tu kita pergi Bali. Explore semua tempat cantik kat sana. Nak?” jawab Firdaus bersama senyumannya. Melur menepuk-nepuk perlahan dagunya dengan jari telunjuknya seperti sedang berfikir. Matanya sedikit memandang ke atas.

“Bali ek? Good idea. Melur suka.” Melur menyambut gurauan Firdaus bersama aksi nakal wajahnya. Firdaus senyum disusuli tawanya.

“Lagipun kita ada list tapau yang panjang untuk dibeli.”

“Uff...!” rungut Melur dengan wajah sugul. Firdaus berkerut melihat tindak balas Melur itu.

“Why?” soal Firdaus kehairanan. Melur mencemik.

“Melur tak suka shopping. Penat.” Firdaus berkerut mendengarnya tapi selepas itu dia senyum. Dia menyua sedikit wajahnya hampir kepada Melur.

“Kalau shopping dengan Encik Suami?” soal Firdaus sedikit perlahan. Melur menoleh dan menatap mata Firdaus. Dia tidak pasti itu serius atau sekadar usikan Firdaus sahaja.

“Melur mengantuk. Nak tidur.” kata Melur sambil menarik selimutnya. Namun Melur bangun semula dan menghulurkan tangannya kepada Firdaus.

“Selamat malam abang. Maaf kalau ada buat salah dengan abang hari ni. Assalamualaikum.” kata Melur lalu mencium tangan Firdaus. Firdaus terkejut. Hatinya tersentuh dengan adab Melur. Perlahan dia menjawab salam Melur dan menutup lampu sisi. Dia berbaring mengiring mengadap ke arah Melur.
‘Dee,you pun akan buat sama macam dia buat kan? You akan cium tangan I sebelum kita tidur kan? You akan minta maaf dan you akan bagi salam pada I sama macam dia juga kan?’ soal Firdaus di dalam hatinya.
‘Please Dee,nanti you jadi macam dia ya?’ Sepi. Firdaus tidak mendapat jawapannya.
‘I sayang you...’ Luahan Firdaus ditujukan kepada Dee tetapi pandangan matanya ditujukan kepada Melur.

🌷𝓒𝓲𝓴𝓝𝓸𝓻𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪🌷
      6 𝓜𝓪𝓻𝓬𝓱 21

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now