Part 14

674 84 4
                                    

"Kau kenapa Hali? Gelisah aje aku tengok? Tu makanan kau, tak nak makan ke?"

Halilintar meletak sudu serta garpu, wajah kedua kawannya dipandang. Bebola matanya bergerak tidak menentu, seperti ada yang mengusik hatinya.

Blaze dan Ice berpandangan melihat tingkah aneh kawan mereka itu.

"Kau kenapa? Ada yang ganggu fikiran kau ke?" Ice bertanya lembut, irisnya menatap risau akan sepupunya itu.

"Entahlah, sejak aku pergi dari rumah Gempa pagi tadi. Perasaan aku tak sedap. Macam ada benda nak terjadi aje." luah Halilintar. Sungguh perasaannya kini memang tidak tenang. Dia risau akan keadaan Gempa yang berada seorang diri dirumah.

"Maybe tu hanya perasaan kau? Jangan di layan sangat perasaan kau tu. Berdoalah agar tiada apa yang berlaku." Blaze mula memberi nasihat. Bahu kawannya diusap, agar dapat menenangkan lelaki itu.

"Apa yang Blaze katakan tu ada betul juga. Tenangkan diri kau, mungkin ni hanya mainan perasaan." tambah Ice.

Halilintar meraup wajahnya. Satu helaan nafas terlepas jua dari belah bibirnya.

"Macam ni lah, kalau kau masih tak dapat tenangkan diri. Lepas balik sekolah, kita singgah ke rumah Gempa? Macam mana?"

Ice mencuba memujuk Halilintar. Tangan si sepupu digenggam. Dia tersenyum tipis seraya mengangguk kepala pada Halilintar.

Halilintar membalas genggaman tangan Ice dan senyuman sepupunya itu. Blaze yang melihat itu, menghela nafas lega.

"Okey, balik nanti kita pergi rumah bakal bini kau eh? So, dah sedih-sedih. Hilang macho kau nanti."

Ucapan Blaze itu, membuatkan Halilintar melempar jelingan maut. Blaze tersengih.

Setelah itu mereka bertiga ketawa dengan tingkah laku mereka sendiri.

"Jom makan, rehat dah nak habis ni."

"Okey."

•••••

Tiga sekawan iaitu Halilintar, Blaze dan Ice berdiri di sebuah rumah yang sudah terlalu usang.

"Ni rumah Gempa?" Ice bersuara sambil melilaukan mata memandang persekitaran rumah Gempa.

Halilintar mengangguk kepala.

"Eh, Hali kenapa pintu rumah Gempa terbuka ha? Gempa ada tak kat dalam?" pertanyaan Blaze itu berhasil mengundang Halilintar dan Ice untuk memandang ke arah pintu.

Apa yang Blaze katakan ada betulnya, pintu rumah itu dibiarkan terbuka lebar.

Perasaan Halilintar makin tidak tenang melihat hal tersebut. Dia terus berlari masuk ke dalam rumah itu tanpa menghiraukan panggilan kedua kawannya.

"Gempa? Gempa?!"

Halilintar menjerit memanggil nama Gempa, namun tiada sahutan daripada empunya nama.

Ice dan Blaze membuntuti Halilintar yang sudah menceroboh masuk rumah orang. Mereka melihat Halilintar yang sibuk mencari keberadaan Gempa.

"Gempa mana kau?!" Blaze turun tangan dalam membantu Halilintar mencari Gempa.

Ice memandang segenap ruangan rumah itu. Anak matanya jatuh pada sesuatu yang terdampar tidak jauh dari tempatnya berdiri.

Ice mendapatkan benda itu, ianya adalah seutas rantai loket emas. Ice membuka roket tersebut. Di dalam loket itu terdapat gambar Gempa yang masih bayi bersama kedua ibu bapanya.

Sesuatu terlintas difikirannya.

"Hali! Blaze sini!" jeritan Ice mengalihkan tumpuan mereka berdua dalam mencari keberadaan Gempa.

"Kenapa?" soal keduanya tatkala tiba di tempat Ice berada.

"Korang cari dia pun tak ada gunanya.."

"Apa maksud kau Ice?"

"Aku jumpa ni, aku rasa Gempa terjatuhkan benda ni?" kata Ice sambil menunjukkan rantai loket itu pada kedua lelaki itu.

"Rantai? Sejak bila Gempa pakai rantai? Aku tak perasan pun?" ucap Halilintar dan Blaze serentak. Mereka berdua menatap rantai yang berada ditangan Ice.

"Mungkin dia jarang pakai? Haritu aku ada perasan juga rantai ni ada dileher dia."

Ice berjeda, dia memandang Halilintar dan Blaze.

"Korang tak rasa yang Gempa.."

Mereka berdua memandang Ice.

"Diculik?"















Tbc...

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now